Assalamualaikum w.b.t
Saban hari, kita makin runsing..
Apa nak jadi?? Apa perlu buat??
Pelbagai persoalan menerjah masuk ke benak fikiran..
Masyarakat kita hari ini dikejutkan dengan pelbagai masalah2 yang seolah-olah telah mengenepikan nilai-nilai Islam yang selama ni telah diperjuangkan oleh Rasulullah s.a.w.
Di mana letaknya rasa kehambaan kita??
Di mana letaknya rasa kesyukuran kita atas nikmat Iman dan Islam yang Allah kurniakan??
DAn yang paling utama di mana letaknya peranan dan tanggungjawab yang lantas kita mainkan tatkala isu2 ini menghujan ke dalam masyarakat??
Isu gejala sosial, permasalahan remaja, sihir dan macam2 lagi menggambarkan parahnya masyarakat Islam hari ini yang meletakkan nilai-nilai Islam jauh ke belakang..
Allah tidak lagi menjadi yang paling utama..
Sunnah Rasulullah ibarat tiada nilainya..
Apa yang kita sudah lakukan??
KIta lihat hari ni mungkin keluarga orang lain, jiran tetangga orang lain, rakan2 orang lain..
Siapa kita yang boleh jamin selamnaya bukan kita atau keluarga kita atau jiran tetangga kita mahupun sahabat handai kita..
Hari ni mulut pantas berbicara, betapa hinanya orang itu,betapa buruknya keluarga orang ini..belum menimpa diri dan orang yang hampir dengan kita..Mulut mampu berkata-kata..
Ayuh bangkitlah semua..
Mainkan peranan kita..
TAdahkan tangan panjatkan doa pada Yang Esa agar diri kita dan masyarakat kita pada hari ni memandang tinggi Islam..
Bangga dengan agama Islam..
Menghayati nilai-nilai Islam dan mengamalkan dalam kehidupan..
Bukan menjadikan Islam sebagai mainan atau senda gurau..
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
Islam datang untuk membawa umat manusia kembali ke pangkuan TuhanNya kerana Islam yang kita mahukan bukan hanya sekadar perkataan yang disebut di lidah,bukan pula bererti kelahiran seseorang di dalam negeri Islam dan mempunyai logo keislaman juga tidak bererti kelahiran seseorang yg ibu bapanya Muslim..
MAntapkan diri kita dengan tarbiyah Islamiyah..
Lengkapkan diri kita dengan nilai-nilai Islam yang murni dan suci..
Hayati 10 ciri yang perlu ada pada setiap individu Muslim..
1)Salimul aqidah
2)Sohihul Ibadah
3)Matinul Khuluk
4)Qadirun alal Kasbi
5)Musthaqqal Fikr
6)Qawiyyul Jismi
7)Mujahidun li Nafsi
8)Munazzhom fi Syuun
9)Harisun ala al –Waqtu
10)Nafiun lil Ghairi
Muhasabah diri kita...
Sejauh manakah kita?? Wallahua'lam..
Pejuangkah Kita?
7 years ago
0 comments:
Post a Comment