rss
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites

Aug 17, 2010

MoMeNTuM RaMaDaN....



Bismillahirrahmanirrahim

Ku biarkan kalam berbicara
Ku biarkan pena merungkai kata-kata
Ku biarkan minda mentafsir segalanya
Ku biarkan hidayah menyinari hati yang buta



Alhamdulillah setelah sekian lama tidak menulis di entry ni kerana sejak dua menjak ni sebok dengan pelbagai tugasan pelajaran....Alhamdulillah jua kerana hari demi hari tugasan itu semakin kurang...maklumlah semester ini makin hampir untuk melabuhkan tirainya....bagaimana keadaan bahasa arab kita semua sahabat...makin bertambah baik atau tidak....kalau tak kena banyak lagi mengaji ni sebab rugi kalau duduk disini tak kuasai bahasa arab sebab ia adalah salah satu kemahiran dan perkara asas yang perlu ada bagi setiap muslim amnya dan jurudakwah khasnya...

Sahabatku sekalian bagaimana ramadan kita kali ini????bertambah baik atau tidak???
sungguh penulis rasakan banyak kelainannya ramadan kali ini...mana taknya setelah berjauhan dari keluarga...hmm...tapi tu bukan fokus utama...beselah tu kita berjauhan dari keluarga...terasa macam begitu pantas masa ini berlalu...macam tak sedar ramadan sudah datang menjemput tetamunya yang rindu untuk bertemu kembali dengannya




Sebagaimana kita tahu Ramadan yang hadir ini bertujuan untuk membersihkan diri kita dari segala dosa dan noda setelah hampir 11 bulan kita sibuk dan bergelumang dengan kegelapan jahiliah...moga ramadan yg datang kali ini memberi sinar hidayah ke arah membersihkan diri kita dan sebagai satu langkah persediaan untuk mencukupkan bekal menghadapi bulan -bulan yg mendatang...

Analogi yang boleh digambarkan adalah ibarat kita naik kereta untuk merancang sebuah perjalanan ke suatu destinasi...tiba-tiba di pertengahan perjalanan kereta kita rosak dan perlu segera hantar ke bengkel atau @ (workshop) supaya dapat meneruskan perjalanan ke destinasi yang ingin dituju....

Samalah dengan ramadan yang kita lalui ini ibarat sebuah perjalanan hidup diri kita untuk betulkan segala kekurangan dan kelemahan diri disamping membekali diri kita dengan sebaik-baik bekalan iaitu bekalan iman dan taqwa serta merebut segala ganjaran yang telah terbentang di depan mata kita...>

Firman Allah :

" Tidakkah kamu memperhatikan ayat-ayat al-Quran, adakah hati kamu semua telah terkunci?" (Muhammaf : 24)

jangan kita persiakan peluang ini sahabat...moga kita tidak menyesal di kemudian hari...buatlah yang terbaik sehabis mungkin kerana boleh jadi ini adalah ramadan terakhir kita...ayuh muhasabah semula amalan kita seharian adakah betul-betul telah selari dan mengikut apa yang telah digariskan oleh Islam...

Aug 14, 2010

"Masa adalah ibarat pedang yang tajam...andai x digunakan sebaiknya pasti kita akan terluka...
Masa juga adalah nyawamu...bila berlalu setiap detik, maka berlalulah setiap nyawamu...
berkuranglah umurmu...
dekatlah ajal mautmu... & semakin hampirlah dirimu pada saat akhir hidupmu..."

Aug 13, 2010

رمضان وانا

Aug 5, 2010

RaMaDhAn KaRiM..




selamat menjalani ibadat puasa..moga kita dapat menggandakan amal ibadat dan amalan2 sunat...moga tahun ini juga lebih baik dari tahun2 sebelum nie..

Aug 4, 2010

.Guru.

selamat pagi semua...



..harap semua sihat...ana nk share satu video best....ana dedikasikan khas untuk lecturer kat UM ni...







...moga segala urusan mereka dipermudahkan oleh allah dan diberkati...


akhir kalam...moga antum dapat sentiasa mendoakan kesejahteraan mereka...

bye:))

Aug 3, 2010

.puase sunnat.

.puase sunnat.

salam semua..




..semoga kamu semua dalam iman dan islam serta sentiasa mensyukuri nikmat yang telah diberikan...




...seperti mane yang kita tahu bulan yang paling kita tunggu-tunggu sudah hampir tiba...persoalannya,adekah kita sudah bersedia untuk bertemu dgnNYA...hmm..jadi di sini saye nak berkongsi satu amalan yang sangat popular iaitu puasa sunnat:))...mesti korang sume dah pernah cube kan?...mesti xde masalah kn?...tapi kalau kita dah lame xbuat mesti rase susah nak buat..betul tak??...semua amalan yang sering kita lakukan dalam dunia nie yang menjadikan nya susah apabila kita dah lame tak buat lepas tu nak mulakan balik...agak liat la kan?..jadi tepuk dada tanya iman masing-masing...




..ape faedahnya kita buat pekare ni??...ade orang cakap buat ape kita susah-susah nak berlapa sedangkan kita boleh makan??...lain lah kalo kita di bulan ramadhan...semua umat islam wajib berpuase...macam mane kita nak jawab tu??...hehe...yang tu tgk skill komunikasi kita dan ilmu yg kita ade la ye...bkn tu yg saya nak tulis ye..tapi nak share yang bila kita try untuk berpuase sunnat,kita dapat sediakan diri kita dari segi stamina dan ketahanan diri untuk berpuase selama SEBULAN!...boleh ke kita tempuh tanpa latihan??...saya bawa satu analogi ye...seperti seorang pelajar tu sedang belajar..keesokkan harinya dia ade peperiksaan...jadi...cube kita fikir boleh kah dia berjaye dgn cemerlang tanpa ade latihan yg mencukupi??..sudah tentu tidak...jadi,samalah dgn ape yg saya ckp tadi...ramai org berpuase...tapi bkn kuantiti puase yang kita cari...tapi kualiti puase itu sendiri...kadang-kadang ade orang tu puase...tapi dy asyik tido sepanjang hari kerana kepenatan....mungkin sbb dia xde stamina...sangat lah rugi bila kita asyik tido je sepanjang hari tanpa di isi dengan amalan-amalan serta kerja-kerja yang berfaedah....INGATLAH! bahawa puase tidak akan menjadikan kita lemah...percaye atau tidak???...mari ana bawa satu gambaran kepada antum yang tidak percaya...mesti kita xpernah tertanya-tanye macam mane kanak-kanak di palestin tu boleh survive dalam keadaan mereka berperang..mereka lebih kuat ketika mereka berpuase...jadi kita mesti lebih bermotivasi untuk berpuase dalam keadaan nikmat senang dan aman yang telah DIA kurniakan..




..akhir kalam..selamat beramal smentara mase masih ade...



(idea dari blog ungu)

..bye:))

Aug 1, 2010


edit time blackout.....

Jul 28, 2010

logo ruknu


salam...

lalalalalala...ni jer muslimin mampu buat....bgila pndangan k




Jul 24, 2010

Sejauh manakah???

Assalamualaikum w.b.t

Saban hari, kita makin runsing..

Apa nak jadi?? Apa perlu buat??

Pelbagai persoalan menerjah masuk ke benak fikiran..

Masyarakat kita hari ini dikejutkan dengan pelbagai masalah2 yang seolah-olah telah mengenepikan nilai-nilai Islam yang selama ni telah diperjuangkan oleh Rasulullah s.a.w.

Di mana letaknya rasa kehambaan kita??

Di mana letaknya rasa kesyukuran kita atas nikmat Iman dan Islam yang Allah kurniakan??

DAn yang paling utama di mana letaknya peranan dan tanggungjawab yang lantas kita mainkan tatkala isu2 ini menghujan ke dalam masyarakat??

Isu gejala sosial, permasalahan remaja, sihir dan macam2 lagi menggambarkan parahnya masyarakat Islam hari ini yang meletakkan nilai-nilai Islam jauh ke belakang..

Allah tidak lagi menjadi yang paling utama..

Sunnah Rasulullah ibarat tiada nilainya..

Apa yang kita sudah lakukan??

KIta lihat hari ni mungkin keluarga orang lain, jiran tetangga orang lain, rakan2 orang lain..

Siapa kita yang boleh jamin selamnaya bukan kita atau keluarga kita atau jiran tetangga kita mahupun sahabat handai kita..

Hari ni mulut pantas berbicara, betapa hinanya orang itu,betapa buruknya keluarga orang ini..belum menimpa diri dan orang yang hampir dengan kita..Mulut mampu berkata-kata..

Ayuh bangkitlah semua..

Mainkan peranan kita..

TAdahkan tangan panjatkan doa pada Yang Esa agar diri kita dan masyarakat kita pada hari ni memandang tinggi Islam..

Bangga dengan agama Islam..

Menghayati nilai-nilai Islam dan mengamalkan dalam kehidupan..

Bukan menjadikan Islam sebagai mainan atau senda gurau..


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Islam datang untuk membawa umat manusia kembali ke pangkuan TuhanNya kerana Islam yang kita mahukan bukan hanya sekadar perkataan yang disebut di lidah,bukan pula bererti kelahiran seseorang di dalam negeri Islam dan mempunyai logo keislaman juga tidak bererti kelahiran seseorang yg ibu bapanya Muslim..

MAntapkan diri kita dengan tarbiyah Islamiyah..

Lengkapkan diri kita dengan nilai-nilai Islam yang murni dan suci..

Hayati 10 ciri yang perlu ada pada setiap individu Muslim..

1)Salimul aqidah
2)Sohihul Ibadah
3)Matinul Khuluk
4)Qadirun alal Kasbi
5)Musthaqqal Fikr
6)Qawiyyul Jismi
7)Mujahidun li Nafsi
8)Munazzhom fi Syuun
9)Harisun ala al –Waqtu
10)Nafiun lil Ghairi

Muhasabah diri kita...

Sejauh manakah kita?? Wallahua'lam..

Jul 22, 2010

mane terbaik ?

study dlm negara @ luar negara ? adoi..... pening kepala..
maaf...aku x bleh upload citer kucing hilang 2...

Jul 21, 2010

SELOKA MAJMU'AH 2



SENARIO MAJMUAH 2 APIUM NP


Ahlan wasahlan, pembuka bicara,
Majmuah 2 empunya cerita,
Niat hati bukan nak mengata,
Tapi hanya sekadar penghibur hati yg lara.

Sblum trlmbat,assalamualaikum diucap,
Diharap agar semuanya sihat,
Kalau sakit apa boleh buat,
Makan ubat tidur pun sedap.

Orangnya tegas penuh dedikasi,
Dialah ayahanda kesayangan kami,
Suaranya mengalahkan orang seni,
Ustaz Mohd Zamri nama diberi.

18 orang pelbagai ragam,
Pelosok negeri datangnya mereka,
Pahit maung diharungi bersama,
Bagai hidup satu keluarga.

Fatin Nabihah
empunya nama,

Timbalan bos tanggungjawabnya,
Kerja diye rilex sahaja,
Tapi bos kami buat dek je.

Seorang peramah itulah sikapnya,
Selalu kemas walau ke mana,
Kalau nak kenal siapa gerangannya
Itulah Shariha s/u kita.

Senyum manis cute orangnya,
Gaya seperti pelakon telenovela,
Bayar! Bayar ! Bayar ! itulah ayatnya,
Siapa x kenal cik Aina bendahari kita.

Senyap bukan sebarang senyap,
Senyap bicara tapi berbisa,
Ayahanda dan Bonda sering berharap,
Agar Mohd Sufian sentiasa berjaya

‘ Ayat - ayat Cinta’novel kegemaran,
Ahmad Syafiq empunya tuan,
Jawatan Ustaz menjadi idaman,
Semoga berjaya hamba ucapkan.

Nak dengar suara punyalah seksa,
Zolilah Nadiah pendiam orangnya,
Orang bercakap dia membisu,
Langit nak runtuh pun dia x tahu.

Dari Tanah Merah dia ke mari,
Katanya nak ambil dunia ukhrawi,
Nabilah Izzah
rajin sekali,

Insya-Allah mahasiswi mithali.

Mari dengar kisah si Lutfi,
Hendak berkahwin di esok hari,
Sibuk di sana,sibuk di sini,

Mana tak nye, biasiswa x masuk lagi.

Orangnya hai…warak sekali,
Bermadah berhadis dah mesti,
Insya-Allah Mesir menjadi destinasi,
Siapa lagi kalau bukan Nazirul Nazmi.

Dari Serawak dia kemari,
Laut China Selatan sanggup diredahi.
Norliana Seli cute sekali,
Inilah dia baby kesayangan kami.

Berbalik kita kepada seorang ini,
Nur Madihah nama diberi,
Di dalam kuliah rajin sekali,
Bila di AMK tak tahu lah kami.

Dialah panjang dialah tinggi,
Muka handsome, Abbas dipuji,
Main bola mengalahkan Safie Sali,
Sekali sepak, masuk gol sendiri.

Dalam kelas tidak berkata,

Bagai orang sedang bertapa,
Bila ditanya barulah berkata,
Itulah Aziz kawan kita.

Berbual dengannya x pernah bosan,
Ada saja isu diutarakan,
Tahukah antum siapakah gerangan?
Ha…Sobirohlah yang ana maksudkan.

Dari Pinang Island dia ke mari,
Lagaknya selalu menghiburkan hati,
W Nurush Syafiqah. nama diberi,
Kalau bercakap susah nak berhenti.

Ini dia adik kami,
Suara merdu mendayu sekali,
Mohd Saifuddin empunya diri,
Susah nak jumpa,sukar di cari.

Ini kisah tahyul sekali,
Kisah si Aqiel macho sekali,
Orangnya rendah x tinggi-tinggi,
Jgn biarkan hidup anda diselubungi misteri.

Di mana mas’ul??
Kami tercari-cari!!
Oh …
Rupa-rupanya di sini.

Hari-hari makan capati,
Orangnya gelap manis sekali,
Muhammad Muaz mas’ul kami,
Berperangai ganjil hantu pun lari.

Sekian sahaja seloka ini,
Tamatlah sudah cerita kami,
Kami bagaikan satu family,
Kalu nak happy sertailah kami.

18 rakyat jelata,
Adik beradik lain ibu bapa,
Cita – cita memang berbeza,
Semoga semuanya akan berjaya.

Kembang melati mengindahkan saujana,
Mata bertaut hati ke hati,
Jika tersilap tutur dan kata,

Jadikan ianya kenangan abadi selamanya…

Jul 18, 2010

mcm mane e..?

pd p'dpt korang la kan, mcm mna nak p'kukuh akidah para remaja yg atas pagar ni..? 
    
blh bgi komen skit.... : )

Jul 15, 2010

cuti.......

suma org nk blk umh bla dpat cuti...
jdi..rsanye adakah kita mggunakn cuti itu dgn sebaiknya???
ke kita akn buat bnda2 yg x brfaedah???
suma tu trltk pda diri kita..
klu kita sedar bhawa masa tu x leh brundur kembali...
pasti kita akn guna masa tu dgn baek...
nsihat ana gunakan masa dgn sbaiknya...
Ingat...MASA IBARAT MAUT..

SELAMAT BERCUTI...


Jul 14, 2010

satu hati...

secebis memori....


saat itu telah tiba..
telah menjelma...
tidak dapat lari lagi...
walaupun ke hujung dunia...
ke dalam tanah yg paling dalam...
apakah itu??
saat perpisahan...
amat menyadihkan..
namun apakan daya...
setiap yg bertemu pasti akan berpisah jua...
seperti kisah kita...
maafkan daku teman...
ampuni daku sahabat...
sempat bermesra buat seketika...
mungkin perpisahan ini dapat meningkatkan keimanan kita...mungkin...
kita lebih ingat padaNYA...
terasa manisnya ukhwah kita apabila bertemu dan berpisah keranaNYA...
hanya DIA...
sucinya ikatan ini...
sesuci bayi yg tiada dosa...
sesegar embun pagi...
ahh...sahabatku...
bila lagi kita akan bertemu??
aku pasti akan merindui kenangan kita...
pasti...
mengapa harus ada istilah perpisahan?
mengapa?
kerana adanya istilah pertemuan,
maka wujudlah perpisahan itu...sakit...amat menyakitkan...
terpaksa...ya terpaksa meninggalkan kalian...melepaskan bumi yg penuh barokah itu...
diri ini sgt takut...
pengisian rohani yg masih sedikit..
aku sgt risau...apakah nnt penghujung hidupku?
apakah?
syukur...syukur yg teramat sgt...
diriku lebih tenang disini...
setenang air di lautan...
tapi masih takut....apakah ombak akn menimpa lautan?
sudah pasti...
syukur kpd ILAHI...
kehadiranku disini amat diperlukan...
walaupun aku juga sgt memerlukan seseorang...ya...amat sgt...
disini aku menjadi lebih dekat padaNYA...ALHAMDULILLAH...
syukur hanya padaNYA....

(KHAS BUAT SAUDARA SEISLAMKU....MAJMUAH 2)

Jul 7, 2010

Maksud ORANG YANG BERTAKWA

"(iaitu) mereka yang beriman kepada yang ghaib, melaksanakan solat, dan menginfakkan sebahagian rezeki yang kami berikan kepada mereka."(Surah Al-Baqarah, 2:3) 

"dan mereka yang beriman kepada (Al-Quran) yang diturunkan kepadamu (Muhammad SAW) dan (kitab2) yang telah diturunkan sebelum engkau dan mereka yakin akan adanya Akhirat."(Surah Al-Baqarah, 2:4)

"Merekalah yang mendapat petunjuk dari Tuhannya, dan mereka itulah orang2 yang beruntung."(Surah Al-Baqarah, 2:5)

**Takwa : Mengikuti segala perintah Allah dan menjauhi segala larangan-Nya..

Jul 6, 2010

SYEIKH AHMAD YASSIN...

Assalamualaikum w.b.t.

Ana ingin kongsikan mutiara2 kata daripada AsSyahid Sheikh Ahmad Yasin kepada kita, mujahideen islam. Selamat menghayati!




SYEIKH AHMAD YASSIN 1938-2004

Wahai anak-anakku, telah tiba saatnya kalian kembali kepada ALLAH swt dengan meninggalkan pelbagai keseronokan dan kealpaan kehidupan dan menyingkirkannya jauh daripada kehidupan kamu. Telah tiba saatnya kalian bangun dan melakukan solat subuh secara berjemaah. Sudah sampai saatnya untuk kalian menghiasi diri dengan akhlak yang mu1ia, mengamalkan kandungan al-Quran serta mencontohi kehidupan Nabi Muhammad saw.

Aku menyeru kamu wahai anak-anakku untuk solat tepat pada waktunya. Lebih dari itu, aku mengajak kalian wahai anak-anakku, untuk mendekat diri kepada sunnah Nabi kalian yang agung.

Wahai para pemuda, aku ingin kamu menyedari dan menghayati makna tanggung jawab. Kalian harus tegar menghadapi kesulitan hidup dengan meninggalkan keluh kesah. Aku menyeru kamu untuk menghadap ALLAH SWT dan memohon keampunan dari-Nya agar Dia memberi rezeki yang berkat kepada kamu. Aku menyeru kamu supaya menghormati orang yang lebih tua dan menyayangi orang yang lebih muda.

Aku ingin kamu tidak tertidur oleh alunan-alunan muzik yang melalaikan, melupakan kata-kata yang menyebutkan cinta kepada manusia dan dunia serta menggantikannya dengan kata amal, kerja dan zikir kepada ALLAH. Wahai anak-anakku, aku amat berharap kamu tidak sibuk dengan muzik dan tidak terjerumus ke dalam arus syahwat.

Wahai puteriku, aku ingin kamu berjanji kepada ALLAH akan mengenakan hijab secara jujur dan betul. Aku meminta kamu berjanji kepada ALLAH bahawa kamu akan mengambil peduli tentang agama dan Nabi kalian yang mulia. Jadikanlah ibunda kamu, Khadijah dan Aisyah, sebagai teladan. Jadikan mereka sebagai pelita hidup kamu. Haram hukumnya bagi kamu untuk melakukan sesuatu yang boleh menarik perhatian pemuda supaya mendekati kalian.

Kepada semua, aku ingin kamu bersiap sedia untuk menghadapi segala sesuatu yang akan datang. Bersiaplah dengan agama dan ilmu pengetahuan. Bersiaplah untuk belajar dan mencari hikmah. Belajarlah bagaimana hidup dalam kegelapan yang pekat. Latihlah diri kalian agar dapat hidup tanpa elektrik dan peralatan elektronik. Latihlah diri kamu untuk sementara waktu merasakan kehidupan yang sukar.

Biasakan diri kamu agar dapat melindungi diri dan membuat perancangan untuk masa depan. Berpeganglah kepada agama kamu. carilah sebab-sebabnya dan tawakal kepada ALLAH.

KeKaSiH SeJaTi...


Bismillahirrahmanirrahim
Ku biarkan kalam berbicara..

Ku biarkan pena merungkai kata-kata..
Ku biarkan minda mentafsir segalanya
Ku biarkan hidayah membuka pintu hati yang buta..


Alhamdulillah kerana Allah memberi kita banyak nikmat sehingga kita terlupa untuk menunjukkan bakti kita kepada Allah...Antara nikmat yang paling besar kepada kita ialah nikmat 'cinta' ataupun rasa kasih dan sayang antara satu sama lain..


Post kali ini mungkin ingin menyentuh tentang bagaimana rasa cinta itu bisa menjadikan seseorang itu lebih mengenali si dia ataupun si DIA..kekadang bila seseorang itu telah menemui cinta sejati dia bisa menghabiskan waktu,tenaga dan segalanya kerna kekasih yang bertakhta di hati..memang tak dinafikan perasaan cinta itu adalah fitrah manusia yang lemah ini dan kita tiada kuasa untuk melawannya tapi kita ada kemampuan untuk mengarahkan cinta itu ke arah baik ataupun buruk..


Cinta itu bisa jadikan diri kita mabuk dengannya,asyik teringat tentangnya,menyebut-nyebut
namanya sehingga menjadikan kekasih itu sungguh istimewa di hati dan tiada kelemahan mahupun cacat cela pada kekasih pujaan hati...

Alangkah indahnya jika kita beroleh rasa cinta seperti yang dirasai dan dialami oleh Rabiatul Adawiyah sehingga lupa akan segala perkara selain DIA lantaran rasa rindu yang membuak-buak untuk bertemu dengan Sang Kekasih...pasti dia ketepikan segala perkara yang bisa menghalang untuk dia bersegera berjumpa dengan Kekasih Sejati


Sajak Aminah Qutb

Sekiranya
kita cinta kepada manusia
tak semestinya manusia cinta kepada kita
Tetapi
sekiranya kita cinta kepada Allah
nescaya cinta Allah tiada penghujungnya

Sekiranya
kita cinta kepada manusia
kita akan cemburu kepada orang yang
mencintai orang yg kita cintai
Tetapi
sekiranya kita cinta kepada Allah kita akan turut mencintai
orang yg melabuhkan cintanya kpd Allah juga

Ya Allah
campakkanlah ke dalam hatiku
cinta kepadanya adalah keranaMu
dan campakkanlah ke dalam hatinya
cinta kepadaku adalah keranaMU

Sesungguhnya tak ada bukit yg cukup tinggi,tak ada lautan yg cukup dalam,tak ada luka yg cukup pedih bila cinta kekasih telah memenuhi seluruh relung hati

Ya,bayangan kekasih merambat malam-malam
Membuatku begadang
Dan cinta menghadang sakit dengan segala senang

Moga diri ini diberi kekuatan untuk beroleh cinta yang hakiki...

Jul 5, 2010

Pesan Atok : Memandang Mulia