rss
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites

Oct 26, 2011

Aqiel2U: Malaysia ke arah Greece (MUFLIS) ????

Aqiel2U: Malaysia ke arah Greece (MUFLIS) ????

Oct 24, 2011

Aqiel2U: Di Sebalik Ibadah Sang Pelangi ?

Aqiel2U: Di Sebalik Ibadah Sang Pelangi ?: assalamualaikum sahabat2 pembaca, alhamdulillah bertemu kita dlm entry t'bru, di sebalik ibadah sang pelangi, apa di sebaliknya ? bagaimana ...

Oct 22, 2011

Aqiel2U: Ilmuan Malaysia Tenat !!

Aqiel2U: Ilmuan Malaysia Tenat !!: assalamualaikum puluhan hari blog ku tdk disentuh namun kali ini ku tampilkan entry yg lebih berani dik kerana mual dan tenat dgn permainan ...

Oct 7, 2011

Aqiel2U: A.S cuba tunjuk taring tapi dia x rasa lagi penumb...

Aqiel2U: A.S cuba tunjuk taring tapi dia x rasa lagi penumb...: assalamualaikum isu dunia, isu islam, isu kemasyarakatan, penindasan, dan begitu byk isu yg menjadikan Palestina sebagai mangsa rejim yahu...

Sep 26, 2011

'Ucapan Mursyid Am di Muktamar Tullab Ikhwan Muslimin'

 
Segala puji bagi Allah, pujian yang banyak, yang indah lagi diberkati. Selawat dan salam ke atas penghulu kita, ikutan kita dan pemimpin kita Muhammad s.a.w., keluarga serta sahabat-sahabat baginda semuanya.
Anak-anakku muda mudi tercinta.

Ketahuilah bahawa kamu adalah harapan umat, lengan-lengannya yang gagah, mindanya yang cerah, masa depannya yang gemilang, harapannya yang bersinar dan kekuatannya yang terpendam. Kamu adalah unsur kebangkitan umat, kemajuan serta kegemelingannya yang paling penting. Itulah kedudukan kamu, itulah nilai kamu. Itulah tanggungjawab kamu dan amanah kamu di hadapan Allah, di hadapan umat dan di hadapan diri kamu sendiri. Sesungguhnya kamu adalah bekalan untuk masa depan, tempat bergantungnya harapan untuk kebangkitan umat kamu.

Dan kami, ketika kami berkata demikian bukan kerana hendak mengampu atau mengambil hati kamu. Sebaliknya kami menegaskan sesuatu yang memang menjadi reality dan mengiktiraf sesuatu yang benar. Itulah juga yang dipesan oleh kekasih kita yang terpilih, iaitu Nabi Muhammad s.a.w. (maksudnya): “Hendaklah kamu saling berpesan agar memelihara para pemuda dengan baik kerana sesungguhnya mereka itu memiliki hati yang paling lembut.”

Bertitik tolak dari sini, maka terdapat beberapa perkara yang wajib ke atas kamu terhadap semua aspek yang melingkungi kamu dan yang berkaitan dengan diri kamu.

    1. Kewajipan terhadap diri sendiri

Sesungguhnya kamu kini berada pada peringkat usia paling subur dan paling kuat. Maka wajib ke atas kamu memelihara kekuatan ini dan menunaikan hak-haknya. Yang aku maksudkan dengan kekuatan di sini ialah semua jenis dan semua anasirnya, iaitu kekuatan lahiriah, maknawiah, ruhiah, jasadiah dan sebagainya. Kamu kini berada pada peringkat kuat di antara dua peringkat lemah sebagaimana dinyatakan di dalam firman Allah yang bermaksud: “Allah yang menciptakan kamu bermula dengan keadaan lemah, selepas berkeadaan lemah itu Ia menjadikan kamu kuat. Setelah itu Ia menjadikan kamu lemah pula serta tua beruban…” Ar-Rum:54

Dan kamu akan ditanya pada Hari Qiamat nanti tentang peringkat ini sebagaimana ditegaskan oleh Nabi s.a.w. di dalam Hadis yang bermaksud: “Tidak akan berganjak dua tapak kaki seseorang hamba sebelum dia ditanya tentang empat perkara: tentang umurnya, ke mana ia dihabiskan? Tentang usia mudanya, untuk apa ia digunakan?…” Lihat, meskipun muda itu sudah termasuk dalam usia keseluruhannya, namun baginda sebut secara khusus tentangnya memandangkan kepentingan usia peringkat ini.

Kita perhatikan di dalam Hadis tersebut, Nabi s.a.w. mengibaratkan usia muda itu laksana pakaian yang kita pakai untuk satu tempoh tertentu, kemudian kita menaggalkannya. Maka wajar bagi kita mengambil peluang menggunakan usia muda dengan sebaik-baiknya. Sesungguhnya masa muda adalah satu nikmat paling besar sepanjang usia keseluruhannya dan ia adalah salah satu nikmat yang tidak disedari oleh kebanyakan manusia, kesihatan dan masa lapang.

Justeru, hendaklah kamu mempertingkatkan diri kamu dari aspek keimanan, keruhanian, ibadah, ilmu, pembelajaran, sukan dan pelbagai bidang agar kamu menjadi insan yang berguna kepada agama, tanah air, umat dan diri kamu. Sejauh mana besarnya dan beratnya tanggungjawab kamu, maka sekadar itulah persiapan yang kamu harus lakukan untuk memikul tanggugjawab itu. Setinggi mana matalamat yang hendak dicapai, setinggi itulah usaha yang mesti dicurahkan untuk merealisasikannya, dan pastinya ganjarannya juga besar dengan izin Allah.

Maka hendaklah kamu mengelokkan hubungan kamu dengan Allah sama ada ketika rahsia dan terbuka. Jangan kamu lakukan perkara yang mendatangkan kemurkaanNya. Hendaklah kamu memohon pertolongan dan bantuanNya. Dialah sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Penolong.
Putera puteriku yang disayangi,

Jangan kamu memandang remeh terhadap diri kamu, usaha kamu dan tenaga kamu. Sikap itu tidak boleh dikira sebagai warak langsung. Sesungguhnya sungai-sungai di dalam dunia ini terbentuk daripada titisan air hujan jika air hujan itu dukumpulkan pada satu aliran dan pada waktu yang sama. Namun awas! Jangan pula kamu sombong dan terpedaya kerana sifat sombong walaupun sebesar zarah membuatkan kita haram masuk syurga. Maka hendaklah kamu yakin pada diri kamu, potensi kamu dan keupayaan kamu. Hendaklah kamu belajar dari mereka yang terdahulu daripada kamu. Sesungguhnya hikmah itu pencarian mukmin. Di mana saja dia menemuinya, dialah yang paling berhak mengambilnya.

Realisasikan pada diri kamu 10 sifat individu muslim yang telah digariskan oleh Imam asy-Syahid Hasan al-Banna rahimahullah. Jadikan ia manhaj yang praktikal bagi kamu sedaya mampu kamu. 10 sifat itu ialah: jasad yang kuat, akhlak yang mantap, fikiran yang bermaklumat, mampu bekerja, aqidah yang sejahtera, ibadah yang sahih, bermujahadah melawan nafsu, sangat menjaga waktu, urusannya tersusun, berguna untuk orang lain.” Sifat-sifat inilah yang menjadi tonggak pembentukan sahsiah mutakamilah yang mampu memikul beban dalam perjalanan membina umat yang maju, cemerlang dan gemilang.

Jadikan diri kamu sebagai qudwah solehah bagi orang sekeliling kamu, sama ada orang yang committed dengan Islam atau tidak, bahkan bagi orang Islam dan bukan Islam. Aku mengingatkan kamu agar berlaku ihsan dalam semua bidang, dalam bidang akdemik, akhlak, kelakuan, berbakti kepada kedua ibu bapa, dakwah kepada Allah, berkhidmat kepada manusia, taat kepada Allah, cintakan tanah air, keluarga dan warganegara seluruhnya.

Jadilah kamu orang yang berenovatif dan kreatif. Keluarkan seluruh keupayaan kamu, gunakan ia untuk berkhidmat kepada tanahair kamu supaya seluruh alam berbangga dengan kamu. Hendaklah kamu jadi orang yang pakar dan mahir dalam pelbagai bidang dan pelbagai jurusan. Semua ini tidak akan terlaksana melainkan dengan ilmu, amal, sabar dan gigih.

Berhati-hatilah kamu dari penyakit hati dan hawa nafsunya. Ketahuilah bahawa orang yang mampu menguasai dirinya, maka dia akan mampu menguasai orang lain. Maka ikhlaskan diri kamu kepada Allah dan taatilah Dia. Perelokkan amal kamu, curahkan tenaga kamu, nescaya Allah redha kepada kamu, umat kamu akan maju dan terlaksanalah matlamat kamu.

Pastikan kamu bersahabat dengan orang yang baik dan orang yang dapat membantu kamu dalam mentaati Allah dan memajukan diri kamu dalam segenap lapangan. Ketahuilah bahawa sebaik-baik sahabat itu ialah orang yang apabila kamu ingat kepada Allah, dia membantu kamu dan apabila kamu lupa, dia mengingatkan kamu.

Putera puteriku yang dikasihi,

Jangan kamu memandang rendah kepada diri kamu dan usia kamu. Berapa ramai sudah pemuda yang telah mengubah wajah sejarah. Di dalam sirah dan sejarah lama dan baru terdapat fakta yang menyokong kata-kataku ini. Maka jadilah kamu pemuda jenis ini, yang sirahnya ditulis dengan huruf-huruf daripada cahaya dan dengan tinta daripada emas.

Maka tanggungjawab kamu sangat besar, lebih-lebih lagi selepas revolusi Arab yang hebat. Dan para pemuda telah memainkan peranan yang sangat cemerlang dalam menjayakan revolusi tersebut. Mereka bekerjasama dengan semua golongan rakyat dan menyatukan seluruh kekuatan yang ada. Ketahuilah bahawa revolusi belum lagi berakhir sehingga terlaksana matlamat kita sepenuhnya. Inilah yang menuntut kita mencurahkan tenaga, menambahkan sumbangan lagi dan lagi sehingga revolusi ini masak ranum dan Negara kita terangkat maju ke hadapan.

    2. Kewajipan terhadap kedua ibu bapa

Ingatlah Allah dan ingatlah pesanan Allah mengenai ibu bapa kamu. Mereka adalah jalan kamu menuju ke syurga. Maka berbaktilah kepada mereka, taatilah mereka, dekatkan diri dengan mereka, berusahalah untuk menunaikan hajat mereka dan berendah dirilah dengan mereka. Elakkan diri kamu dari perkara yang menimbulkan kemarahan mereka atau melanggar suruhan mereka dalam perkara yang makruf. Firman Allah bermaksud: “Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa…” Al-Isra’:23

Di dalam mentafsir firman Allah yang bermaksud “maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “Ha”, dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).”, sebahagian ulamak berkata, hendaklah kamu bercakap dengan lembut, mengandungi perasaan belas kasihan, manarik hati mereka, sesuai dengan kehendak dan kecenderungan mereka sedaya mampu kamu, lebih-lebih lagi ketika mereka telah tua.

Aku suka menarik perhatian kamu kepada sabda Nabi s.a.w. yang cukup padat dan penuh hikmah (maksudnya): “Keredhaan Tuhan terletak pada keredhaan ibu bapa, dan kemurkaan Tuhan terletak pada kemurkaan ibu bapa.” Dan sabdanya (bermaksud): “Celakalah dan kecewalah!” Mereka bertanya, “Siapakah yang celaka itu wahai Rasulullah?” Baginda menjawab, “Orang yang sempat bersama ibu bapa atau salah seorang daripada keduanya ketika tua, kemudian dia tidak tidak masuk syurga.” Ketahuilah bahawa datuk nenek kamu adalah akar bagi pokok keluarga, ayah dan ibu kamu adalah batangnya dan kamu adalah daun-daun, bunga-bunga dan buah-buahnya. Kalaulah tidak adanya mereka, tidak adalah kamu.

    3. Kewajipan kamu terhadap tanahair

Sesungguhnya tanahair kamu sangat berhajat kepada tenaga kamu yang ikhlas untuk bangkit, lebih-lebih lagi selepas apa yang telah menimpanya selama ini. Ia telah lama diperas, dizalimi dan dirosakkan. Warganya, potensinya, kekayaannya hampir musnah kesemuanya. Maka hendaklah kamu tolong menolong dengan semua pihak, bersatu padu dengan semua golongan, bekerjasama dengan semua pertubuhan untuk membina tanahair kamu. Ruang dan peluang untuk bekerjasama amat luas demi kebaikan tanahair kita. Kita berkerjasama dalam perkara yang kita sepakati dan kita menerima keuzuran dalam perkara yang kita tidak sepakati.

Hendaklah kamu gariskan matlamat kamu dengan jelas dan tepat agat tenaga kamu tidak terbuang sia-sia, kamu tidak keliru antara hadaf dengan wasilah, tidak memperbesarkan perkara kecil dan memperkecilkan perkara yang besar. Pelajarilah fiqh aulawiyyat dan beransur-ansurlah menyusun langkah. Dengan jelasnya matlamat dalam fikiran kamu, akan teranglah jalan kamu, tenaga dan kesukaran jakan kamu dapat diminimumkan, dan matlamat akan tercapai dengan lebih cepat. Utamakan aspek beramal daripada berteori supaya manusia dapat melihat daripada kamu amal yang hebat, bukan semata-mata cakap. Keadaan seorang lelaki dalam seribu lelaki lebih baik daripada kata-kata seribu lelaki kepada seorang lelaki.

Hendaklah kamu beramal bersungguh-sungguh untuk mencari alternative yang lebih baik yang dapat membantu kamu memanfaatkan waktu kamu. Berhati-hati dengan masa lapang. Sesungguhnya masa lapang itu musuh kamu yang paling ketat. Masa lapanglah yang mendorong pemuda terjerumus ke lembah kesesatan dan keruntuhan akhlak. Kamu juga perlu mengikhlaskan niat, menggunakan semua kebolehan serta bakat dan manfaatkan setiap detik waktu. Itulah rahsia kejayaan dengan izin Allah. Hendaklah kamu menggabungkan diri dengan pusat-pusat aktiviti pemuda, kesatuan sukan, badan kerajaan, majlis tempatan, pertubuhan sukarela, pertubuhan social, badan kebajikan dan sebagainya. Bangunkan, kembangkan, susun program keilmuan dan kemahiran yang berguna. Ikut serta dalam pelbagai kegiatan amal sehingga mereka sedar akan nilai kamu dan risalah kamu dalam kehidupan serta sumbangan kamu yang berguna kepada tanahair kamu.

Hendaklah kamu mengambil berat tentang masyarakat kamu dan permasalahannya dan memainkan peranan yang positif dalam membantunya. Aktifkan minda kamu mencari penyelesaian masalah masyarakat. Hulurkan bantuan kepada yang memerlukan. Berusaha bersungguh-sungguh untuk memenuhi keperluan mereka, “Sesungguhnya Allah mempunyai hamba-hamba yang dikhususkan untuk menunaikan hajat manusia. Digemarkan mereka kepada kebaikan dan digemarkan kebaikan kepada mereka. Mereka akan mendapat keamanan pada hari manusia dalam ketakutan (Hari Qiamat).”

    4. Kewajipan terhadap umat

Hendaklah kamu mengambil berat tentang umat kamu dan isu-isunya. Serapkan dalam diri kamu dan berusaha menolongnya. Jangan kamu menyisihkan diri dari permasalahannya kerana siapa yang tidak mengambil berat tentang urusan kaum muslimin, maka dia bukan dari kalangan mereka. Kamu menjauhkan diri dari permasalahan umat kamu merupakan permulaan kepada perpecahan dan pertelingkahan. Dan itu akan membawa kepada kerugian serta menunjukkan kamu tidak berintima’ kepada umat kamu, umat Arab dan umat Islam.

Putera puteriku yang dikasihi,

Sesungguhnya Imam asy-Syahid Hasan al-Banna rahimahullah telah menggariskan di dalam risalahnya “Ilasy-Syabab” rukun-rukun kejayaan. Dia berkata: “Sesungguhnya fikrah akan berjaya apabila keimanan kepadanya kuat, keikhlasan yang sempurna dalam merealisasikannya, semangat (hamasah) yang membuak-buak dalam memikulnya, serta wujud kesediaan untuk berkorban dan beramal demi menegakkannya.” Dari kata-kata ini kita dapati rukun kejayaan itu empat perkara: iman, ikhlas, hamasah dan amal. Rukun-rukun ini merangkumi aspek ruh dan aqidah (iman dan ikhlas) di samping aspek amal dan pelaksaan (hamasah dan amal). Ini merupakan gabungan yang sungguh cantik, semangat (hamasah) pemuda, pengarahan yang baik, kemantapan fahaman, mendahulukan aspek aqidah daripada yang lain.

Di tempat lain beliau berkata: “Dan setiap orang yang beramal dengan benar dari kalangan kamu akan mendapati di medan Islam apa yang selari dengan kehendaknya dan memenuhi aktivismanya jika dia terdiri daripada orang yang benar.” Tabiat pemuda adalah hamasah. Jika tidak dikekang mungkin akan terlajak. Lantaran itu Imam al-Banna menasihatkan: “Kekanglah runtunan emosi dengan pandangan akal. Sinarilah pandangan akal dengan nyalaan emosi.” Maka di sini Imam al-Banna mengekang dan mengawal semangat serta menghalakannya ke jalan yang betul dan lurus, jalan iman, ikhlas dan benar.

Maka berpegang teguhlah dengan empat rukun ini. Realisasikan di dalam diri kamu dan serulah orang lain daripada kamu. Beramallah dengannya dan tukarkan ia menjadi reality yang bergerak bersama kamu di setiap medan kehidupan kamu.

Putera puteriku yang dikasihi,

Imam al-Banna juga telah menyebut di dalam risalahnya yang ditujukan kepada kamu thawabit (perkara yang tetap) jamaah yang terpenting, iaitu: rabbaniah, tadarruj, tabiah, syumuliah. Maka jadikan thawabit ini sentiasa berada di hadapan mata kamu. Berpeganglah dengannya dan beramallah mengikut tuntannya. Dengan itu akan menjamin keselamatan jalan, kebenaran hadaf dan terlaksana natijah yang paling baik dengan izin Allah.

Rabbaniah bermaksud: menuju hadaf yang diletakkan Allah untuk kita, bukan hadaf yang kita letakkan untuk diri kita. Dan kita akan sampai dengan izin Allah dan pertolonganNya. Dan Allah enggan kecuali Dia akan sempurnakan cahayaNya walaupun dibenci oleh orang-orang kafir.”

Tadarruj dan tarbiah bermaksud: “Kita akan didik diri kita semoga kita menjadi individu muslim, kita akan didik rumah kita supaya menjadi rumah muslim, kita akan didik bangsa kita sehingga menjadi bangsa muslim di kalangan bangsa-bangsa yang muslim, dan kita akan tetap teruskan langkah kita sehingga sempurna semua pusingan.”

Syumul bermaksud: “Ikhwan beriman bahawa Islam itu aqidah dan ibadah, tanahair dan bangsa, akhlak dan kebendaan, ilmu dan undang-undang, toleransi dan kekuatan. Mereka yakin dan berpegang teguh bahawa Islam adalah system yang lengkap dan merealisasikannya pada diri dalam semua aspek kehidupan, menyusun urusan dunia sebagaimana menyusun urusan akhirat. Mereka beriktiqad Islam adalah system amali dan ruhi secara seiring. Maka Isalam di sisi Ikhwan adalah din dan daulah, mushaf dan saif (pedang). “sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk.” Al-Kahf:13

Dan akhirnya,

Kamu adalah harapan dengan izin Allah. Kami mengetahui bahawa pada kamu ada kebaikan yang besar. Maka rasailah sentiasa wahai pemuda reality yang dialami umat kamu, reality yang cukup masam, pahit, menyedihkan dan tidak ada seorangpun dari kalangan kita yang redha dengannya. Rasailah bahawa di tangan kamu dan dengan usaha kamu akan merobah keadaan umat kamu dan memenangkannya jika terlaksana pada diri kamu dan reality kamu syarat-syarat kemenangan, “Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (agama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu.” Muhammad:7

Maka hendaklah kamu mengelokkan iman kamu dengan Allah dan ikuti sunnah Rasulullah s.a.w., amal berterusan, tajarrud sepenuhnya, curah tenaga tanpa henti, berkorban apa saja, jujur dengan Allah, dengan diri dan dengan manusia, gunakan tenaga untuk bekerja bersungguh-sungguh kerana diri kita ini jika tidak digunakan untuk perkara yang benar, dia akan sibukkan kita dengan perkara yang batil. Apabila terlaksana semua ini, akan terlaksanalah kemanangan sebagaimana yang telah dicapai sebelum ini, dan ia tidak sukar bagi Allah. “dan sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolong agamaNya (agama Islam); sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa;” Al-Hajj:40

Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad, keluargannya dan sahabat-sahabatnya.

Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah.

Muktamar Tullab Ikhwan Muslimin pertama selepas revolusi,
Cairo, Sabtu 26 Syawal 1432H bersamaan 24 September 2011M

Sumber:

p/s: entri ini di"copy" dari  laman (Zaadut-Taqwa) bertujuan sebagai perkongsian. Moga bermanfaat untuk kita semua..=)

Sep 24, 2011

Aqiel2U: Jemaah Islam Kampus ! di mana kita ?

Aqiel2U: Jemaah Islam Kampus ! di mana kita ?: assalamualaikum.. apa khabar sahabat2 pembaca sekalian, jujur diperkatakan perkara ini hendak diperkatakan lama dahulu tapi kurang sesuai, ...

Sep 20, 2011

kepimpinan utk sem hadapan..=)



mas'ul maj 2 sem 4

mas'ulah maj 2 sem 4
 
         Assalamualaikum w.b.t.apa kabar semua orang yang membaca @ terbaca blog ini?hee..mudah2 han sihat sejahtera selalu na..=) haa bagaimana pula amaln,ibadat,iman antum semua..kite tingkat kan dari hari ke hari k.. biar lah sedikit tapi bterusan sbb itu lebih baik kn..=).. ha berbalik pada tajuk post ini, pada hari ini la kan.. hari selasa, tanggal 20/9/2011, tepat jam 1.15 tgh hari (btuii ke waktu nie..hee) kitorng melantik mas’ul dan mas’ulah baru untuk sem 4 seisi 2011/2012 ..dan yang paling menarik nya nk cite kn..tahu tak siapa mas”ul kami, ha nie nak habaq maii..baca teliti nme nye taw..ABDUL AZIZ ..ha mcm mana?? Kenal tak?he..yang xknai ana cite la serba sdikit tntng die ea..(harap aziz baca nie xmara la ea..amin99..hehe..) nama diberi oleh parentz aziz.Melalui perwatakan beliau la kan..Die nie seorng yang pendiam,senyap sikit dalam kelas..pelik tak kenapa kami melantik org yg mcm itu..skjap2 jgn anggap kami nk kene kn bace bg abeh dulu ea..=)

        Tujuan kami melantik bkn niat nak kene kan @ menyusahkan dia..tapi hanyalah untuk mmberi penglamn,pendedhan kepada semua org tidak lah hnya termasuk aziz.ia nya hanyalah pendedahan kpd kite semua juga agar berani bhadapan ataupun berucap di khlayak ramai..andai mahu mnyebarkan dakwah bagaimana kite hndak bhadapan dagn masyarakat jika kite sendiri xberani untuk berucap  di hadapan orng ramai satu hari nanti..igt lah setiap dari kite mampu utnk mnjadi yang tbaik selagi kite mncbe untuk menjadi yg tbaik..(alamkkk,pening ckit..=P) jad kepada aziz jika baca igt pesan kami ni
     
“kami ahli mjmuah 2 sem 4 yakin ade kebolehan yang tsembunyi di dalam diri 2..sbb 2 kami lantik enta jad nye keluarkan,tonjolkan sifat kepimpinan tue.tunjukan dekat kami yang enta bole bt sem depan nie..kami lantik tadi bukan niat nak kene kan,x tdetik pn dlm hati kecil ini nak kena kan..tp hnye lah untuk kite bsme2 bkongsi mnjadi penglman mnjad seorg pemimpin k” (pemimpin ngre,masyarakat x pun family)

               Aziz bole! Chayok2..hee..=) believe your self. 

haa!! tntng mas’ulah baru kami pula, x banyak yang nk di cerite kan name nye SITI KHADIJAH ADNAN..tengok dari perwatakan beliau mmg ade ciri sifat2 seorng pemimipin..lantang dalam keluarkan pendapat..sgt2 rajin..satu g keistemiwaan dia nie, dia seorg yang berani bersuare jadi xperlulah ye nk ulas lebih pnjang..=)
         
             Malaysia boleh..Khadijah Adnan konfem boleh..=D

       Ucapan untuk mas ul dan mas ulah sem 4 thn hadapan (walaupun lg 2 bln hee..) jalankan tnggungjwb yg di amanah kan dari allah nie dengan sebaik nye k…jadi kan ia nya sebagai wasilah untuk mengasah bakat kepimpinan dalam diri masing2 ea..yakin dekat diri pasti semua nye bole bt.. i.allah kami ahli mjmuah 2 sem 4 akan sntiase support  dari belakang. Kami akan memberi kerjasama yang sebaik mungkn dekat kepimpinan bru sem depan..hehe..

akhir kate smoga bjaye tok final!!..hee..ok salam..=)

kami di mjmuah 2

Aug 28, 2011

Salam Lebaran daripada keluarga majmuah 2~

Razif

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin..
Semoga Ramadhan yang telah kita lalui berjaya mentarbiah diri dan aidilfitri yang akan disambut datang dengan penuh keberkatan…                     from: Anak Perak
------------------------------------------------------------------------------------------------------

Aziz

Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin diucapkan kepada sesiapa yang mengenali saya, teman-teman khususnya ahli majmuah 2, tidak lupa juga kepada ust. Zamri.
Saya disini ingin memohon kemaafan kepada semua sekiranya ada salah silap dan terkasar bahasa. Semoga Ramadhan kita pada tahun ini lebih baik daripada tahun-tahun sebelum ini.
Akhir kata, Selamat  HARI RAYA Maaf Zahir & Batin..
”Semoga Ceria Sokmo”                 –anok kelate-
------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sufian

Selamat Hari Raya diucapkan kepada teman-teman dari luar Kelantan dan moga-moga segala amalan baik yang dilakukan dalam Ramadhan kali ini dapat diteruskan dalam bulan-bulan seterusnya..=)                       –anok kelate-
------------------------------------------------------------------------------------------------------

Abbas

Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin diucapkan kepada seluruh umat islam khususnya kepada ahli-ahli majmuah II serta ustaz Zamri sekeluarga.

Semoga Ramadhan yang bakal pergi memberi 1001 pengajaran dalam mengenal diri dan nafsu kita. 

Kepada seluruh warga APIUM salam lebaran diucapkan…

Raya-raya jugak!! Puasa 6 jangan lupa!!
------------------------------------------------------------------------------------------------------

Lutfi

“Ramadhan kata pergi..
Aidilfitri kata mari..
Semoga kita besua kembali..”

Di kesempatan ini, Selamat Hari Raya diucapkan kepada seluruh umat islam sedunia..Maaf Zahir & Batin..
------------------------------------------------------------------------------------------------------

Aqiel

Assalamualaikum..
Salam Aidilfitri & Salam 1 Malaysia..hahahaha..
Kepada semua rakan seperjuangan,
orang-orang kampung dan seluruh warga APIUM NP,
ust. Muhiden, ust. Hazrul, ust. Zamri dan yang lain,
ana pohon ampun dan maaf dari hujung rambut hingga hjung kuku kaki.
Halalkan ilmu dan rezeki yang diberi, terutamanya bubur kacang hijau ust. Zamri terbaik dari ladang~
------------------------------------------------------------------------------------------------------

Amir

Assalamualaikum…
Ucapan raya ini khas ditujukan kepada semua ahli majmuah 2…
Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin noh...
Raya nie jangan main mercun, jaga keselamatan..
Maaf andai ada salah dan silap sepanjang berada di majmuah 2 ini..
Semoga ikatan ukhwah yang dibina berkekalan hingga ke hari kiamat..
Last, SELAMAT HARI RAYA!!!
--> anak Selangor
------------------------------------------------------------------------------------------------------

Syakur

Semoga semua sahabat-sahabat seperjuangan ‘SELAMAT’ sampai ke kampung halaman masing-masing dan ‘SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI’ diucapkan kepada kedua ibu bapa dan keluarga yang berada jauh diperantauan Perak serta seluruh umat islam yang membanting tulang berusaha mencapai kemanisan Ramadhan...ana menyusun 10 jari memohon kemaafan kepada kedua ibu bapa dan keluarga atas kemaslahatan tidak dapat beraya di Kampung Halaman…dan tidak lupa juga salam kemaafan kepada semua sahabat-sahabat yang mengenali diri…
------------------------------------------------------------------------------------------------------

Muaz

سلامت  هاري راي!!!
ماري  داتغ رومه...د "هولو  يام  بهارو"!!!
ادا "HOUSE OPEN" راي  فرتام  دان  كدوا...
               -ULU BOY-
------------------------------------------------------------------------------------------------------

Nik

                Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin kepada semua ahli majmuah 2 dan kepada sesipa yang mengenali diri ini. Semoga Ramadhan kali ini bukan yang terakhir untuk kita semua. Banyakan amalan agar mendapat hidayat dan rahmat daripada-Nya. Mohon maaf kalau saya ada salah dan silap secara sengaja atau tak. Akhir kata, “Selamat Beraya Semua”..
------------------------------------------------------------------------------------------------------

Syafiq

Hari Raya makin menjelma..
Ramadan Mulia penuh barakah kian pergi meninggalkan kita..

Semoga kita istiqamah dengan pentarbiahan Ramadan dan kembali kepada fitrah kita yang suci..
كل عام وأنتم بخير! عيد المبارك!
            Maaf Zahir & Batin                                           .::NUR QALBU::.
------------------------------------------------------------------------------------------------------




Zolilah

Dalam setahun dijadikan:- 12 bulan, 52 minggu, 365 hari, 8760 jam dan 525 600 minit..
Dan dalam tempoh ini juga terdapat banyak nikmat & hikmah di dalamnya..
Tapi ingatkah kita bahawa masa yang telah pergi tak  akan berulang lagi..

Seumpama bulan Ramadhan terdapat padanya 1 malam yang lebih baik dari seribu bulan..
Pemergiannya tak ada pengganti dan mampukah kita bertahan tuk Ramadhan yang akan datang..
Kita tak sanggup berpisah dan menangis pabila orang yang kita sayang telah pergi meninggalkan kita..tetapi mengapa kita tak menangis ketika Ramadhan pergi dari kita..??

Kalau hendak pulang ke rumah
Pesanan saya berhati-hati
Kalau ada silap dan salah
Jangan disimpan didalam hati

Salam Aidil Fitri Maaf Zahir Batin kepada rakan-rakan dan sahabat-sahabat yang mengenali diri ini..
“raya ni pakat-pakat la mai rumah cek noh”…..(SZNBMZ)
------------------------------------------------------------------------------------------------------

Samihah

and now, the time is near..so,we'll face the final curtain of ramadhan, we've lived a life that's full along ramadhan, we've loved with HIM, we've workshiped HIM without exception, and to think we did all that, it so amusing..but then ramadhan wanna go, what should we do? crying?? or else? ask yourself..do you satisfied all you've done? are you really sure no mistake u've commited along RAMADHAN? and do we have a chances to meet RAMADHAN again next year or this is our final RAMADHAN?

muhasabah balik apa yang kita telah lakukan sepanjang ramadhan ni..sama-sama kita tadah tangan berdoa agar kita dikalangan orang-orang yang terpilih di dalam senarai ahlul jannah..AMIN..
Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin..happy raya day..may Allah bless all of us..to all crue in majmuah 2

(mina san,arigato..minna ga iru kara bokuwa iru..zehi, yuroshiku onaigashimas..taihen des gomen, hontoni2 gomenasai')
translate: (kamu semua, terima kasih..disebabkan sokongan dan ukhuwah kamu semua saya kuat untuk berdiri menempuh segala cabaran..oleh itu, teruskan sama-sama kita jaga ukhuwah yang dibina..dan mohon maaf kalau ada kesilapan yang saya lakukan, ada yang terasa..saya betul-betul minta maaf)..
syukran ala kulli hal...=)
------------------------------------------------------------------------------------------------------

Khadijah Adnan

Salam Lebaran diucapkan kepada sahabat-sahabat majmuah 2 sekalian..
Disini, saya menyusun 10 jari ingin memohon kemaafan dari antum dan antunna semua andai ada kata-kata yang menguris perasaan atau tingkah laku yang tidak menyenangkan dihati..
Semoga lebaran menjadikan kita lebih dekat dengan rahmat-Nya..
è    Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin
------------------------------------------------------------------------------------------------------

Liana

Ukhwah yang dibina bagai seutas tasbih

Ada awal tiada penghujungnya

Dicipta untuk mengingati Yang Maha Esa

Diratib demi mencari redhaNYA

Salam Aidilfitri Maaf Zahir & Batin..=)

drpada yanna.. untuk teman tersyng,,
------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sobirah

"Tiada kata semanis bicara, tiada ungkapan melainkan ucapan, tiada tinta & keampunan selain perkongsian untuk dititipkan buat barisan 'anshorullah' sekalian. Semoga Ramadhan yang bakal menuju ke punghujungnya ini menjadi 'Madrasah Tarbiyah' terbaik buat hati-hati 'anshorullah' sekalian. Eidul Fitri pada kali ini harapnya berbeza daripada sebelum ini kerana beruntunglah bagi orang-orang yang masa hadapannya lebih baik daripada semalam. Insya Allah, mudah-mudahan Syawal yang diraikan ini turut sama disertai ruh dan jasad yang telah kembali kepada fitrah asal insani insya Allah. Barakallahfikum."
Salam 'Merobah Massa'!!
------------------------------------------------------------------------------------------------------

Madihah 

Bulan Ramadhan hadir membawa seribu harapan..
Untuk mengislah diri..
Menjadi hamba-Nya yang lebih baik..
Berlalunya Ramadhan membawa persoalan,
Apakah masih ada untuk yang akan datang?
Namun, Aidilfitri yang tiba membawa segunung rasa kesyukuran dengan harapan yang masih tidak padam..
Semoga Aidilfitri ini membawa diri kembali kepada fitrah yang suci di sisi Allah..
Kepada sahabat2 majmuah 2 yang disayangi..
HAPPY EIDULFITRI!!
Ampun dan maaf dihulur atas setiap kekurangan dan kelemahan..
------------------------------------------------------------------------------------------------------

Fatin

Salam aidilfitri untuk warga apium & yang mngenali diri saya..sahabat2 majmuah 2 dan pensyarah2..semoga ramadhan yang telah kita lalui sepanjang sebulan ini mampu memberi 1 pengajaran dan semoga kita dapat istaqamah ibadat kita walaupun sudah perginya ramdahan yang mulia ini. Sesungguhnya Allah ada disetiap bulan dan beribadat la kita dengan penuh ketakwaan..semoga ukhwah majmuah2 semakin erat ^__^


---selamat hari raya..maaf zahir batin andai tersilap kata ~pastinya saya bukan teman yg baek pada antum semua..~ jemput datang umah :) -anak jati kedah-
------------------------------------------------------------------------------------------------------

Syafiqah

Sekejap sahaja masa berlalu..
Syawal bakal bertemu..

Ramadhan sudah hampir ke penghujungnya..
Semoga kita semua memperolehi keredhaan-Nya..

Mohon kemaafan dipinta..
Andai ana pernah membuat hati kalian terluka atau terasa..

“moga Ramadhan yang kita lalui ini mampu menjadi madrasah tarbiah buat diri kita”

-::MINAL AIDIL WAL FAIZIN..SALAM LEBARAN MOHON MAAF ZAHIR DAN BATIN::-
------------------------------------------------------------------------------------------------------

Shariha

                Sementara Ramadhan masih ada..
Ana ingin memohon berjuta kemaafan kepada antum dan antunna semua andai diri ini pernah 
                melakukan kesilapan..
Ramadhan akan melabuhkan tirainya tidak lama lagi..
Syawal pula akan menjelma..
Dikesempatan ini ana ingin mengucapkan Selamat Hai Raya Maaf Zahir Batin kepada semua
sahabat-sahabat majmuah 2..
Balik raya ni jaga diri lek lok..
                Tingkatkan amal ibadah dengan lebih mantap lagi walaupun ramadhan akan
meninggalkan kita..
                Semoga ijazah taqwa akan dapat kita perolehi di akhir Ramadhan ini insya Allah..
Akhir kata dari ana, salam lebaran..
------------------------------------------------------------------------------------------------------


-SALAM LEBARAN..MAAF ZAHIR & BATIN-

Aug 25, 2011

RaMaDaN KiTa..


Bismillahirrahmanirrahim

Bersyukur sahabat kerna kita diberi peluang untuk terus hidup dan menikmati hari-hari terakhir Ramadan..jangan sibuk nak raya saje..

Apa yang lainnya???

hmm..Ramadan kali ini mungkin menguji sebahagian dari diri kita..mungkin inilah yang dikatakan sebagai Ramadan Bulan Tarbiah Diri...diuji dengan kesibukan,diuji dengan kesakitan,sibuk dengan assignment,sibuk dengan program dan bermacam ujian lain..moga kita temui kemanisan disebalik ujian itu..
Sahabat sekalian..

pernah ke kita terfikir apa sebenarnye yg kita nak dari Ramadan ini?

ada orang kata kita nak buru lailatul Qadr
ada orang kata bulan berpuasa
ada orang kata bulan untuk menikmati pelbagai juadah yang sedap-sedap
ada orang kata bulan untuk berubah
ada orang kata bulan ni best sebab dpt iftor dekat rumah kawan2
ada orang kata bulan ni best sbb dapat banyak makan free
ada orang kata ni lah masanya kita baca Quran banyak-banyak..

hmm..so mana satu sebenarnya?
jawapan nye terletak pada diri kita sendiri...
sebenarnya apa target yang kita letak bila sahaja masuk ke madrasah Ramadan ini tulah jawapannya?
ke kita takde target untuk bulan mulia ini?

bagi penulis..Ramadan ini banyak mengajar erti hidup..memang sangat lain dari Ramadan sebelum-sebelum ini..penuh dengan ujian..hmm..jika boleh kita nak Allah tentukan perjalanan bulan-bulan yang mendatang dengan datangnya Ramadan ini..so kita nak biar Ramadan ini betul-betul bermakna buat diri kita..jadi bila camtu sudah pasti kita akan sehabis mungkin jadikan Ramadan kita itu betul-betul terisi sehingga hubungan dengan Rabb kita betul-betul kuat..

Ramadan ini juga sebagai bekal untuk kita hadapi bulan-bulan yang mendatang..bila battery sudah week..kompas sudah lari dari arahnye..perlu semula dicharge & diperbetulkan semula arahnya agar perjalanan ke destinasi seterusnya betul-betul terjamin..kita nak biar segala amalan yang kita buat semasa Ramadan betul-betul istiqamah dan berterusan di bulan-bulan yang lain kerna istiqamah itu bukan jalan yang mudah tapi perlukan mujahadah

sebagai sang Dai..ia menjamin bekal dakwah kita di bulan-bulan yang mendatang juga..

buat semua yang nak balik raya..selamat pulang ke kg halaman..semoga tarbiah Ramadan kekal..

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN

semoga kita terus thabat dan istiqamah di jalan ini..
semoga kita terus berubah dan mengubah..


kenangan iftor majmuah 2 di rumah akh Sufian

Aug 24, 2011

Aqiel2U: sucinya CINTA org beriman! kenapa x percaya ?

Aqiel2U: sucinya CINTA org beriman! kenapa x percaya ?: assalamualaikum , dek kerana terlalu busy, maka baru kini ada kesempatan utk meng-update blog (walaupun keje belambak hahaha). entry kali an...

Jul 20, 2011

puisi buatmu teman..

duhai sahabat
kadangkala langkahku tak menyenangkan hatimu..
kadangkala kata-kataku menguris jiwamu..
kadangkala diriku tidak sperti apa yg kau mahu..

duhai teman
kita punyai kelemahan dan kelebihan..
semuanya anugerah Tuhan kepada setiap insan..
saling bantu-membantulah untuk kecapi yg terbaik dlm kehidupan..

duhai kawan
elakkan perpecahan..
binalah kedamaian..
di situlah terbinanya kemanisan dalam persahabatan..

terima kasih ats sgala nasihat dan teguran yg membina..
moga dikau sntiasa gembira dan bahagia..
ku harap ukhuwah kita mmbawa ke syurga..
ku harap persahabatan ini menggapai keredhaanNya..

Jul 14, 2011

الطابور الأسبوعي

tobur terbaik dari majmuah 2
penat tobur...sambung di nasi ulam deh..

oh ilmu ku cari
oh ilmu ku cari
agar dapat menyuluh hidup ku ini
berharap ilmu lekat di dalam dadaku
jangan kau pergi jauh dari hidupku
menyendiri lagi 2x
di saat ilmu di hati hilang pergi
jauhi maksiat jangan kita dekati
mabuk dunia pasti lupakan ukhrawi

aku inginkan ilmumu
ya rabb..teguhkan hatiku
aku janji kepadamu
aku akan mencintai dirimu

aku inginkan ilmumu
ya rabb..teguhkan hatimu
aku janji kepadamu
aku akan mencinta.....Mu

lagu by Dadali tapi dinyanyikan oleh band majmuah 2..
terbaik!!!!

akhawat dengan kraftangannye


orang kaya sudah kepenatan..

Jun 24, 2011

NAK DAPAT AKHIRAT?..dont Forget..."Niat"

Salam sayang buat semua..=)

Apa khabar kalian hari ini?
Iman hari ini cmna?naik..turun..kalau rasa lemah carilah penawarnya..jangan terus diselubungi rasa cmtu..
Sihat ke?Kalau tak sihat tu cepat2 la cari ubat..Kalau yang sihat pulak tu jangan lupa mensyukuri nikmat kesihatan yang diberikan..Moga kita tergolongan dalam golongan yang sentiasa bersyukur..=D

Kali ini nk buat perkongsian dengan sahabat2 agar kita sama-sama berfikir..
DUNIA..tempat persinggahan yang sementara sebagai bekalan untuk kita dihari akhirat kelak..
AKHIRAT..tempat untuk kita selama-lamanya..

Ana yakin ramai yang tahu kita ini hanya hidup di dunia sementara dan yang berkekalan itu di akhirat sana..tetapi kenapa masih ramai yang tahu akan hakikat ini tetapi mereka masih terus mengejar dunia..
Emm,mungkin ada yang marah bila ana cakap camnie..salahkah kita tuk menggapai cita-cita dan impian kita??
Siapa cakap salah..memang tak salah..Kita sebagai manusia kalau nakkan sesuatu tu,kita memang kena sentiasa berusaha..Rezeki takkan datang bergolek..nak tak nak kita kena berusaha..Allah takkan bagi macam tu je kalu kita tak berusaha..jadinya,kalau nak dunia kita kena usaha,nak akhirat pun kena usaha..
"Ramai orang bila ana tanya apa yang diaorang nak dalam hidup ni?" "Kebanyakannya akan jawab,nak berjaya di dunia dan akhirat"
Alangkah ruginya jika segala titik peluh kita hanya untuk dunia semata-mata..akhirat macam mana pulak?...so,sahabat-sahabat,bila kita nak buat sesuatu tu,mulakan dengan niat..hatta tidur pun boleh jadi ibadah kalau niat kerana Allah,iaitu bila tidur tu kita niat nak sihatkan tubuh badan agar kita dapat melaksana segala perintahNya..tengok kawan-kawan kita buat satu perkara kita dapat dua serentak..dunia dapat,akhirat pun dapat..2 in 1..

"Andainya dunia ini ada harga disisi Allah s.w.t nescaya tidak diizinkan  orang kafir merasa walau seteguk air"
Itulah kebenarannya..dunia ini hanya ladang untuk bercucuk tanam dan hasilnya akan dituai di hari akhirat kelak..jika kita merasakan dunia ini lebih bernilai dan berharga..bagaimana ye kita di hari akhirat kelak??

Apr 29, 2011

10 Pembasuh Dosa & Penawar Hati | iluvislam.com + discover the beauty of islam

10 Pembasuh Dosa & Penawar Hati | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Apr 27, 2011

hAppy besdAy yA uKhti..:D

Bismillahirrahmanirrahim..

Salam ukhwah buat semua..

"Pandanglah ke bawah untuk merasai syukur atas nikmat dunia. Pandanglah ke atas untuk lebih bersemangat menyediakan bekal ke akhirat.."

-Santunilah hati yang sentiasa mengharapkan kebaikan-

Sekadar sajian rohani..

Syukur alhamdulillah pada tarikh 23 April 2011 (Sabtu), telah genaplah usia 19 tahun bagi seorang sahabat majmuah dua..

NUR MADIHAH BINTI HASSAN BORHAN
HULU SELONGOR
BIRO MULTIMEDIA MAJMUAH 2
( NGADAP LAPTOP SOKMO YE.. )

moga dirimu sentiasa dalam keberkatan dariNya..
moga dengan pertambahan umur ini
bertambah jualah amalnya..
bertambahlah taqwanya..
bertambah kuatlah ibadahnya...
bertambah kuatlah dakwah dan tarbiahnya

ingat hai sahabat sesungguhnya usia ini hanya pinjaman dariNya
akan ditanya di hari kemudian
bersedialah kita kearah itu...

Apr 17, 2011

SaNaH HeLWaH ya aKHi..

Bismillahirrahmanirrahim..

Salam ukhwah buat semua..

"Pandanglah ke bawah untuk merasai syukur atas nikmat dunia. Pandanglah ke atas untuk lebih bersemangat menyediakan bekal ke akhirat.."

-Santunilah hati yang sentiasa mengharapkan kebaikan-

Sekadar sajian rohani..

Syukur alhamdulillah pada tarikh 17 April 2011 (Sabtu), telah genaplah usia 19 tahun bagi seorang sahabat majmuah dua..

AHMAD AQIEL B ABD.RAHIM
KUALA KANGSAR,PERAK
BIRO KECERIAAN MAJMUAH 2
( CERIA2 SOKMO DEH )

moga dirimu sentiasa dalam keberkatan dariNya..
moga dengan pertambahan umur ini
bertambah jualah amalnya..
bertambahlah taqwanya..
bertambah kuatlah ibadahnya...
bertambah kuatlah dakwah dan tarbiahnya

ingat hai sahabat sesungguhnya usia ini hanya pinjaman dariNya
akan ditanya di hari kemudian
bersedialah kita kearah itu...


Apr 11, 2011

SANAH HELWAH YA SODIQATI..

Bismillahirrahmanirrahim..

Salam ukhwah buat semua..

"Pandanglah ke bawah untuk merasai syukur atas nikmat dunia. Pandanglah ke atas untuk lebih bersemangat menyediakan bekal ke akhirat.."

-Santunilah hati yang sentiasa mengharapkan kebaikan-

Sekadar sajian rohani..

Syukur alhamdulillah pada tarikh 10 April 2011 (Ahad), telah genaplah usia 19 tahun bagi seorang sahabat majmuah dua..

SITI ZOLILAH NADIAH BT MOHD ZAHID
KEDAH
BIRO AKADEMIK MAJMUAH 2

moga dirimu sentiasa dalam keberkatan dariNya..
moga dengan pertambahan umur ini
bertambah jualah amalnya..
bertambahlah taqwanya..
bertambah kuatlah ibadahnya...
bertambah kuatlah dakwah dan tarbiahnya

ingat hai sahabat sesungguhnya usia ini hanya pinjaman dariNya
akan ditanya di hari kemudian
bersedialah kita kearah itu...