rss
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites

Jan 26, 2011

BeSt WiSHeS FoR u aBBaS!!!!!

akhirnyeee.....
hadiah laptop tak seberapa dari kami..he

proses membuka hadiah yang macam..banyak betul surat khabarnya..

ada cerita disebalik hadiah ni kawan-kawan..huhu

menu utama kami...makan jom

best wishes for abbas...dari kami majmuah 2 (banin je)...he

Jan 25, 2011

عيد ملاد يا عباس

Bismillahirrahmanirrahim..

Salam ukhwah buat semua..

"Pandanglah ke bawah untuk merasai syukur atas nikmat dunia. Pandanglah ke atas untuk lebih bersemangat menyediakan bekal ke akhirat.."

-Santunilah hati yang sentiasa mengharapkan kebaikan-

Sekadar sajian rohani..

Alhamdulillah pada tarikh 25 Januari 2011 (Selasa), telah genaplah usia 19 tahun bagi seorang sahabat majmuah dua..(abang angah pulak ye)..

ABDULLAH ABBAS B MUHD.JELANI
JOHOR BAHRU,JOHOR..
(BEKAS KD MULTIMEDIA+KD AKADEMIK.)

moga dirimu sentiasa dalam keberkatan dariNya..
moga dengan pertambahan umur ini
bertambah jualah amalnya..
bertambahlah taqwanya..
bertambah kuatlah ibadahnya...
bertambah kuatlah dakwah dan tarbiahnya

ingat hai sahabat sesungguhnya usia ini hanya pinjaman dariNya
akan ditanya di hari kemudian
bersedialah kita kearah itu...

Jan 24, 2011

eRTi hIdUP PAda MemBERi~~~


Di dunia menyemai kebaikan..

Di akhirat nanti menuai keredhaan..

Di sini tempat bekerja memerah tenaga..

Di sana tempat berehat menikmati syurga..

Tidak mengapa jika tidak dikenang..

Asalkan segalanya memberi ketenangan..

Jangan sedih jika tidak dihargai..

Tetapi sedihlah jika kita tidak berharga lagi

. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .. . . . . . . . . . . . . . . . . . . .. . . .. . . . . . . . . .. . .. . .. . . .

Entah kenapa, diri ini sering terfikir.

Apakah gunanya aku kepada manusia?

Kalau manusia itu terlalu luas, aku kecilkan skopnya pada negara.

Masih terlalu besar?

Apakah gunanya aku kepada komuniti aku di bandar L?

Terlalu ramai?

Apakah gunanya aku kepada rakan seangkatanku?

Apakah gunanya aku kepada teman-teman sebilikku?

Andai itu skopnya masih besar, ingin sahaja aku label diriku sebagai PENTINGKAN DIRI SENDIRI!

Tidakkah aku mempunyai kegunaan kepada orang lain? Kenapa aku tidak tahu apa gunanya aku?

Tenang, tenang..Jangan risau.

Mari kita duduk, merenung sejenak satu antara berjuta makhluk Al-Khaliq.

POHON KELAPA !!!

Dari akar umbinya ke hujung daunnya yang tirus. Berguna pada manusia hingga digelar pokok 1001 guna. Akarnya menahan pepasir pantai dari terus terhakis dek ombak. Batangnya jika tidak dibuat tiang pondok,dijadikan pangkin beristirehat. Pelepahnya menjadi mainan kanak-kanak riang. Lidinya menjadi idaman pegusaha penyapu. Buahnya pula… Mmmm, air kelapa muda ..Enak.. Apabila tua, isinya dijadikan santan, sabutnya djadikan penyapu. Subhanallah, dari muda ke tua sepohon kelapa berbakti kepada manusia dan alam.

Begitulah Al-Khaliq menciptakan makhlukNya. Mempunyai tujuan dan kegunaan. Begitu juga manusia. Dijadikan sebaik-baik ciptaan dan diangkat menjadi khalifah Bumi selain mengabdikan diri kepadaNya. Itulah kegunaan kita. Akan tetapi, adakah sama kegunaan dan manfaat? Pertama sekali mari kita bersama membuat refleksi diri. Kita ingatkan diri kita kenapa kita dijadikan?

Ingat lagi Surah Al-Baqarah ayat 30?

’Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat ,”Aku hendak menjadikan khalifah di bumi. Mereka berkata, ”Apakah Engkau hendak menjadikan orang yang merosak dan menumpahkan dara di sana,sedangkan kami bertasbih memujiMu dan menyucikan namaMu?” Dia berfirman, Sungguh Aku mengetahui apa yang tidak kamu mengetahui”

Dan Surah Az-Zariyat ayat 56?

Tidak Aku menciptakan Jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepadaku”

Renung-renungkan!!!

. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .. . . .. . . .. .. . . .. . . . . . . . .. . . .. . . .. . .. . .. . .. . . .. ... . .. . .. .

Pada yang berbakat dan cendekiawan..

Murahlah dengan khidmat dan pengajaran..

Pada yang miskin dan kesempitan..

Bersedekahlah dengan senyuman..

Semua kita harus pemurah..

Memberi bukan untuk bermegah..

Tetapi itulah perintah Allah..

Sebagai perantara rahmat dan barakah..

Jan 20, 2011

aSaSNYa aDaLaH TaRBiaH (2)....

sambungan dari "asasnya adalah tarbiah (1)..."



KANDUNGAN TARBIYAH
  Al-Ikhwan telah memberikan batasan tentang konsep tarbiyah dan takwin sebagai berikut :
1. Cara yang bersinergi dalam berinteraksi dengan fitrah manusia dalam bentuk arahan langsung; samada dengan kata-kata atau qudwah (keteladanan), sesuai dengan manhaj dan wasilah khusus bagi melakukan perubahan ke atas manusia untuk menjadi lebih baik.

2. Susunan pengalaman tarbiyah yang digerakkan oleh jamaah terhadap individu dengan tujuan untuk membantu mereka melakukan pertumbuhan yang komprehensif, bersepadu dan seimbang dalam berbagai sisinya (iman dan akhlak, sosial dan politik, akal dan jiwa, ilmu pengetahuan dan seni, jasad dan ruh); dengan pertumbuhan yang mengarah kepada pengislahan perilaku dan bekerja untuk mewujudkan insan soleh yang diidam-idamkan.

3. Merubah manusia dari satu keadaan ke keadaan yang lain, (dalam pandangan dan ideologi, perasaan dan sentuhan rasa, tujuan dan wasilahnya), pembentukan yang menembusi ruh, alam nyata dan rasa, bukan hanya dalam bentuk nyata semata-mata, yang direfleksikan dalam perjuangan dan kesungguhan yang menyatu pada individu atau peribadi yang ditarbiyah.

TARBIYAH  BEKALAN  UTAMA  DALAM  DAKWAH
Mana mungkin kita akan berterusan dalam dakwah kecuali jika kita cukup bekalan tarbawi kerana orang yang tidak cukup bekalan tidak akan dapat memberi tarbiah kepada orang lain.
Tarbiyah sepatutnya menjadi syiar kita dalam dakwah malah ia seharusnya menjadi keutamaan kita. Syiar inilah yang akan berada di hadapan kita dan yang semestinya dijadikan sebagai realiti di medan.Kita pindahkan segala teori kepada praktikal serta pelaksanaan yang mendalam.

Ya Allah kekalkanlah diri kami di atas jalan tarbiyah ini yang akan memantapkan penggabungan kami terhadap harakah yang berkat ini meliputi pemikiran, hati dan pergerakan kami.


Jan 17, 2011

KUASA TUHAN ???

Ada seorang pemuda mempunyai persoalan yang merunsingkan pemikirannya. Jadi dia ambil keputusan untuk bertanya pada tok imam di kampungnya.
Pemuda: Saya ada tiga soalan yang ingin bertanya pada tok imam:
Soalan pertama; Tunjukkan kepada saya bukti kewujudan tuhan itu?
Soalan kedua; Apa yang dimaksudkan dengan takdir?
Soalan ketiga; Syaitan dan neraka diperbuat daripada api, tetapi mengapakah syaitan dicampak kedalam neraka dan bukannya kedalam air?
Lalu tok imam menampar pemuda tersebut dan berkata.
Tok imam: Tamparan ini untuk menjawab ketiga-tiga soalan tadi, sakit tak tamparan itu?
Pemuda: Tentulah sakit!
Tok imam: Boleh tunjukkan pada saya rasa sakit itu?
Pemuda tersebut terdiam dan itulah jawapan untuk soalan pertama tadi.
Tok imam: Saya nak tanya adakah malam tadi saudara bermimpi saya akan menampar saudara atau telah tahu saya akan menampar saudara?
Pemuda: Tidak!
Jadi, itulah yg dinamakan takdir, soalan kedua sudah pun terjawab.
Tok imam: Tangan ini diperbuat daripada apa ya?
Pemuda: Tanah!
Tok imam: Jadi tamparan tadi menunjukkan pertembungan antara tanah dan tanah dan itu juga menyakitkan. Jadi, syaitan juga akan berasa kesakitan jika di humban kedalam api.
Terjawab sudah soalan ketiga.
Lalu pemuda itu pulang ke rumah dengan penuh keinsafan.
Pengajaran dari kisah ini, jangan mempersoal dan meragui kekuasaan Allah Subhanahu Wa Taala

Jan 10, 2011

aSaSNYa aDaLaH TaRBiaH (1)...


شكر لله على نعمته اْشهد أن لا إله إلا الله وأشهد أن محمد رسول الله وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد
Imam Hasan Al-Banna mengajak kita untuk menolehkan pandangan kita pada tarbiyah malah beliau menegaskan akan peri pentingnya keteguhan setiap individu terhadap tarbiyah dan ‘mujahadah’ (kesungguhan) sehingga menjadi tiang yang kukuh dan generasi yang sempurna.Beliau berkata :
Bahwa ‘ma’rakah’ (perjuangan) kita paling utama adalah tarbiyah” yang disuburkan di tengah-tengah umat akan kefahaman bahawa apapun bentuk dakwah yang tidak di asaskan kepada kerja tarbiyah pada hakikatnya adalah ibarat fatamorgana yang menipu.”
Imam Hasan Al-Banna memahami bahawa pembangunan generasi merupakan suatu kemestian dalam usaha untuk melakukan pengislahan dan di antara keistimewaan dakwah Al-Ikhwan berbanding dakwah-dakwah yang lain adalah kerana Al-Ikhwan berjalan dengan tarbiyah yang mampu mengukuhkan kewujudan dan pewarisan (tawrits) dakwah dan perkara tersebut merupakan bentuk yang menakjubkan dalam jamaah ini seperti yang disebutkan oleh Imam Al-Adwi sebagai “Jamaah Tarbawiyah”.
Tarbiyah menurut Al-Ikhwan adalah satu-satunya jalan untuk :
1. Membangun generasi yang soleh dan bertaqwa.
2. Mewujudkan peribadi muslim yang jujur.
3. Membentuk dan memiliki jiwa pejuang.
Al-Ikhwan memahami bahawa tarbiyah :
a. Memerlukan jalan yang panjang dan berat.
b. Memiliki banyak rintangan dan hambatan.
BERSAMBUNG….
NANTIKAN KELUARAN SETERUSNYA !!!!

Jan 9, 2011

عيد ملاد يا معاذ

Bismillahirrahmanirrahim..

Salam ukhwah buat semua..

Sebelum menreuskan kalam, cuba sentuh hati kita dengan satu madah jiwa...

"Pandanglah ke bawah untuk merasai syukur atas nikmat dunia. Pandanglah ke atas untuk lebih bersemangat menyediakan bekal ke akhirat.."

-Santunilah hati yang sentiasa mengharapkan kebaikan-

Sekadar sajian rohani..

Alhamdulillah pada tarikh 9 Januari 2011 (Ahad), telah genaplah usia 19 tahun bagi seorang sahabat majmuah dua..(abang sulung ye)..

MUHD.MUAZ B MUHD FADZIL
ASAL ULU YAM,SELANGOR..
(BEKAS MASU'L+PENCERIA KELAS KAMI.)

moga dirimu sentiasa dalam keberkatan dariNya..
moga dengan pertambahan umur ini bertambah jualah amalnya..

Jan 8, 2011

Jendela Usia..sweet 19..

Bismillahirrahmanirrahim..

Salam ukhwah buat semua..

Sebelum menreuskan kalam, cuba sentuh hati kita dengan satu madah jiwa...

"Pandanglah ke bawah untuk merasai syukur atas nikmat dunia. Pandanglah ke atas untuk lebih bersemangat menyediakan bekal ke akhirat.."

-Santunilah hati yang sentiasa mengharapkan kebaikan-

Sekadar sajian rohani..

Alhamdulillah pada tarikh 8 Januari 2011 (sabtu), telah genaplah usia 19 tahun bagi seorang sahabat majmuah dua..(kakak sulung ye)..

Norliana binti Seli..
Berasal dari Sarawak..



jamuan kecil-kecilan...

sesi potong kek..


emm..simple tapi SEDAP..





ucapan daripada liana:


video

Jan 6, 2011

PERKASA JASMANI.. SIHAT ROHANI



Dari Abu Hurairah r.a: Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Orang mu'min yang kuat adalah lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah daripada orang mu'min yang lemah. Namun keduanya itupun sama memperoleh kebaikan. Berlumbalah untuk memperoleh apa saja yang memberikan kemanfaatan pada mu dan mohonlah         pertolongan kepada Allah dan janganlah merasa lemah. Jikalau engkau terkena oleh sesuatu musibah maka janganlah engkau berkata: "Andaikata saya mengerjakan begini, tentu akan menjadi begini dan begitu." Tetapi berkatalah: "Ini adalah takdir Allah dan apa sahaja yang dikehendaki olehNya tentu Dia melaksanakannya," sebab sesungguhnya ucapan "andaikata" itu membuka pintu godaan syaitan." (Riwayat Muslim)

Kekuatan jasmani (qowiyyul jismi) merupakan salah satu peribadi muslim yang harus ada. Kekuatan jasmani bererti seorang muslim memiliki daya tahan tubuh sehingga dapat          melaksanakan ajaran Islam secara optimal dengan fizikalnya yang kuat. Solat, puasa, zakat dan haji merupakan amalan di dalam Islam yang harus dilaksanakan dengan tubuh yang   sihat atau kuat, lebih-lebih lagi berperang di jalan Allah. Oleh kerana itu, kesihatan jasmani harus menjadi perhatian seorang muslim dan pencegahan dari penyakit jauh lebih utama daripada mengubatinya. Meskipun demikian, sakit juga merupakan satu kelaziman bagi setiap manusia. Dan apabila hal itu terjadi, seorang Muslim perlu  berusaha untuk merawatnya. Kerana kekuatan jasmani adalah nikmat yang dianugerahkanNya untuk dihargai. 
Al-Quran juga ada mengajar kita menjaga kesihatan seperti :
Þ Mandi pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.
Þ Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya InsyaAllah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).
Þ Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir keruang berkenaan.
Þ Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam).
TIPS KESIHATAN DARIPADA RASULULLAH :
Jangan makan SUSU + DAGING
Jangan makan DAGING + IKAN
Jangan makan IKAN + SUSU
Jangan makan AYAM + SUSU
Jangan makan IKAN + TELUR
Jangan makan IKAN + SALAD
Jangan makan SUSU + CUKA
Jangan makan BUAH + SUSU CTH :- KOKTEL

Nampak memanglah pelik.. tapi, kalau tak percaya... Kawan-kawan cuba laa... Ianya tak delah dalam jangka masa terdekat nie.. Ianya berkesan bila kita sudah tua nanti. Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu. di kuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion+ manakala dalam ikan mengandungi ion-, jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidakkan balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita.
العقل السليم في الجسم السليم“
..........................
اللهم إني أعوذ بك من الهم والحزن، والعجز والكسل،
 والبخل والجبن، وغلبة الدين، وقهر الرجال

Maksudnya : “Ya Allah, aku berlindung denganMu dari penyakit tua dan kesedihan, dari lemah dan malas, dari bakhil dan penakut, dan kalah dengan hutang dan kekuatan lelaki”.
[al-Bukhari]


Jan 2, 2011

Matangkah anda.....

Anda tentunya dewasa dan matang bila:

Anda dapat bertenang dan bersabar seandainya hajat anda tidak tercapai

Anda mampu menyembunyikan perasaan anda yang luka dan tersinggung oleh seseorang dalam kumpulan dan berlaku sebagai biasa

Anda tidak merasa iri hati bila melihat orang lain dipuji dan disanjung


Anda dapat menghadapi kebencian orang yang anda benar-benar merasa tidak sewajar dengan mereka

Anda mampu menguasai nafsu gelojoh walaupun anda ingin mendapat perkara yang anda fikir boleh dapat

Anda dapat menahan rasa sakit hati dan malu seandainya anda tidak dapat hidup setaraf dengan rakan sejawat anda yang lain

Anda terus berlaku adil dan saksama walaupun suasana sekeliling menghalang maksud anda

Anda dapat menerima kritik atau salah faham orang tanpa memperbesar-besarkannya

Anda memandang jauh kedepan, umpamanya dengan sabar menangung kesusahan demi kepentingan masa depan, tanpa merasa resah, bimbang dan ragu.

Anda memberi persetujuan kepada pendapat-pendapat yang anda tidak setujui dalam perdebatan tanpa merasa sakit hati atau tidak senang

Anda berbahagia bersendirian dengan mempunyai satu kegemaran atau hobi yang benar-benar anda minati

Anda mengaku dengan jujur tidak tahu bila anda betul-betul tidak tahu, tanpa merasa malu

Anda menghadapi orang-orang tua atau orang-orang yang lebih berpengaruh tanpa sentiasa berusaha untuk menimbulkan kesan-kesan negatif

Anda akan cuba melakukan sesuatu dengan sederhana bukannya berlebih-lebihan untuk menunjukkan bahawa anda dapat melakukannya dengan lebih sempurna


Anda dapat mendahulukan kepentingan orang lain walaupun anda tidak merasa senang kerananya

Anda boleh berlaku wajar dan saksama terhadap orang-orang yang tidak anda sukai

Anda dapat mewujudkan rasa kasih-sayang, cinta atau boleh bersahabat tanpa mendapat tempat yang utama dalam hidup mereka

Sekiranya anda wanita, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan orang lelaki secara jujur

Sekiranya anda lelaki, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan wanita tanpa berfikir bahawa anda adalah lelaki yang jadi idaman setiap wanita

Sekiranya anda wanita, anda mampu disukai wanita-wanita lain sekurang-kurangnya mempunyai tiga orang sahabat wanita yang jujur"