rss
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites

Sep 29, 2010

renungan

assalamualaikum..

x nak tulis panjang2 renungkan ayat ni...

"siapa yg x mendahulukan Allah S.W.T dalam semua perkara, maka ketahuilah azab Allah 2 amat pedih"

insan yg cemerlang dtgnye dri hati yg bersih, jiwa yg mulia yeh.. renung2 kan dan selamat b'amal : )

PeMeRGiAN 2 انصارالله

بسم الله الرحمن الرحيم

saifuddin-nazirul-syafiq(teringat kenangan satu kumpulan istima')

Alhamdulillah bersyukur kpd Allah masih sudi memberi nikmat kepada kita semua antaranya nikmat ukhuwah antara kita...sedar tak sedar begitu cepat masa berlalu terasa semalam baru kita bersua duduk dipertemukn dan mula berkenalan dgn ahli-ahli majmuah 2...

Namun takdir Allah itu palin berkuasa Dalam minggu ni sahaja Allah telah tetapkan 2 orang sahabat kita pergi meninggalkan um,nilam puri demi meneruskan perjuangan menggapai cita-cita masing..ya Allah begitu hiba hati ini memikirkan pemergian mereka tapi diri ini meredai kerana itu adalah hak mereka..sob2..

Syeikh Nazirul bertolak...

2/10/2010
jam 12.00 a.m
universiti al Azhar,Mesir
bidang perubatan (tak silap 6 tahun)

kata-kata terakhir darinya buat sahabat2 sekalian :
"minta maaf dunia akhirat..ana hamba yg lemah lagi hina"

Syeikh Saifuddin bertolak....

10/10/2010
masa tak pasti lagi
universiti Casablanca,Morocco
bidang Pengajian Islam (4 tahun)

kata-kata terakhir darinya buat sahabat2 sekalian :
"Hanya 2 jenis manusia di dunia.....
1.manusia baik yg melakukan perkara baik
2.manusia jahat yg melakukan perkara jahat
pilihlah yg terbaik sahabatku...Allahuakbar!!! "





detik-detik perpisahan...


makan-makan buat kali terakhirnya...

pemberian tak seberapa sbg kenangan terindah...


majmuah 2 terbaik..rindu2.....

Sep 23, 2010

RABITAH pengikat hati...

video

Sep 17, 2010

SiApA KitA???

Tiada guna meninggi diri, andai penuh dosa dihati..Tiada nilai diri kita, andai tiada agama didalam jiwa..Apa gunanya berbangga diri, kerna semuanya bukan milik sendiri..Andai bukan kerana Ilahi, sudah pasti kita takkan merasai..Tiada yang sempurna melainkan Yang Maha Esa..Tiada yang tak pernah buat dosa, melainkan Rasul junjungan kita..Sedarilah hati, hidayah adalah milik Ilahi~Pintalah padaNya, stiap masa & ketika~

Keindahan hati, asanyal dari iman didalam diri, hasilnya dari hidayah Ilahi..Segala didunia bersifat sementara, yang kekal hanyalah akhirat sana..Sifat baik perlulah dikekalkan dijiwa, agar diri dalam keredhaanNya..Yang jahat pula perlulah ditinggalkan saja, agar diri takkan menyesal selama2nya.


Tiada nilai buat harta kekayaan, andai diri dalam kesombongan..Tiada guna amal kebajikan, andai dilaksana tanpa keikhlasan..Tiada harga maruah diri, andai sentiasa dalam kemaksiatan jauh dari Ilahi..Tiada dinamakan seorang muslim sejati, andai tidak wujud Ilahi didalam hati..Tiadalah kita didunia ini, andai tanpa rahma...t dari Ilahi..Bersyukurlah setiap masa, kerna itulah dinamakan hamba pada Yang Maha Esa~

Sep 9, 2010

SaLaM LeBaRaN dr BaNiN


(aqil,aziz,sufyan x de dlm gambar)

kami banin au ikhwah majmuah 2 mengucapkan selamat hari raya Aidilfitri...maaf zahir dan batin kepada semua yg mengenali diri kami...maaf tidak dapt buat seperti banat buat...kullu amm waantum bikhair...

semoga kita menjadi diri yang baru,kembali kepada fitrah kita yg suci serta bertambah iman dan taqwa setelah melalui madrasah Ramadan selama 30 hari

Sep 7, 2010

SALAM LEBARAN DARIPADA "BANAT"



SnYuman ManiS TeRLihat bAhGia,, uTk mNyAmBuT bLan RaMaDhAn,, kAmi mNuSiA yG Tak LuPuT dR DoSa,, MhOn mAaF yAa… dR sGaLa KhiLaF n sLaH yG kAmi PnYa,, " MiNaL aiDiN waL fA idZin " MhOn MaAf LaHiR n BaThiN…,




fatin
Assalamualaikum w.b.t...
Salam Ukhwah, Salam Perjuangan, Salam Lebaran....
Alhamdulillah, kita sudah hampir menyelesaikan ibadah puasa dan akan menyambut aidilfitri tidak lama lagi. Disini, ana ingin mengambil kesempatan untuk memberi ucapan kepada sahabat2...
sebelum datangnya lebaran ini, sebelum menempuhi exam, sebelum mata terpejam abadan abada, sebelum roh berpisah dari jasad, ana ingin memohon ribuan kemaafan jika ada silap dan salah (memang ada pun) kepada sahabat majmu'ah 2 khususan li mas'ul sepanjang ana memegang jawatan sebagai mas'ulah. Dengan ucapan ringkas, padat, tepat, mutakhir dan insyaAllah dapat difahami oleh semua orang...dengan lafaz Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin.

zolilah
Jika kesilapan semalam belum terampun… MAAFKANLAH
Jika kesilapan hari ini menyakitkan… HARAP LUPAKANLAH
Jika kesilapan esok mendatang… JANGAN DIBAWA KE AKHIRAT

**Semoga Ramadhan kali ini dapat mendidik jiwa menjadi insan lebih bertaqwa… 
Salam Lebaran…. عيد مبارك”    

aina & liyana

SALAM  LEBARAN  UNTUK  SEMUA  IKHWAH  DAN  AKHAWAT  
MAJMUAH 2…
SEMOGA  LEBARAN TAHUN  INI  LEBIH  BERMAKNA  DAN  DIPENUHI  DENGAN  CAHAYA  LEBARAN…..DAN  SEMOGA  RAMADHAN  KALI  JUGA  MEMBAWA PERUBAHAN  KEPADA  YANG  LEBIH  BAIK  KEPADA JIWA2  KITA.   
p/s: banin, jangan main mercun banyak2..nanti tak pasal2 beraya kat hospital                              
 

sobirah
Assalamualaikum

- selamat menyambut Hari Lebaran dan ampun maaf Zahir & Batin…

- semoga Aidil Fitri kali ini benar2 dapat memperlihatkan kita sebagai hamba-Nya yang benar2 kembali kepada fitrah kejadian (suci daripada dosa)…                   

- semoga amal kebajikan & ibadat2 yang diamalkan sepanjang Ramadhan dapat sama2 kita istiqamah sepanjang hayat walaupun bukan dibulan Ramadhan.  InsyaAllah. Salam Lebaran     

  
shariha

SALAM, buat semua sahabat yang ana sayangi...selamat menyambut lebaran yang mulia dan dikesempatan ini juga ana berdoa moga2 Ramadhan kali ini membawa 1001 pengertian & pengajaran untuk kita.  Ikhlas dari hati, ana mohon 1001 kemaafan kepada semua diatas segala kekhilafan diri yang hina & serba kekurangan ini...ana sangat sayangkan ukhwah ini dan berharap agar ukhwah ini dapat menjadi saksi diakhirat kelak...untuk sahabat2  yang tersayang MAAF ZAHIR & BATIN.

 
nabilah
Sabda Nabi s.a.w:
Maksudnya: barangsiapa berpuasa dibulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan kesungguhan kepada Allah semata-mata nescaya diampuni Allah dosa-dosanya yang terdahulu.
LEBARAN BAKAL MENJELMA…
RAMADHAN BAKAL BERLABUH…
So, kesempatan ini...ana ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR & BATIN...andai kata2 ana membuatkan antum dan antunna terasa, “maaf ye”..sebagai hambaNya yang lemah, ana tak lari daripada melakukan kesalahan.    

  
madihah & syafiqah
Salam Ramadhan dan Selamat Hari Raya Aidilfitri kami ucapkan kepada seluruh umat islam di seantero dunia khususnya kepada ikhwah dan akhawat majmuah 2 sem 1 10/11..semoga Ramadhan yang bakal pergi akan terus ditangisi dan mengharapkan kita dapat merasainya lagi dan syawal yang bakal tiba akan disambut dengan kegembiraan dan kemenangan..dan kami juga nak mohon maaf banyak2 kat semua atas segala kekhilafan diri kami ini....ukhwahfillah mahabbah ilallah..
#  Diharap agar sahabat2 dapat memanfaatkan sepenuhnya hari2 terakhir Ramadhan pada kali ini..
# Semoga Ramadhan kali ini dapat mentarbiyyah jiwa kita agar menjadi lebih baik daripada sebelum2 ini.
 Akhir kalam, SELAMAT IDUL FITRI MAAF ZAHIR & BATIN.

Sep 2, 2010

ISLAM & SAINS

Orang-orang barat dewasa ini sedang bersungguh-sungguh mempertikaikan keserasian di antara agama dan sains. Boleh dikatakan tidak munasabah bagi seorang pemikir barat untuk menerima hakikat boleh ada satu titik pertemuan di antara agama dan sains. Kitab Bible yang diimani orang Kristian mempercayai kononnya pokok yang mana Nabi Adam ‘alaihissalam telah memakan buahnya ialah Pokok Ilmu. Justeru, selepas memakan buahnya, Nabi Adam ‘alaihissalam mendapat ilmu yang tidak baginda ‘alaihissalam ketahui sebelum itu. Disebabkan perkara inilah Eropah membazirkan 2 kurun bertelingkah dan berdebat samada mahu atau tidak menerima ilmu sains daripada orang-orang Islam.

Pihak Gereja memfatwakan bahawa usaha mengkaji ilmu sains adalah punca kepada dosa asal (‘original sin’) Nabi Adam ‘alaihissalam. Mereka memberikan bukti-bukti bersumberkan Kitab Injil Perjanjian Lama (‘Old Testament’) yang menceritakan bahawa dengan memakan buah dari pohon terlarang itulah Nabi Adam ‘alaihissalam telah mendapat ilmu. Lantas Allah subhanahuwata’ala murka kepadanya dan tidak mahu mengampunkannya. Justeru, suatu masa lampau pihak gereja menganggap ilmu sains sebagai suatu perkara yang perlu dijauhi. Akhirnya apabila golongan tidak-percayakan-tuhan (‘free-thinkers’) dan ahli-ahli sains dari barat berjaya mengekang kuasa gereja, mereka membalas dendam dengan mengambil sikap yang bertentangan dan sekaligus mengurangkan pengaruh ugama. Mereka membuat semua perkara yang keterlaluan demi menjayakan usaha mengekang kuasa gereja dan mengurangkan pengaruhnya supaya menjadi kecil dan tidak penting lagi. Justeru, jika and membincangkan isu agama dan sains dengan seorang orang barat, dia akan terpinga-pinga. Mereka tidak tahu apa itu Islam. Mereka tidak tahu bahawa Islam amat menghormati ilmu dan para cendikiawan; bahawa Islam menganggap para ahli ilmu sebagai saksi bersama-sama dengan malaikat tentang hakikat bahawa tiada tuhan melainkan Allah. Perkara ini dijelaskan oleh Allah subhanahuwata’aala sebagaimana firmannya yang bermaksud:

“Allah menerangkan (kepada sekalian makhlukNya dengan dalil-dalil dan bukti), bahawasanya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang sentiasa mentadbirkan (seluruh alam) dengan keadilan, dan malaikat-malaikat serta orang-orang yang berilmu (mengakui dan menerangkan juga yang demikian); tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” [Qur'an 3: 18]

Dan Allah s.w.t Yang Maha Agung dan Maha Suci juga berfirman yang bermaksud:

“Oleh itu, maka tetapkanlah pengetahuanmu dan keyakinanmu (wahai Muhammad) bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, dan mintalah ampun kepadaNya bagi salah silap yang engkau lakukan, dan bagi dosa-dosa orang-orang yang beriman- lelaki dan perempuan; dan (ingatlah), Allah mengetahui akan keadaan gerak-geri kamu (di dunia) dan keadaan penetapan kamu (di akhirat).” [Qur'an 47: 19]

Al-Qur’an dengan jelas menyatakan sebab mengapa Adam alaihissalam. itu lebih diutamakan berbanding malaikat-malaikat ialah kerana ilmu yang Allah subhanahuwata ‘ala berikan kepadanya. Kisah-kisah di dalam Al-Qur’an bercanggah dengan kisah-kisah Bible. Umat Islam percaya keaslian Injil telah diubah. Menurut Al-Qur’an, hakikat bahawa Adam alaihissalam diberikan ilmu merupakan satu penghormatan dan bukannya punca baginda ‘alaihissalam dibuang dari Syurga. Justeru, jika kita berbincang tentang Islam dan sains dengan pemikir barat, mereka lebih menjurus untuk berdebat dengan andaian yang sama dengan pandangan agama mereka (Kristian) terhadap ilmu itu. Oleh kerana itu, pemikir barat merasa amat terkejut bila mereka didedahkan dengan fakta-fakta dari Al-Qur’an dan Hadis.

Salah seorang daripada mereka ialah Dr. Joe Leigh Simpson, Pengerusi Jabatan ‘Obstetrics’ dan ‘Gynecology’ (Kajian Janin), dan Profesor di bidang molekul dan Genetik Manusia di Kolej Perubatan Baylor, Houston, Amerika Syarikat. Ketika pertama kali bertemu beliau, Profesor Simpson bertegas untuk mengesahkan ayat-ayat Al-Qur’an dan Hadis. Namun, kami telah berjaya meyakinkan beliau. Kami bentangkan kepadanya ayat-ayat Al-Qur’an yang membincangkan tentang perkembangan janin. Kami buktikan kepadanya bahawa Al-Qur’an menyatakan tentang pembentukan kromosom (‘chromose’) dan daya-pewarisan (‘hereditary’) hanya berlaku setelah benih (dari air mani) bercantum dengan telur wanita (‘ovum’). Sebagaimana yang kita tahu, ‘chromosome’ sememangnya menentukan bentuk fizikal yang akan diwarisi oleh bayi itu nanti seperti warna mata, kulit, rambut, dan sebagainya.

Justeru, banyak keadaan yang akan diwarisi oleh seseorang manusia sudahpun ditetapkan di dalam kromosomnya. Kromosom ini mula terbentuk ketika peringkat awal lagi (peringkat ‘nutfah’) dalam pembentukan janin. Dengan kata lain, bentuk dan keadaan seorang manusia sudahpun ditetapkan ketika peringkat awal lagi- peringkat ‘nutfah’. Allah subhanahuwata’ala Yang Maha Suci dan Maha Agung menyatakan fakta ini di dalam Al-Qur’an yang bermaksud:

“Binasalah hendaknya manusia (yang engkar) itu, betapa besar kekufurannya? (Tidakkah ia memikirkan) dari apakah ia diciptakan oleh Allah?- Dari air mani diciptakanNya, serta dilengkapkan keadaannya dengan persediaan untuk menjadi bertanggungjawab”. [Qur'an Surah Abasa, 80: ayat 17-19]

Ketika 40 hari didalam kandungan, semua anggota badan dan organ-organ telah dibentuk secara berperingkat-peringkat. Kita boleh melihat di dalam gambarajah 2.1 bahawa organ-organ mula dibentuk dan diatur, dan janin itu nampak seperti terpusing. Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud:

"Untuk setiap kamu, bahagian-bahagian tubuh kamu dibentuk di dalam rahim ibu kamu dalam masa 40 hari” [Riwayat Sahih Muslim dan Al-Bukhari].


Di dalam hadis yang lain, Nabi Muhammad s.a.w. bersabda bermaksud:

"Selepas 42 malam daripada (‘nutfah’-air mani), Allah menghantar malaikatnya yang akan membentukkan telinga, mata, kulit, daging, dan tulang. Kemudian dia akan bertanya, "Ya Allah, adakah ia lelaki atau perempuan?" dan Allah akan menentukan jantinanya sebagaimana yang Dia suka" [Riwayat Muslim].

Profesor Simpson mengkaji dua Hadis in dengan tekun dan sememangnya beliau tahu bahawa ketika 40 hari pertama kandungan ialah peringkat janin-genetik yang sudah dapat dicamkan pembentukannya.

Beliau amat takjub dengan ketepatan dua hadis ini. Di dalam satu persidangan yang dihadirinya beliau memberikan pendapat ini: Dua Hadis itu telah memberikan satu jadual secara terperinci mengenai perkembangan janin sebelum 40 hari. Sebagaimana yang telah pun disebut oleh penceramah lain, dua hadis ini tidak mungkin disabdakan berdasarkan pengetahuan sains yang ada ketika itu. Profesor Simpson menyatakan bahawa agama boleh memandu usaha pencarian ilmu. Namun, pihak barat sebagaimana yang kita bincangkan tadi menolak kemungkinan ini. Dan kini sudah ada seorang ahli sains Amerika yang yakin bahawa agama, khasnya yang bernama Islam, boleh mempertemukan agama dan ilmu dengan jayanya. Sebagai perbandingan, bayangkan anda pergi ke sebuah kilang dan anda membawa bersama buku panduan tentang kilang itu. Sudah tentu anda dapat memahami perjalanan kilang itu dengan senang disebabkan anda ada buku panduannya. Tanpanya, ,mungkin sukar untuk anda memahami perjalanan kilang berkenaan.

Profesor Simpson berkata: Justeru, saya berpendapat bukan hanya tiada percanggahan antara fakta genetik dan agama, tetapi lebih dari itu agama boleh memandu sains dengan adanya wahyu-wahyu Tuhan yang boleh menolong dalam pengkajian sains. Memang ada ayat-ayat Al-Qur’an yang terbukti benar oleh penemuan sains. Ini membuktikan ilmu di dalam Al-Qur’an itu datangnya dari Allah. Itu sememangnya benar. Seharusnya umat Islam memulakan pengkajian ilmu dan mereka berupaya mengangkat ilmu ke tempat yang sepatutnya. Lebih-lebih lagi umat Islam tahu bagaimana menggunakan ilmu untuk membuktikan keujudan Allah Yang Maha Besar dan Maha Suci dan mengesahkan kerasulan Nabi Muhammad sallalahualaihiwasallam.

Allah subhanahuwata’ala berfirman yang bermaksud:

“Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasan Kami di merata-rata tempat (dalam alam yang terbentang luas ini) dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka bahawa Al-Qur’an adalah benar. Belumkah ternyata kepada mereka kebenaran itu dan belumkah cukup (bagi mereka) bahawa Tuhanmu mengetahui dan meyaksikan tiap-tiap sesuatu?” [Surah Fussilat, 41: Ayat 53]

Setelah menyedari melalui contoh-contoh keajaiban sains di dalam Al-Qur’an dan daripada maklumbalas para saintis sendiri, marilah kata tanya beberapa soalan ini:

a. Adakah satu kebetulan sahaja bahawa penemuan terbaru sains di pelbagai bidang itu telah dinyatakan dengan tepat tentangnya di dalam Al-Qur’an?

b. Mungkinkah Al-Qur’an itu ditulis oleh Nabi Muhammad sallalahu’alaihiwasallam atau oleh suatu yang bukan-manusia?

Hanya ini sahaja jawapan yang munasabah: Al-Qur’an itu adalah perkataan Allah subhanahuwataala yang diwahyukanNya. Al-Qur’an ialah perkataan-perkataan Allah secara langsung (‘literal’) yang Dia wahyukan kepada nabiNya Muhammad sallalahu’alaihiwasallam melalui malaikat Jibrail alaihissalam. Nabi Muhammad sallalahu’alaihiwasallam menghafal wahyu-wahyu itu. Kemudiannya sahabat-sahabat baginda sallalahu’alaihiwasallam pula menghafal ayat-ayat itu, menulisnya dan mengulang-kaji hafalan mereka dengan Nabi Muhammad sallalahu’alaihiwasallam.

Selain daripada itu, Nabi Muhammad sallalahu’alaihiwasallam mengulang-kaji hafalan Al-Qur’an itu dengan malaikat Jibaril alaihissalam setiap tahun di bulan Ramadan. Di tahun terakhir hidupnya, baginda mengulangkaji hafalan dengan Jibrail sallalahu’alaihiwasallam sebanyak dua kali. Sejak dari hari Al-Qur’an diwahyukan sehingga ke hari ini, ramai orang-orang Islam yang menghafal kesemua ayat-ayat Al-Qur’an, perkataan demi perkataan. Sesetengahnya berupaya menghafal Al-Qur’an ketika berumur 10 tahun lagi. Justeru, bukan suatu yang pelik bila ditegaskan bahawa tiada satu pun isi Al-Qur’an yang telah berubah sejak zaman berzaman sehinggalah sekarang.

Al-Qur’an yang diturunkan 14 kurun yang lalu telah menyatakan dengan tepat fakta-fakta yang baru sahaja ditemui oleh ahli sains. Ini jelas membuktikan Al-Qur’an itu adalah firman-firman Allah yang diwahyukan olehNya kepada Nabi Muhammad sallalahu’alaihiwasallam Selain dari itu, ia juga membuktikan Nabi Muhammad sallalahu’alaihiwasallam adalah seorang Rasul dan Nabi yang diutuskan Allah subhanahuwata’ala. Tidak munasabah untuk mengatakan seseorang manusia pada 1400 tahun lalu tahu tentang penemuan sains yang hanya ditemui hari ini dengan pertolongan alat-alat canggih dan kaedah-kaedah yang sukar.