rss
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites

Nov 29, 2010

GeLomBAnG KeADiLaN...

Nov 23, 2010

AKU MALU MENEGUR KEMUNGKARAN

Ramai orang mengatakan belum cukup ilmu apabila ditanya mengapa tidak menegur orang yang berbuat salah. Tidak kurang juga yang mengatakan diri sendiri belum baik, mengapa perlu menegur orang lain. Bahkan ada juga yang mengatakan perlu apa menjaga tepi kain orang, tak perlu jadi ‘busy body’. Adakah kita semakin menjadi manusia yang individualistik? Amat mementingkan diri sendiri? Dan banyak lagi alasan lain untuk tidak menegur. Barangkali sifat merendah diri atau memikirkan kelemahan dan kekurangan diri menjadikan kita tidak yakin dan akhirnya meninggalkan usaha mengajak kebaikan.

Persepsi Diri Yang Salah

Ada di antara kita yang memandang zaman ini menegur orang biarlah kepada orang yang berauthoriti. Serahkan saja pada pak imam, ustaz dan ustazah. Ada yang berpendapat untuk menegur orang lain diri perlu menjadi maksum seperti Nabi Muhamad s.a.w. Malu dengan latar belakang keluarga yang tidak sempurna didikan agama.

Kewajipan Nasihat-menasihati Bukanlah untuk Orang Tertentu

Sudilah memberikan teguran yang baik dan berhikmah, kerana tanpanya manusia akan selalu terbabas. Fitrah manusia yang selalu lupa dan terburu-buru, seringkali diruntun oleh gelodak nafsu. Berbanggalah diri sebagai seorang Islam, menjadikan kita ini sebahagian daripada masyarakat yang membentuk manusia dari dalaman dan luaran. Jika berdiam sahaja melihat buasnya dunia meladani manusia, alamat kita sedang menuju kehancuran. Bukan sahaja melibatkan perhubungan sesama manusia, malah menyebarkan barah kepada bidang ekonomi, politik, pendidikan dan akhirnya diri sendiri. Terlalu mengharapkan orang lain kadangkala hanya meninggalkan harapan sahaja. Allah berfirman dalam Al-Quran yang bererti, “hendaklah ada sebahagian dari golongan yang menyeru kepada kebaikan dan melarang kepada kemungkaran. Mereka itulah orang yang Berjaya.” (Surah Ali Imran: 104)

Golongan yang disebutkan menurut Dr Abdul Karim Zaidan di dalam bukunya Usul Al-dakwah; adalah orang Islam itu sendiri. Kita adalah umat yang terbaik yang lahir dari kelompok manusia, wajib untuk mengajak kepada kebajikan dan mencegah kemungkaran. Hukumnya sudah menjadi wajib pada masa kini kerana golongan yang menegur itu semakin mengecil jumlahnya. Menasihati bukan satu jalan sahaja. Mereka yang rugi antaranya adalah yang tidak mahu berpesan-pesan kepada perkara kesabaran dan kebenaran.

Seorang muslim yang hebat mempunyai daya pemikiran yang kreatif dan mempunyai semangat yang tidak putus-putus untuk mengajak manusia kepada kebaikan. Ada daya dengan tangan, maka penyampaian nasihat melalui tulisan atau lukisan. Menyentuh hati kadangkala lebih berjaya dengan diri kita yang menunjukkan kebaikan. Sentiasa bermanis muka, tersenyum, tidak mudah marah, suka menolong dan tidak celupar ketika menutur kata.

ALLAH melihat usaha kita!!!

Nov 18, 2010

نحن انصارالله

terbaik dari kami مجموعة 2
APIUM NILAM PURI

MOGA UKHUWAH KITA BERKEKALAN HINGGA KEAKHIRNYA
SALAM AIDILADHA BUAT SEMUA

MOGA DI SEMESTER 2 KITA KITA LEBIH BERKORBAN UNTUK UNTUK AD-DEEN ISLAM
YANG TERCINTA

INGATLAH SAHABAT KITA ADALAHPEMUDA DAN PEMUDI YANG DITUNGGU OLEH UMAT UNTUK MELAKUKAN PERUBAHAN DALAM MASYARAKAT DARI NILAI-NILAI JAHILIAH KEPADA NILAI-NILAI ISLAM..

YANG TINGGAL TERUSKAN PERJUANGAN
YANG PERGI TERUSKAN MENABUR BAKTI

Nov 12, 2010

COUPLE???


Wahai sahabat-sahabat seagamaku yang benar-benar dicintai kerana Allah…terlampau banyak saudara-saudara kita yang telah mengotorkan percintaan yang asalnya suci (fitrah) dengan nista dan dosa. Ramai yang lebih memilih jalan yang kotor berbanding suci, ramai yang memilih untuk mengharamkan hubungan daripada menghalalkannya secara sah. Kenapa couple dijadikan pilihan, bukan hubungan yang berlandaskan syariat dijadikan panduan?

Suka di sini untuk ana berkongsi bersama sahabat-sahabat pengibar panji-panji Islam yang dibanggakan. Allah berfirman dalam kalam suci-NYA, “Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu satu perbuatan yang keji , & suatu jalan yang buruk.” Al-Isra’:32

Menghampiri zina sudah tergolong dalam larangan Allah yang mutlak iaitu membawa kepada hokum haram inikan pula jika kita benar-benar terjerumus dalam lembah perzinaan ini. Kenapa ana kata begitu???

Drp. Abu Hurairah R.A dari Rasulullah S.A.W . sabdanya: “ nasib anak adam mengenai zina telah ditetapkan, tidak mustahil dia pernah melakukannya. Dua mata, zinanya memandang, dua telinga zinanya mendengar, lidah zinanya berkata, tangan zinanya memukul, kaki zinanya melangkah, hati zinanya ingin & rindu, sedangkan faraj(kemaluan) hanya mengikuti atau tidak.”

Ketika bercouple mustahil bagi pasangan tersebut tidak melakukan perbuatan zina, sekurang-kurangnya sekecil-kecil zina dari pandangan manusia, zina hati. Mustahil orang yang sedang bercinta & bercouple tak merindui satu sama lain sama ada berdekatan ataupun berjauhan.

Perlakuan ini bukan lagi istilah ‘menghampiri zina’ malah telah jatuh dlm. perlakuan zina iaitu zina hati (merindui).. Jadi telah terjerumuslah pasangan tersebut dalam perbuatan yang terlarang lagi HARAM… Sedangkan menghampiri zina sudah dilarang(haram) inikan pula apabila terjerumus dalam perbuatan zina tersebut semakin bergandalah keharamannya.

Mungkin ini bagi pasangan yang zinanya melalui hati tak termasuk lagi dengan pasangan-pasangan lain yang mungkin zinanya melalui mata, tangan, kaki, faraj dan sebagainya. Kemungkinan besar dalam masa bercouple atau berjumpa, keinginan utk. melakukan perbuatan-perbuatan sumbang dengan menggunakan nikmat pancaindera yang dikurniakan Allah tak dapat dielakkan sehingga dapat kita lihat sekarang permasalahan remaja yang mengandung di luar nikah semakin meningkat jumlahnya dari hari ke hari.

Setiap suruhan dan larangan Allah pasti ada hikmahnya, ini merupakan salah satu hikmah yang dapat kita lihat iaitu dengan menjauhi couple dapat mengelakkan daripada perbuatan-perbuatan buruk yang mampu merosakkan diri sendiri dan masyarakat sekelilingnya.

Ayuh pejuang-pejuang agama Allah, janganlah bazirkan masa dan kehidupan yang sementara dengan perkara-perkara yang sudah kita pasti keharaman hukumnya. Jangan biarkan Islam terus terkorban dan dihina sedangkan kita tidak menjalankan amanah dan tanggungjawab kita padanya.

WALLAHUA’LAMU BISSAWAB…

Nov 11, 2010

Salam Perjuangan!!!

Nov 9, 2010

ISU SEMASA MAJMUAH 2 SEM 2.

masu'l majmua baru kami (akh lutfi)

masu'lah baru kami (ukht ainatul)
NILAM PURI: Semalam iaitu 8 Nov 2010 bersamaan 1 Zulhijjah 1431 m, sistem undian telah diadakan bagi mencari mas'ul (ketua) dan mas'ulah (p/ketua) untuk majmuah 2 semester 2.

Sistem demokrasi (sistem undian) digunakan bertujuan untuk memberi peluang kepada siswa dan siswi majmuah 2 untuk memilih tokok pimpinan yang mereka inginkan .

Semua ahli Majmuah 2 sesi 2010/2011 layak mengundi.Siswa dan siswi diedarkan sehelai kertas untuk menulis calon mas'ul dan mas'ulah yang mereka pilih. Selepas itu, undian itu akan dikira oleh mantan mas'ulah.Sesiapa yang mendapat undian terbanyak, dia akan terpilih menjadi mas'ul dan mas'ulah.

Terdapat juga syarat dalam sistem undian ini.Antaranya, ahli-ahli majmuah 2 tidak dibenarkan mengundi nama mas'ul dan mas'ulah semester lepas. Mengundi nama sendiri dibenarkan.

Setelah undian dikira, saudara Lutfi dan saudari Aina telah mendapat undian terbanyak sekaligus menjadikan mereka sebagai mas'ul dan mas'ulah bagi majmuah 2 sem 2.


sekalung tahniah dari kami, majmuah 2 sem 2.

dilaporkan oleh Wan dan Madihah.

Nov 8, 2010

perjuangan for sem 2 bermula!!!

Ku bersyukur atas segala nikmat-Nya yg tak terhingga...
kerna kita masih lagi diberi keizinan-Nya untuk meneruskan pengajian di bumi barakah ini setelah hampir sebulan bercuti...

Bagaimana cuti kalian? adakah dimanfaatkan sepenuhnya...?..diharap cuti yg telah berlalu memberi 1001 pedoman dan pengajaran..moga2 semangat baru dan keazaman bercambah didalam diri selepas bercuti...

Sem 2 telah menanti...
hari pertama telah dilalui...
macam mana perasaan siswa n siswi..best x..??
harap2, sahabat2 akan sentiasa bersemangat untuk menghadapi hari2 seterusnya...
jangan diawal2 semangat..bila ditengah perjalanan dah berputus asa...so, teruskan perjuangan kalian hingga ke akhirnya...




"sahabat...teruskan perjuanganmu di bumi Allah ini kerana kejayaan semanis madu akan dikecapi jika pengorbanan engkau sepahit hempedu..."

 Semoga Allah mempermudahkan segala urusan kita..

Nov 3, 2010

ana sudah bertunang...

Hari-hari berlalu yang dilewati seakan sudah bertahun lamanya, namun yang perlu diakui ialah ianya baru beberapa minggu lalu.
Iya, hanya beberapa minggu lalu. Berita itu aku sambut dengan hati yang diusahakan untuk berlapang dada.

Benar, aku berusaha berlapang dada. Terkadang, terasa nusrah Ilahi begitu hampir saat kita benar-benar berada di tepi tebing, tunggu saat untuk menjunam jatuh ke dalam gaung. Maha Suci Allah yang mengangkat aku, meletakkan aku kembali di jalan tarbiyyah dan terus memimpin untukku melangkah dengan tabah.



Aku hanya seorang Insyirah. Tiada kelebihan yang teristimewa, tidak juga punya apa-apa yang begitu menonjol. Jalan ku juga dua kaki, lihat ku juga menggunakan mata, sama seperti manusia lain yang menumpang di bumi Allah ini.

Aku tidak buta, tidak juga tuli mahupun bisu. Aku bisa melihat dengan sepasang mata pinjaman Allah, aku bisa mendengar dengan sepasang telinga pinjaman Allah juga aku bisa bercakap dengan lidahku yang lembut tidak bertulang. Sama seperti manusia lain.

Aku bukan seperti bondanya Syeikh Qadir al-Jailani, aku juga tidak sehebat srikandi Sayyidah Khadijah dalam berbakti, aku bukan sebaik Sayyidah Fatimah yang setia menjadi pengiring ayahanda dalam setiap langkah perjuangan memartabatkan Islam.
Aku hanya seorang Insyirah yang sedang mengembara di bumi Tuhan, jalanku kelak juga sama... Negeri Barzakh, insya Allah. Destinasi aku juga sama seperti kalian, Negeri Abadi. Tiada keraguan dalam perkara ini.



Sejak dari hari istimewa tersebut, ramai sahabiah yang memuji wajahku berseri dan mereka yakin benar aku sudah dikhitbah apabila melihat kedua tangan ku memakai cincin di jari manis. Aku hanya tersenyum, tidak mengiyakan dan tidak pula menidakkan. Diam ku bukan membuka pintu-pintu soalan yang maha banyak, tetapi diam ku kerana aku belum mampu memperkenalkan insan itu. Sehingga kini, aku tetap setia dalam penantian.



Ibu bertanyakan soalan yang sewajarnya aku jawab dengan penuh tatasusila.

"Hari menikah nanti nak pakai baju warna apa?"

Aku menjawab tenang..

"Warna putih, bersih..."

"Alhamdulillah, ibu akan usahakan dalam tempoh terdekat."
"Ibu, 4 meter sudah cukup untuk sepasang jubah. Jangan berlebihan."

Ibu angguk perlahan.


Beberapa hari ini, aku menyelak satu per satu... helaian demi helaian naskhah yang begitu menyentuh nubari aku sebagai hamba Allah.

”Malam Pertama...” Sukar sekali aku ungkapkan perasaan yang bersarang, mahu saja aku menangis semahunya tetapi sudah aku ikrarkan, biarlah Allah juga yang menetapkan tarikhnya kerana aku akan sabar menanti hari bahagia tersebut. Mudah-mudahan aku terus melangkah tanpa menoleh ke belakang lagi. Mudah-mudahan ya Allah.


Sejak hari pertunangan itu, aku semakin banyak mengulang al-Quran.

Aku mahu sebelum tibanya hari yang aku nantikan itu, aku sudah khatam al-Quran, setidak-tidaknya nanti hatiku akan tenang dengan kalamullah yang sudah meresap ke dalam darah yang mengalir dalam tubuh. Mudah-mudahan aku tenang... As-Syifa' aku adalah al-Quran, yang setia menemani dalam resah aku menanti. Benar, aku sedang memujuk gelora hati. Mahu pecah jantung menanti detik pernikahan tersebut, begini rasanya orang-orang yang mendahului.



"Kak Insyirah, siapa tunang akak? Mesti hebat orangnya. Kacak tak?"
Aku tersenyum, mengulum sendiri setiap rasa yang singgah. Maaf, aku masih mahu merahsiakan tentang perkara itu. Cukup mereka membuat penilaian sendiri bahawa aku sudah bertunang, kebenarannya itu antara aku dan keluarga.

"Insya Allah, 'dia' tiada rupa tetapi sangat mendekatkan akak dengan Allah. Itu yang paling utama."



Berita itu juga buat beberapa orang menjauhkan diri dariku. Kata mereka, aku senyapkan sesuatu yang perlu diraikan. Aku tersenyum lagi.



"Jangan lupa jemput ana di hari menikahnya, jangan lupa!"

Aku hanya tersenyum entah sekian kalinya. Apa yang mampu aku zahirkan ialah senyuman dan terus tersenyum. Mereka mengandai aku sedang berbahagia apabila sudah dikhitbahkan dengan 'dia' yang mendekatkan aku dengan Allah.


Sahabiah juga merasa kehilangan ku apabila setiap waktu terluang aku habiskan masa dengan as-Syifa' ku al-Quran, tidak lain kerana aku mahu kalamullah meresap dalam darahku, agar ketenangan akan menyelinap dalam setiap derap nafas ku menanti hari itu.



"Bila enti menikah?"

Aku tiada jawapan khusus.

"Insya Allah, tiba waktunya nanti enti akan tahu..."

Aku masih menyimpan tarikh keramat itu, bukan aku sengaja tetapi memang benar aku sendiri tidak tahu bila tarikhnya.



"Jemput ana tau!"

Khalilah tersenyum megah.

"Kalau enti tak datang pun ana tak berkecil hati, doakan ana banyak-banyak! "Itu saja pesanku. Aku juga tidak tahu di mana mahu melangsungkan pernikahan ku, aduh semuanya menjadi tanda tanya sendiri. Diam dan terus berdiam membuatkan ramai insan berkecil hati.


"Insya Allah, kalian PASTI akan tahu bila sampai waktunya nanti..."


Rahsia ku adalah rahsia Allah, kerana itu aku tidak mampu memberikan tarikhnya.


Cuma, hanya termampu aku menyiapkan diri sebaiknya. Untung aku dilamar dan dikhitbah dahulu tanpa menikah secara terkejut seperti orang lain. Semuanya aku sedaya upaya siapkan, baju menikahnya, dan aku katakan sekali lagi kepada ibu...

"Usah berlebihan ya..."

Ibu angguk perlahan dan terus berlalu, hilang dari pandangan mata.



"Insyirah, jom makan!"

Aku tersenyum lagi... Akhir-akhir ini aku begitu pemurah dengan senyuman.
"Tafaddal, ana puasa."

Sahabiah juga semakin galak mengusik.

"Wah, Insyirah diet ya. Maklumlah hari bahagia dah dekat... Tarikhnya tak tetap lagi ke?"
"Bukan diet, mahu mengosongkan perut. Maaf, tarikhnya belum ditetapkan lagi."

Sehingga kini, aku tidak tahu bila tarikhnya yang pasti. Maafkan aku sahabat, bersabarlah menanti hari tersebut. Aku juga menanti dengan penuh debaran, moga aku bersedia untuk hari pernikahan tersebut dan terus mengecap bahagia sepanjang alam berumahtangga kelak. Doakan aku, itu sahaja.





............ ......... ......... .........








"innalillahi wainna ilaihi rajiun..."

"Tenangnya.. . Subhanallah. Allahuakbar. "

"Ya Allah, tenangnya... "


"Moga Allah memberkatinya. ..."


Allah, itu suara sahabat-sahabat ku, teman-teman seperjuangan aku pada ibu.



Akhirnya, aku selamat dinikahkan setelah sabar dalam penantian. Sahabiah ramai yang datang di majlis walimah walaupun aku tidak menjemput sendiri.

Akhirnya, mereka ketahui sosok 'dia' yang mendekatkan aku kepada Allah.

Akhirnya, mereka kenali sosok 'dia' yang aku rahsiakan dari pengetahuan umum.

Akhirnya, mereka sama-sama mengambil 'ibrah dari sosok 'dia' yang mengkhitbah ku.


Dalam sedar tidak sedar...

Hampir setiap malam sebelum menjelang hari pernikahan ku...

Sentiasa ada suara sayu yang menangis sendu di hening malam, dalam sujud, dalam rafa'nya pada Rabbi, dalam sembahnya pada Ilahi.

Sayup-sayup hatinya merintih. Air matanya mengalir deras, hanya Tuhan yang tahu.

"Ya Allah, telah Engkau tunangkan aku tidak lain dengan 'dia' yang mendekatkan dengan Engkau. Yang menyedarkan aku untuk selalu berpuasa, yang menyedarkan aku tentang dunia sementara, yang menyedarkan aku tentang alam akhirat. Engkau satukan kami dalam majlis yang Engkau redhai, aku hamba Mu yang tak punya apa-apa selain Engkau sebagai sandaran harapan. Engkau maha mengetahui apa yang tidak aku ketahui..."


Akhirnya, Khalilah bertanya kepada ibu beberapa minggu kemudian...

"Insyirah bertunang dengan siapa, mak cik?"

Ibu tenang menjawab...

"Dengan kematian wahai anakku. Kanser tulang yang mulanya hanya pada tulang belakang sudah merebak dengan cepat pada tangan, kaki juga otaknya. Kata doktor, Insyirah hanya punya beberapa minggu sahaja sebelum kansernya membunuh."
"Allahuakbar. .."

Terduduk Khalilah mendengar, air matanya tak mampu ditahan.

"Buku yang sering dibacanya itu, malam pertama..."

Ibu angguk, tersenyum lembut...
"Ini nak, bukunya."

Senaskah buku bertukar tangan, karangan Dr 'Aidh Abdullah al-Qarni tertera tajuk 'Malam Pertama di Alam Kubur'.

"Ya Allah, patut la Insyirah selalu menangis... Khalilah tak tahu mak cik."

"Dan sejak dari hari 'khitbah' tersebut, selalu Insyirah mahu berpuasa. Katanya mahu mengosongkan perut, mudah untuk dimandikan.. ."

Khalilah masih kaku. Tiada suara yang terlontar. Matanya basah menatap kalam dari diari Insyirah yang diberikan oleh ibu.


"Satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku di risik oleh MAUT. Dan satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku sudah bertunang dengan MAUT. Dan aku akan sabar menanti tarikhnya dengan mendekatkan diri ku kepada ALLAH. Aku tahu ibu akan tenang menghadapinya, kerana ibuku bernama Ummu Sulaim, baginya anak adalah pinjaman dari ALLAH yang perlu dipulangkan apabila ALLAH meminta. Dan ibu mengambil 'ibrah bukan dari namanya (Ummu Sulaim) malah akhlaqnya sekali. Ummu Sulaim, seteguh dan setabah hati seorang ibu."





* Kisah ini bukan kisah ana , ianya kisah KITA (semua yang sedang membaca/tak) *


Mulai hari ini, jangan bersoal tika melihat ana memakai cincin. Kerana, ana sudah bertunang! Bertunang dengan kematian, tidak tahu bila ana akan dinikahkan dan tidak tahu bagaimana rezeki di malam pertama. Tetapi, sekurang-kurangnya apabila sudah dirisik dan bertunang, kita sama-sama akan mempersiapkan diri sebaik-baiknya walaupun bukan yang terbaik untuk hari pernikahan dengan KEMATIAN.

Wallahua'lam.

Cukuplah kematian itu mengingatkan kita... Cukuplah kita sedar kita akan berpisah dengan segala nikmat dunia. Cukuplah kita sedar bahawa ada hari yang lebih kekal, oleh itu sentiasalah berwaspada. Bimbang menikah tergesa-gesa, tahu-tahu sudah disanding dan diarak seluruh kampung walau hanya dengan sehelai kain putih tak berharga.

Setidak-tidaknya, Insyirah (watak di atas) sudah 'membeli' baju pernikahannya. .. Arh... Untungnya Insyirah.

~ Kullu nafsin za'iqatul maut ~