rss
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites

Jun 30, 2010

Jibril, Malik, Israfil dan Izrail Khabarkan Kelebihan selawat

Rasulullah SAW telah bersabda bahwa : "Malaikat Jibril, Mikail, Israfil dan Izrail as telah berkata kepadaku :

Berkata Jibril as : "Wahai Rasulullah SAW, barangsiapa yang membaca SELAWAT ke atasmu tiap-tiap hari sebanyak sepuluh kali, maka akan saya bimbing tangannya dan akan saya bawa dia melintasi titian seperti kilat menyambar."

Malaikat Malik as pula berkata : "Mereka yang berselawat ke atas kamu akan aku beri mereka itu minum dari telagamu."

Berkata Malaikat Israfil as : "Mereka yang berselawat kepadamu akan aku sujud kepada Allah SWT dan aku tidak akan mengangkat kepalaku sehingga Allah SWT mengampuni orang itu."

Berkata Malaikat Izrail as : "Bagi mereka yang berselawat ke atasmu, akan aku cabut roh mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti aku mencabut roh para nabi-nabi."

Amalkanlah SELAWAT kepada Rasulullah paling kurang sebanyak 10 kali setiap hari, kerana sesungguhnya tidak sesekali akan merugikan kalau kita berselawat kepada Rasulullah SAW, bahkan hanya akan bertambah kebaikan,..wallahua'lam.

aku..cinta..dan..campus

Aku masih ingat dikala itu, Disaat aku begitu gembira dapat lepas jauh dari jangkauan dua ibubapaku. Inilah kebebasan yang aku impikan selama ini. Atas maksud belajar aku dilepaskan pergi berbekal iman senipis kertas dan ilmu agama setitis dakwat. Tanpa aku sedar iman dan ilmu yang begitu rapuh bakal mengundang padah diriku yang masih belum bersedia menongkah arus lautan maksiat yang begitu deras di kampusku.
   
Ah namun itu tidak bererti padaku, Apa yang penting aku dapat mengecap kebebasan yang aku inginkan selamanya. Saat aku mengecap kebebasan itu, Aku rasakan inilah manisnya dunia. Pakaianku sudah berubah dari berbaju kurung sopan kepada fesyen gadis moden bergaya walaupun aku terpaksa menampakkan aset diriku yang dikhususkan untuk bakal suamiku. Namun aku tidak kisah. Aku tidak mahu digelar gadis kampung yang kolot dengan mengenakan pakaian sopan tersebut. Aku sekarang berada dibandar, tiada siapa yang akan menghiraukan apa yang hendak aku lakukan walaupun bertentangan dengan norma-norma agama.



Pergaulanku makin bebas, Kalau dulu disekolah, aku masih ingat, Pengaulanku begitu terjaga. Jangankan hendak bercakap dengan lelaki berjumpa pun aku sudah lari kerana malu. Jangankan hendak bersentuhan, jika aku ditenung lelaki pun aku sudah melinting kemarahan…

Namun kini keadaan sudah berbeza, aku tidak mampu membawa prinsip itu di kota besar ini. Lagipula hati halus ini begitu ingin disayangi oleh insan bergelar lelaki. Terus aku biarkan sahaja keinginan kekasihku melakukan apa sahaja padaku. Apa yang pasti, pada saat itu aku begitu cinta dan sayang padanya. Saat itu aku lupa pada penat lelah ayah yang membanting tulang berpeluh keringat berkerja menampung pelajaranku disini. Aku sudah lupa pada jasa ibu yang bersabung nyawa melahirkan aku.Aku lupa ,aku lupa,aku lupa. Ya Allah pasti luluh hancur hati ibu bapaku melihat apa yang aku lakukan saat ini. . .

Hari berganti hari, bulan berganti bulan. Tahun berganti tahun. Kini aku sudah berada ditahun akhir pengajianku dikampus. Hari makin hari aku rasa bosan dengan kehidupan disini, serabut dan bercelaru. Aku tidak tahu kenapa. Apa sahaja yang aku lakukan serba tidak kena. Aku rasa kosong. Cukup kosong. Aku melakukan apa sahaja untuk memenuhkan kekosongan hatiku. Aku pergi ke pantai, shopping, karaoke, melancong, mendengar lagu, bersuka ria bersama teman dan apa sahaja cara untuk menghiburkan hatiku ini. Namun hari makin hari hati ku makin sengsara. Bila aku ditanya tentang cinta. Aku melenting dan cukup marah.

Apa CINTA!!!


Aku sudah serik dengan cinta. Setelah segala keinginnyaku penuhi. Dia telah pergi meninggalkan aku. Mencari adik-adik junior yang yang lebih segar untuk “diratah” seperti diriku.


YA ALLAH

Aku sangat menyesal atas perbuatanku ya ALLAH

Ampunkan ku
 
 
 
 
MOTIVASI  @GAMA...

Mungkin ini adalah salah satu dari getusan hati kekesalan puluhan ribu gadis remaja yang hanyut dalam indah dan manisnya dunia. Mereka dibuai penuh asyik dengan hiburan, lelaki dan wang hanya untuk nikmat yang seketika. Hingga akhirnya mereka kecewa dipermainkan dunia dan oleh lelaki yang bertopengkan syaitan.

Berapa ramai gadis-gadis yang jatuh diribaan lelaki buaya darat atas janji manis yang palsu belaka hingga gadis-gadis ini sanggup melakukan perbuatan yang sangat terkutuk disisi agama hanya untuk menzahirkan cinta sejati mereka. Sedarlah saudari muslimatku. Seorang lelaki tidak akan memperisterikan seorang gadis yang telah dikecap madunya sebelum ikatan yang sah. Apatah lagi untuk menjadikan gadis “Pakai Buang” itu ibu pada bakal anak-anaknya nanti!!!

Duhai saudari Muslimahku,
aku tahu engkau telah menyesal atas tipu-daya dunia. Dunia yang luas, pastinya ketika ini cukup sempit untuk. Engkau tidak tau apa yang perlu dilakukan. Dimana perlu aku bermula untuk memperbaiki kekhilafanku ini???

Wahai saudari muslimahku,
walaupun seluruh dunia ini membencimu atas kesilapanmu dahulu. Namun percayalah engkau tidak bersendirian. Allah masih sentiasa bersamamu. Walaupun engkau datang bersama dosa sebesar bukit Uhud Allah tetap memaafkanmu. Hatta engkau datang bersama dosa langit dan bumi Allah tetap menantikanmu untuk memberikan keampunan sepenuh langit dan bumi. Percayalah sahabatku walau sebesar manapun dosamu dahulu Allah tetap akan mengampungkanmu.

Lupakah engkau pada cerita lelaki yang telah membunuh 100 orang manusia lantas dia bertaubat, terus ALLAH telah memasukkanya kedalam syurga. Aku pasti wahai saudari Seislamku pastinya dosamu tidak sebesar cerita lelaki diatas yang termaktub dalam kitab hadis yang paling sahih (Al-Bukhari)

Duhai saudariku,
Bertaubatlah dengan sepenuh hatimu. Hiasilah malammu dengan isak dan tangis memohon keampunan dari Rabbmu. Biarkan pipimu mengalirkan air mata taubat yang akan menjadi saksi dipadang Mahsyar Allah nanti. Allah masih sayangkanmu wahai saudariku. Kerana itulah Allah yang maha Esa masih memberi denyut nadi untuk dirimu bernafas bagi memberi peluang untuk dirimu bertaubat.

Aku tahu engkau begitu menyesalkan dengan cinta masa lalumu yang penuh titik hitam. Dan pasti engkau risaukan pasti tiada lelaki soleh yang akan memperisterikan dirimu. Saudariku percayalah masih ada lagi lelaki soleh diluar sana yang tidak akan kisah lansung dengan sejarah hitammu asalkan dirimu benar-benar bertaubat dan dapat menjadi isteri yang TAAT dan SOLEHAH padanya.


DUHAI SAUDARI SEISLAMKU,
ISTIQAMAHLAH DALAM TAUBATMU
SABAR DAN JANGAN PUTUS ASA,
KERANA PASTI ALLAH TELAH MENYEDIAKAN LELAKI YANG SOLEH BUAT MEMBIMBINGMU MENJADI ISTERI YANG SOLEHAH…
 
 
 (semoga kita dapat manfaat dari kisah ini)

Tazkirah Mas'ul

Jun 29, 2010

PERISTIWA NAKBA 60 THUN

MEMPERINGATI PERISTIWA NAKBA 60 TAHUN PENDERITAAN RAKYAT PALESTIN 15 MEI 2008.
KHUTBAH

Sidang jumaat yang dirahmati Allah sekalian,
Mimbar kali ini ingin mengambil perhatian muslimin sekalian kepada nasib umat Islam Palestin yang sehingga kini terus menderita sejak 60 tahun yang lalu .
Oleh kerana itu kami mengharapkan agar para ahli Jumaat sekalian memberi perhatian dan mendengar dengan penuh tumpuan terhadap mesej khutbah penting yang akan disampaikan pada hari ini.
Kesan dari Khutbah ini kami mengharapkan agar suatu kesedaran dan keinsafan yang mendalam tercetus dikalangan semua kaum Muslimin dan dengan itu bertindak untuk membela nasib saudara kita di Palestin sekaligus membebaskan Masjid Al-Aqsa yang menjadi tuntutan ke atas setiap kaum Muslimin..
Sidang jumaat yang dirahmati Allah ,
Untuk kesekian kalinya kita maseh terpaksa membicarakan suatu isu kemanusiaan yang telah berpanjangan dan menjadi titik hitam pada wajah umat Islam iaitu persoalan Palestin dan Baitul Muqaddis yang terus diceroboh dengan biadab oleh Yahudi Zionis.
Marilah kita mengingatkan diri kita bahawa ketika kita mengingatkan tarikh 31 hb Ogos 1957 sebagai hari kemerdekaan Negara , pada 31 hb Ogos 1897M merupakan tarikh Persidangan Basel, Swisszerland iaitu permulaan kepada sejarah tercetusnya gerakan untuk menubuhkan sebuah Negara untuk umat Yahudi . Ini diekori dengan Deklarasi Balfor untuk merealisasikan hasrat ini.
Dan pada tahun 1948 negara Israel diistiharkan yang didokong sepenuhnya oleh Amerika Syarikat.
Tepat 15 hb Mei 2008 ini maka genaplah 60 tahun berlaku peristiwa Nakba iaitu peristiwa malapetaka ke atas rakyat Palestin. Pada 15 hb Mei 1948 itu tentera Zionis Israel telah melancarkan pembersihan etnik ( etnic cleansing ) iaitu sejumlah 750,000 orang atau tiga perempat populasi daripada rakyat Palestin dihalau keluar dari kediaman mereka.
Mereka telah dipaksa menjadi pelarian dalam negara Palestin sendiri dan termasuk di negara-negara jiran yang kini telah mencecah lebih 4.5 juta orang. Kini sudah 6 dekad pelarian Palestin hidup dalam kemiskinan dan penafian keperluan asasi yang sangat parah.
Mereka terpaksa hidup tanpa makanan yang mencukupi , tanpa tempat tinggal , tiada pekerjaan , pendidikan dan kemudahan rawatan. Nasib mereka hingga kini tidak dipeduli oleh masyarakat antarabangsa yang didominasi oleh Amerika Syarikat.
Kini Israel maseh meneruskan polisi pembersihan etnik ke atas rakyat Palestin . Sejak pencerobohan ke atas Tebing Barat dan Jurusalem Timur pada tahun 1967 , Israel telah membangunkan kependudukan Yahudi yang melanggar undang-undang antarabangsa dan resolusi-resolusi PBB.
Kini populasi kependudukan Yahudi mencecah 400,000 orang yang mengakibatkan penyelesaian 2 negara yang kononnya diusahakan oleh Presiden Bush menjadi tidak relevan.
Dari saat itulah Israel menjadi sebuah kuasa proksi Amerika Syarikat . Dalam peperangan 1967 antara tentara Arab dan Israel , tentera Israel telah menguasai Baitul Muqaddis yang telah mengakibatkan tanah Palestin dirampas dengan zalim dari rakyat Palestin. Ekoran itu proses “pengYahudian” bumi Palestin dilancarkan oleh Israel.
Sebagai hasil gerakan Zionis Yahudi ini , sekarang bumi Palestin telah dicerobohi oleh 6 juta orang Yahudi sementara 5 juta rakyat Palestin sendiri menjadi pelarian di sekitar negara-negara di Timur Tengah . Sebanyak 80 kem pelarian kini menampung 1 juta pelarian Palestin di Jordan , Lebanon dan Syria.
Sidang Jumaat Yang dirahmati Allah ,
Sudah 60 tahun , ummat Islam Palestin hidup di medan peperangan . Mereka berada di tengah – tengah kekejaman penjajah durjana Israel laknatullah. Mereka di tindas dan dizalimi tanpa simpati .
Orang – orang tua mereka diusir keluar dari tanahair , lelaki mereka dikelar dan ditembak mati , wanita mereka diperkosa dan dibelah perutnya . kanak – kanak mereka diletupkan , rumah kediaman mereka dibakar dan kampung halaman mereka dimusnahkan .
Yahudi mencabul Masjidil Aqsa , meletupkan pejuang – pejuang Islam dan pemimpin mereka biarpun mereka sedang mendirikan solat tanpa senjata .
Pemimpin dan ulama’ besar Palestin seperti Syeikh Izzudin Al Qassam , Syeikh Ahmad Yassin , Dr. Abdul Aziz Ar Rantisi dan lain – lain telah menemui syahid dihujung senjata Yahudi Laknatullah.
Para mujahid dan pemuda – pemuda Islam yang mahu hidup mereka merdeka, ditangkap dan dikurung puluhan tahun lamanya , dalam bilik kurungan yang sempit dan serba gelap .
Mereka diperlakukan laksana binatang , bahkan binatang lebih berhati perut berbanding yahudi laknatullah .
Mari kita renungkan angka yang menyedihkan ini. Di saat ini sepertiga kanak-kanak Palestin dinafikan hak pendidikan , kurang dari 14% kanak-kanak Palestin yang dapat menghabiskan persekolahan di sekolah , kurang dari 9% tamat persekolahan diperingkat menengah. Kini 73% rakyat Palestin sedang menganggur.
Manakala jumlah rakyat Palestin yang hanya makan satu kali sehari ialah 46%. Seorang doktor terpaksa merawat 1,700 pesakit.
3 juta rakyat Palestin menjadi banduan di penjara terbesar di dunia apabila mereka di kepung oleh tentera Israel di Palestin dengan tembuk sepanjang 720 km dan 8-12 meter tinggi . Lebih 11,000 rakayat Palestin dipenjarakan di Israel . Ada yang dipenjara sehingga 30 tahun.
Puluhan lokasi pemeriksaan yang didirikan oleh tentera Israel telah meningkatkan penderitaan rakyat Palestin. Ini termasuk wanita Palestin yang melahirkan anak di stesen pemeriksaan Israel kerana disoalsiat sehingga mereka yang sarat hamil melahirkan anak ditempat pemeriksaan tersebut. Ada juga laporan pesakit dalam ambulan akhirnyanya mati dalam ambulan kerana disekat oleh tentera Israel atas nama pemeriksaan rapi.
Keadaan hidup rakyat Poalestin sangat menyedihkan . Ada yang terpaksa hidup dalam kem pelarian yang tiada bekalan air bersih , tiada ubatan , tiada makanan dan sanitasi yang sempurna.
Mereka hidup dalam keadaan yang sangat tertekan dan terus menderita. Sudah puluhan tahun mereka tidak diberi hak untuk pulang ke tanah air Palestin. Sehingga kini 8,250 buah rumah rakyat Palestin dihancurkan dan mereka dihalau keluar dari tanah air mereka sendiri. Sebanyak 18,031 rumah hancur semasekali di Tebing Barat dan Gaza.
Demikian kezaliman dan kekejaman Israel . Tepat seperti yang digamnbarkan dalam Firman Allah S. W.T
“Nescaya kamu akan dapati , manusia yang sangat tinggi kadar permusuhan mereka terhadap orang – orang yang beriman ialah Yahudi dan orang – orang yang menyengutukan Allah ( Musyrikin )” .
Al Maaidah : Ayat 82
Sidang Jumaat yang di rahmati Allah .
Pada Julai 2005 , Kesatuan Pekerja Palestin termasuk 170 pertubuhan Palestin yang lain, parti-parti politk dan organisasi-organaisasi masyarakat telah menganjurkan boikot global , mengeluarkan semua pelaburan dan sekatan ekonomi ke atas Israel seperti yang pernah dilakukan ke atas Afrika Selatan.
Seruan ini mendapat sokongan masyarakat terutama di Eropah , AS dan Kanada sendiri. Pengguna telah memboikot barangan Israel dan ahli akdemik memboikot universiti-universiti Israel .
Terakhir ini Israel telah melaksanakan sekatan ekonomi ke atas rakyat Palestin yang tidak berdaya lagi selepas mereka dicerobohi. Pada musim panas pada tahun 2006 , operasi pengeboman berterusan dilancarkan oleh tentera Israel ke atas Gaza . Ia memusnahkan jalan raya , jambatan , kemudahan fasiliti kumbahan , pembersihan air dan pusat tenaga elektrik. Ratusan rakyat Palestin telah tercedera. Kesan sekatan itu ialah peningkatan pengganguran , kemiskinan dan kebuluran pada tahap yang tidak pernah berlaku sebelum ini. Gaza sedang dicekik oleh Israel sehingga ekonominya hampir lumpuh seluruhnya. Hakikat ini diakui sendiri oleh Hardad Zervos dari Bank Dunia.
Dalam perkembangan yang terbaru , regim Israel terus meningkatkan kezalimannya terhadap umat Islam di Palestin . Regim Israel yang didalangi Amerika Syarikat telah menutup terminal Rafah pada 9 hb Jun 2007 iaitu pintu masuk di sempadan antara Israel dan Mesir.
Tindakan Israel ini telah menghalang rakyat Palestin yang berada di Mesir untuk balik ke Gaza , Palestin melalui pintu sempadan Rafah itu . Akibatnya ribuan rakyat Palestin terperangkap di Mesir yang menyebabkan anggota keluarga terpisah antara satu sama lain. Mereka terpaksa menumpang di sekolah , masjid , rumah dan ada yang tingal dibawah pohon di padang pasir..
Dakwaan Israel tindakan ini adalah untuk menghalang golongan pejuang Palestin dari mendapat bantuan dari Mesir. Sehingga ini HAMAS , Mesir dan badan antarabangsa dan PBB serta Badani Palang Merah Antarabangsa sendiri telah mendesak Israel untuk membuka sempadaan Rafah bagi membolehkan rakyat Palestin pulang ke Gaza.
Akan tetapi jika pun ada yang dibenarkan pulang, ternyata tentera Israel dijangka akan mengambil kesempatan menahan mereka yang didakwa pejuang Palestin bila mereka sampai di sempadan. Yang nyata ramai lagi yang sakit dan tua tidak dapat pulang ke Gaza.
Sehingga saat ini, hanya 700 orang sahaja dari 6,000 orang yang tersadai di Mesir yang dibenarkan pulang ke Gaza . Mereka dibenarkan pulang melalui sempadan di al-Oja , Utara Sinai yang dikawal kerajaan Mesir dan Israel . Proses kebenaran pulang ke Gaza ini disyaratkan melalui saringan yang ketat oleh kerajaan Mesir dan Israel.atas alasan untuk memastikan tiada pejuang Palestin yang terlepas masuk ke Gaza.
Malangnya sehingga hari ini , tiada bantuan dan tiada usaha mendesak Israel agar membuka semula sempadan di Rafah. Penderitaan mereka yang terperangkap di Mesir semakin meruncing dan menuju kepada keadaan krisis kemanusiaan yang parah. Sehingga kini hanya golongan Ikhwan Muslimin sahaja yang bekerja keras untuk membantu mereka yang tersepit
Pada hakikatnya tindakan Israel itu adalah untuk menghukum rakyat Palestin di Gaza yang telah menyokong Hamas dalam pilihanraya yang lalu. Sehingga ini kepungan ekonomi dan politik yang dilancarkan oleh Israel dan Amerika Syarikat ke atas kerajaan Palestin dibawah HAMAS telah mengakibatkan kakitangan kerajaan tidak dapat dibayar gaji , perniagaan terbantut dan menteri-menteri kerajaan HAMAS menjadi sasaran Israel.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah ,
Persatuan Ulama’ Dunia ( al Ittihad al A’lami lil ulama’ al muslimin ) telah mengusulkan kepada negara – negara ummat Islam agar membantu ummat Islam dan kerajaan HAMAS yang dipilih secara demokratik dalam menghadapi pemboikotan yang yang dilancarkan oleh musuh – musuh Islam durjana.
Ketua Kesatuan Ulama’ Dunia , Prof. Dr. Yusuf Al Qaradhawi telah mengeluarkan fatwa yang menegaskan , wajibnya ummat Islam menghulurkan bantuan kepada Palestin.
Sementara itu , Ketua Whip HAMAS di Majlis Legeslatif Palestin Dr. Khalil Ismail al Hayya , telah memohon sumbangan jihad dari seluruh ummat Islam dan melancarkan kempen 1 Dolar Amerika,bersamaan ( RM 3.60 ) setiap individu muslim dalam kempen menangani pemboikotan kuffar antarabangsa terhadap ummat Islam Palestin untuk mengatasi kesengsaraan dan ancaman kebuluran yang sedang dihadapi oleh ummat Islam Palestin .
Justeru itu sidang Jumaat sekelian ,
Pada 15 hb Mei 2008 peringatan hari Nakba telah dilancarkan oleh pelbagai kumpulan diseluruh dunia untuk mengingati ulang tahun ke 60 peristiwa tersebut. Pelbagai aktiviti digerakkan seperti perhimpunan , demonstrasi , penyerahan memorandum , ceramah , pelancaran boikot dan sebagainya.
Melalui suara mimbar yang mulia ini saya melancarkan infaq fi sabilillah untuk saudara sumbangkan buat saudara seagama kita di palestin .
Berbekalkan kesedaran dan keinsafan yang tinggi untuk mengangkat martabat Ummah di mata dunia , demi membebaskan Masjidil Aqsa dari cengkaman Yahudi laknatullah , demi kedaulatan syiar dan syariat Allah di bumi Palestin dan pastinya jua , demi menyelamatkan insan beriman dari kesengsaraan dan penderitaan yang berterusan , maka pastikan tiada seorang pun muslimin sidang jumaat hari ini , meninggalkan masjid tanpa menyumbang dan menghulurkan Infaq fi sabilillah .
Marilah kita tunaikan hak persaudaraan kita , sebagaimana yang diajar oleh Rasulullah saw :

Maksudnya : Perumpamaan orang – orang beriman dalam kasih sayang mereka , hubungan naluri mereka dan persaudaraan mereka seperti satu jasad . Apabila satu anggota terasa sakit, maka seluruh anggota turut berjaga dan terasa sakit .

Millatfacebook dan Fifa World Cup 2010

Sekarang rata-rata penduduk dunia tidak kira kafir atau ummat Islam kebanyakannya sedang dibuai dengan mimpi-mimpi bola, termasuk saya dan mungkin anda para pembaca. Demam bola, makan bola, minum bola, tidur bola, segalanya bola. Walhal, baru beberapa minggu lepas kita dikejutkan dengan tragedi Freedon Flotilla dan serangan ke atas kapal bantuan ke Gaza iaitu Mavi Marmara yang mana ia juga melibatkan rakyat warganegara Malaysia. Tidak dapat dinafikan, pengaruhnya begitu kuat dalam kehidupan seharian kita sepanjang bulan Jun dan Julai ini.

Bercakap mengenai millatfacebook (mfb) pula, tahukah anda apa itu millatfacebook? Pernahkah anda dapat mesej seperti ini?

“Jom sokong millatfacebook, mfb ni buatan orang Islam Pakistan, jom ramai-ramai kita pakat buat akaun di mfb, boikot fb buatan yahudi ni”

Sudah pasti anda yang mempunyai akaun di facebook (fb) pernah mendapat mesej seperti itu bukan? Ataupun mesej yang seumpamanya. Tetapi, pernahkah anda tertarik untuk mengkaji siapakah disebalik dalang mfb tersebut? Tahukah apa isu disebaliknya yang menyebabkan munculnya mfb ini?

Mfb mendakwa, mereka mencipta mfb tersebut atas usaha untuk memboikot barangan yahudi (fb) yang mana fb telah melakukan satu penghinaan kepada Junjungan Besar Baginda Rasulullah saw dengan melakukan satu aktiviti melukis wajah Muhammad dalam ruangan mereka. Jadi disini memang ada niat baik bagi pencipta mfb tersebut. 

Tapi persoalannya, mengapakah terlalu pantas mfb tersebut wujud? Baru satu hari fb lakukan ‘Hari melukis Muhammad’ tapi mfb sudah siap dicipta??? Hebat betul pereka mfb ini? Atau dia sudah menjangkakannya dari awal lagi? Kalau sudah menjangkakannya dari awal, mengapa server mfb tersebut terlalu lambat? Setiap kali saya menjejakkan kaki ke mfb, pasti akan ‘page loading’ berjam-jam. Dan mengapa Facebook.com tidak mengambil tindakan terhadap pereka mfb ini? Kerana pereka mfb ini telah mencuri hak cipta fb dengan meletakkan facebook pada jenama mereka.


Dan tidak dinafikan didalam mfb tersebut, sudah banyak mereka-mereka yang mencipta grup-grup mengenai Islam. Dan ia mfb sungguh kelihatan seperti milik orang Islam. Satu persoalan lagi, pada sekitar 3 hari mfb diwujudkan, satu ‘quote’ telah muncul di muka hadapan mfb yang berbunyi “If Facebook can reach 1Thousand Million followers, We at Millatfacebook also can! Yes, We Can!”

Oh! Apakah ini tanda paling ketara yang sudah cukup membuatkan saya syak wasangka dengan mfb ini??? Apakah itu “Yes, We Can!”??? Saya rasa anda sudah tahu apa jawapannya.

Sekarang mari kita huraikan pula apa itu ‘millatfacebook’ yang didakwa oleh sesetengah pihak yang ianya bagus lah apa lah…


1, Millat = Kata asalnya adalah dalam Bahasa Arab yang mana berbunyi Millatun yang membawa maksud Agama atau pegangan kepercayaan.

2, Face = Muka, wajah

3, Book = Buku, kitab, catatan

4, Jika digabungkan ketiga-tiganya, maka ia akan menjadi ‘millatfacebook’ yang mana ia akan membawa maksud ‘Agama Muka Buku’ atau dalam erti kata lain boleh juga anda menjadikan ‘facebook’ itu sebagai agama atau pegangan. Atau juga boleh dirungkaikan sebagai ‘Agama yang menjadikan sesuatu platform sebagai catatan’. Mungkin maksudnya kurang jelas, tapi tidak mengapa. Ia tidaklah terlalu membebankan. Terserah kepada anda, jika ada yang lebih mahir, dipersilakan tampil untuk menghuraikannya.

Seterusnya, kita tinggalkan huraian nama mfb ini, sekarang mari kita trace IP Adress mereka. Kita jejaki dari mana ia berasal? Adakah ia sama seperti facebook? Adakah ia juga milik Amerika/CIA? Mari kita lakukannya. Anda juga boleh melakukannya bersama-sama saya.

Cara-caranya:

1) Pergi ke Start Menu, kemudian klik pada Run…

2) Taip ‘cmd’ pada ruangan komen untuk Run …

3) Kemudian akan muncul satu kotak berwarna hitam

4) Taipkan ‘ping millatfacebook.com’ pada ruangan yang terdapat dalam kotak hitam tersebut. Dan tunggu beberapa saat. Anda akan dapat hasilnya.

5) Hasilnya akan kelihatan seperti ini atau mungkin lain sedikit:

Microsoft Windows [Version 5.1.2600]
Copyright (c) 2009 Microsoft Corporation. All rights reserved.


C:\Document and Setting\kapak>ping millatfacebook.com
Pinging millatfacebook.com [204.61.223.84] with 32 bytes of data:


Reply from 204.61.223.84: bytes=32 time=383ms TTL=51
Reply from 204.61.223.84: bytes=32 time=379ms TTL=51
Reply from 204.61.223.84: bytes=32 time=379ms TTL=51

Reply from 204.61.223.84: bytes=32 time=379ms TTL=51

Ping statistics for 204.61.223.84:
Packets: Sent = 4, Received = 4, Lost = 0 (0% loss),
Approximate round trip times in milli-seconds:
Minimum = 329ms, Maximum = 352ms, Average = 381ms
C:\Document and Setting\kapak>

6) Seterusnya 'copy' Ping Statistics (IP Adress) tersebut dan 'paste'kan di http://www.ipaddresslocation.org/ip-address-tracker.php

7) Anda akan dapat hasilnya! Dan hasilnya akan kelihatan seperti ini:

IP Address Finder
IP Address: 204.61.223.84
Hostname: node-lb0.millatbook.com
IP Country: United States
IP Country Code: USA
IP Continent: North America
IP Region: Texas
Guessed City: Friendswood
IP Latitude: 29.5141
IP Longitude: -95.1903
Organization: Lakota Data Center LLC
ISP Provider: Lakota Data Center LLC

8) Sekarang lihat hasilnya. Sudah dapat apa yang saya cuba sampaikan?

9) Ok, sekarang kita trace Ip address bagi facebook.com pula. Lakukan cara no1 – 7 semula. Dan anda akan dapat hasilnya seperti berikut:


IP Address Finder

IP Address: 69.63.189.11
Hostname: www-10-01-ash2.facebook.com
IP Country: United States
IP Country Code: USA
IP Continent: North America
IP Region: California
Guessed City: Palo Alto
IP Latitude: 37.4429
IP Longitude: -122.1514
Organization: Facebook
ISP Provider: Facebook


Quote dari Indonesia: 
NB: Untuk millatfacebook.com ternyata nggak punya hosting sendiri, tapi beli di Lakota Data Center, LLC, Perusahaan web hosting punya Amerika, tepatnya di Texas.. (sama aja bohong, kalaupun buatan orang Pakistan, databasenya juga masuk ke Amerika/CIA) Kalau anda udah membikin grup atau situs kecil didalam millatfacebook, lalu anda dedahkan gerakan anda atau apa-apa tentang Islam, ternyata anda sudah ditipu, dan orang yahudi dan amerika ini sudah mendapat untung darinya dengan menipu anda…

-Ini hanya trik sederhana untuk mengetahui Negara asal penyedia situs tersebut. Percaya atau tidak, itu tergantung teman- teman. Mungkin ada tambahan?


Bagaimana? Masih percaya millatfacebook berasal dari Pakistan? Sampai sekarang pun saya tidak tahu siapa yang mendirikannnya, saya hanya tahu bahawa ia berasal dari US, hanya berbeza Negara dan bahagian. Dan boleh jadi ia juga milik satu perusahaan yang sama dengan facebook.

Jadi sekarang apa solusinya? 

Mungkin sebaiknya kosongkan info profil fb dan mfb anda, apapun situasinya terutama aktiviti dan organisasi kita. CIA dan Mossad sedang aktif mengumpulkan data-data peribadi untuk pencantuman data. Kita tidak tahu apa yang akan mereka lakukan selanjutnya."



"Ketahuilah yahudi zionis ini sangat cekap dalam penipuan khususnya dalam menipu umat islam..”

Sekarang kita tinggalkan millatfacebook dan segala lelucon mengenainya. Kita bicara kembali mengenai Fifa World Cup yang sedang hangat diperkatakan sekarang. Antara soalan atau kata-kata yang sering kita dengar ketika musim bola:


“Kau sokong Negara mana? Aku sokong Jerman. Tahun ni aku yakin Jerman menang punyalah!”

“Malam ni jom lepak NZ Curry House, kita tengok Jerman lawan Australia ramai-ramai. Mesti best punya lah. Nanti kalau Jerman menang aku belanja kau makan”


Pasti anda pernah terdengar suara-suara seperti itu bukan? Ok, kita teruskan bicara.


World Cup 2010 pujaan dunia sudah pun bermula 11 Jun lalu. Saya sendiri mengakui yang saya juga turut menontonnya, dan saya memang menyokong pasukan Jerman. Itu pun sebab pemain-pemain mereka yang hebat-hebat. Apapun, yang penting adalah dalam keghairahan menonton dan demam bola sepak, saya mengingatkan diri saya dan rakan-rakan teman peminat bolasepak supaya jangan sampai tanggungjawab mengambil berat isu-isu ummah turut demam sama kerana saya bimbang ada agenda 'turning point' musuh-musuh Allah khususnya Secret Societies dan THH ketika dunia tertumpu pada Afrika Selatan.

(Ini adalah gambar bola sepak yang digunakan dalam kejohanan World Cup 2010. *Jahbulon adalah tuhan ritual Masonic paganisme) iaitu nama bola jenama Adidas (JABULANI).

Sekarang kita lihat pula poster rasmi untuk Fifa World Cup 2010 ini.

~maaf, gmbr xdpt disiarkan...

~penerangan dlm gmbr...-bentuk piala dunia dlm gmbr Rasmi Fifa World Cup 2010, ada gmbr World Cup, apabila disengetkan ke sebelah kanan, ia akan kelihatan seperti muka Horus iaitu Tuhan bg org Mesir Purba Kala...


Horus adalah Tuhan yang popular dikalangan orang-orang Mesir dan ia adalah anak kepada Osiris dan Isis. Osiris dan Horus keduanya adalah merangkumi sistem solar. Osiris adalah matahari tenggelam, Horus adalah matahari terbit. Horus juga dikenali sebagai ‘The Amen-Ra’ atau juga dikenali sebagai ‘Ra Ramma’ yang membawa maksud Tuhan Matahari. Kisah mengenai Horus ini telah dijumpai dalam ‘The Egyptian Book of The Dead’ (juga dikenali sebagai ‘Papyrus of Ani’) dan ia ditulis sekitar 3000 tahun sebelum kelahiran Nabi Allah Isa as.


Jadi, kepada anda diluar sana yang menggunakan poster World Cup ini sebagai ‘wall photo’ di facebook anda atau ‘profile picture’ di myspace anda, maka tukarlah ia. Ada sesuatu yang lebih menarik. Anda boleh ‘copy’ gambar dibawah untuk kegunaan anda. Dipersilakan.

~Gmbr ini boleh dicari di Internet...Maaf xdpt disiarkan kerana mslh Internet..

(Ayat 'FIFA' untuk tahun 2010 adalah 'Fight Israel Free Al-Aqsa')

HARGAI AIR MATA WANITA

Seorang anak laki2 kecil bertanya kepada ibunya ''mengapa engkau menangis?'' ''kerana aku seorang wanita'',kata si ibu kepadanya.''aku tidak mengerti'',kata anak itu.Ibunya hanya memeluknya tanpa berkata,''Dan kau tak akan pernah mengerti''.Kemudian anak lelaki itu bertanya ayahnya,''Mengapa ibu suka menangis tanpa alasan?'' ''Semua wanita menangis tanpa alasan'',hanya itu yang dapat dikatakan oleh ayahnya.Anak laki2 kecil itupun lalu membesar menjadi seorang laki2 dewasa,tetapi igin tahu mengapa wanita menangis.Akhirnya ia menghubungi Tuhan,dan ia bertanya,''Tuhan,mengapa wanita begitu mudah menangis?''

Tuhan berkata:
''Ketika Aku menciptakan seorang wanita,ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa.Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopong dunia;namun,harus cukup lembut untuk memberikan keselesaan''

''Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anakdan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak2nya''

''Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tabah ketika orang lain menyerah,dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh''

''Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak2nya dalam setiap keadaan,bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya''

''Aku memberikannya kekuatan untuk menyokong suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya''

''Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahawa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya,tetapi kadangkala menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu''

''Dan akhirnya,Aku memberinya air matautuk dititiskan.Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bila2 masa ia memerlukan''

''Kau tahu:Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya,rupa yang ditampilkan,atau bagaimana dia menyisir rambutnya''

''Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya,kerana di situlah pintu hatinya-tempat di mana cinta itu ada''

Renung2lah setiap wanita...betapa istimewanya anda disisi Tuhan....betapa berharganya seorang wanita....Lakukan apa yang disuruh dan tinggalkan apa yang dia larang,InsyaAllah tempat anda ada di ''sana''.....

dunia..

dunia ini negara ujian,dunia ini negara bala org kecil org besar x t'kecuali semuanya..

yg kecil nak jadi besar,

yg besar makan si kecil,
yg miskin nak jdi kaya,
yg kaya miskin jiwa,
yg muda hilang pandunya,
yg tua lupa usia,
yg lemah mahu kuasa,
yg kuat tindas sahaja..

DI SEBALIK KEHIDUPAN

HIDUP bukan selama-selamanya dan kematian bukan penghujungnya.

Kita hidup dan kita akan pasti berdepan dengan kematian dan akhirnya kita akan kembali kepada Allah SWT,dimana setiap amalan kita akan dibentangkan.Jika amalan kebaikan kita lebih berat timbangannya maka syurga dengan segala kenikmatan menanti kita.Jika amalan keburukan kita lebih berat timbangannya maka neraka jahannamlah kesudahan kita.

Inilah prinsip mukmin: Dunia ini adalah ladang Akhirat.Jika di dunia ini kita menanam pohon-pohon yang baik maka Akhirat nanti kita akan menuai buah-buahan yang harum dan manis.Tetapi jika dunia ini menjadi ladang maksiat dan keingkaran maka Akhirat akan menjadi medan penyesalan dan penyiksaan yang tiada penghujungnya.

Inilah nilai hidup mukmin: Kebaikan akan dibalas kebaikan dan keburukan akan dibalas keburukan,tidak ada seorang pun akan terlepas dari balasan bagi apa yang dikerjakan semasa kehidupannya di dunia.

Inilah batas hidup mukmin: Ketaatan dan ketaqwaan akan mengundang rahmat dan keredhaan Allah SWT manakala pengingkaran akan berakhir dengan kemurkaan dan kedukaan.

Inilah neraca kita: Setiap yang kita lakukan ada balasannya.Kehidupan ini merupakan medan ubudiyyah kita kepada Allah SWT.Segala ketaatan dan keingkaran kita akan dinilai seadil-adilnya dengan nilaian Robbani.Segala kesempitan yang kita hadapi dengan penuh sabar dan pasrah akan ada ganjarannya.

Tidak ada yang akan dizalimi oleh Allah SWT,dunia bukan segala-galanya dan ukuran utama kita.Kejayaan sebenar ialah kejayaan Akhirat,begitu juga kerugian yang nyata ialah kerugian di hari kita kembali kepada Allah SWT dengan tangan kosong.

Neraca ini menjadikan jiwa kita merdeka.Hanya syarak atau nilai Allah SWT yang membatasi tindakan kita.Hanya syarak yang menentukan sikap dan tingkahlaku kita.Kita melakukan dan meninggalkan sesuatu kerana Allah bukan kerana nafsu kita yang cenderung kepada maksiat dan keburukan.Kita tidak menjadi hamba kepada nafsu kita apatah lagi menjadi hamba kepada nafsu orang lain yang tidak melihat kehidupan dengan neraca yang sama.

Jiwa kita bebas ketika jasad terpenjara atau kehidupan kita dihimpit kesukaran dan penderitaan.Jiwa kita merdeka ketika manusia lain menjadi hamba duniawi.Jiwa kita lapang dan tenang ketika jiwa-jiwa lain keluh kesah dengan tipu daya dunia.

Jiwa kita merasa cukup ketika jiwa-jiwa lain rakus mengejar kemewahan dunia sedangkan dunia itu umpama wanita dan lelaki curang yang mengungkap cinta dan janji setia kepada kita sebaliknya,janji yang sama ditaburkan kepada manusia-manusia rakus yang lain.Kita merasakan ianya milik kita sedangkan dirinya juga kekasih orang lain.

Jiwa kita merasa tenang dan bahagia ketika jiwa-jiwa lain lemas dalam pelukan dan tipu daya yang penuh keraguan dan kepalsuan.

-Haluan Jun/Julai 08-

Jun 22, 2010

bacela

mule2 niat
jager niat
btolkn niat

Jun 21, 2010

KiLauaN iMAN

Dalam kehidupan yang memenatkan
Dalam kehidupan yang merungsingkan
Dalam kehidupan yang penuh tohmahan
Dalam kehidupan yang penuh dengan ujian

Tidak lekang manusia itu berbicara
Mulut mereka berbicara manis
penuh dengan janji yang tidak pasti kebenarannya
fitnah melata

Hidup ini terasa gelap sebentar
terasa dunia ini kepunyaanku
Aku lah Tuhan aku lah Raja di dunia ini

Namun
hari demi hari berlalu begitu sahaja
seakan-akan tiada makna
terasa jiwa ini gersang

Ku rasa puas dengan kehidupan sebegini
namun adakah ini yang dikatakan kepuasan
terasa diri memrlukan sesuatu
yang dapat mengisi kekosongan jiwaku

Apakah itu????
Ku buntu....
terpukul diri ini
untuk segera mencari pesoalan ini


majmuah(kelas) 2 dari 8

Wahai sahabat

Inilah yang dikatakan iman
terasa kehidupan ini berubah
terasa kehidupan ini makin bemakna

Inilah dia yang ku cari selama ini
IMAN....

dengannya
terasa kehidupan ini menyeronokkan
kerna hidup yang dilalui semuanya ibadah
tidak ku sangka seindah ini Islam
mengajar erti hidup sebagai hambaNya

Semuanya dilakukan
untuk tujuan yang satu
untuk tujuan yang sama
iaitu REDHA ILLAHI...


Oleh:Nur Qalbu
31 Mei 2010
11.25 p.m
U.M, NILAM PURI

Jun 16, 2010

.iklan.


Sesiapa yang berminat untuk membeli t-shirt2 di atas, boleh hubungi ana atau syafiq..[lelaki sahaja]
Insya'allah ada saiz S, M, L dan XL.. [ RM 30 / T-shirt ]..
no:013-2158938(abbas)
     :017-7779284(abbas)
     :017-7454189(syafiq)


.ucapan.

salam alaik..


...ucapan khas dr editor...hehe...dah ade blog pon majmuah kita nie...manfaatkan sebaiknye blog ini ye..moga terus semangat disini..penuhkan blog nie dgn ape ape yg bermanfaat kpd ahli majmuah ye kawankawan..mari mencari permata di Nilam Puri..

..malas nk membebel panjang..

salam..