rss
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites

Aug 17, 2010

MoMeNTuM RaMaDaN....



Bismillahirrahmanirrahim

Ku biarkan kalam berbicara
Ku biarkan pena merungkai kata-kata
Ku biarkan minda mentafsir segalanya
Ku biarkan hidayah menyinari hati yang buta



Alhamdulillah setelah sekian lama tidak menulis di entry ni kerana sejak dua menjak ni sebok dengan pelbagai tugasan pelajaran....Alhamdulillah jua kerana hari demi hari tugasan itu semakin kurang...maklumlah semester ini makin hampir untuk melabuhkan tirainya....bagaimana keadaan bahasa arab kita semua sahabat...makin bertambah baik atau tidak....kalau tak kena banyak lagi mengaji ni sebab rugi kalau duduk disini tak kuasai bahasa arab sebab ia adalah salah satu kemahiran dan perkara asas yang perlu ada bagi setiap muslim amnya dan jurudakwah khasnya...

Sahabatku sekalian bagaimana ramadan kita kali ini????bertambah baik atau tidak???
sungguh penulis rasakan banyak kelainannya ramadan kali ini...mana taknya setelah berjauhan dari keluarga...hmm...tapi tu bukan fokus utama...beselah tu kita berjauhan dari keluarga...terasa macam begitu pantas masa ini berlalu...macam tak sedar ramadan sudah datang menjemput tetamunya yang rindu untuk bertemu kembali dengannya




Sebagaimana kita tahu Ramadan yang hadir ini bertujuan untuk membersihkan diri kita dari segala dosa dan noda setelah hampir 11 bulan kita sibuk dan bergelumang dengan kegelapan jahiliah...moga ramadan yg datang kali ini memberi sinar hidayah ke arah membersihkan diri kita dan sebagai satu langkah persediaan untuk mencukupkan bekal menghadapi bulan -bulan yg mendatang...

Analogi yang boleh digambarkan adalah ibarat kita naik kereta untuk merancang sebuah perjalanan ke suatu destinasi...tiba-tiba di pertengahan perjalanan kereta kita rosak dan perlu segera hantar ke bengkel atau @ (workshop) supaya dapat meneruskan perjalanan ke destinasi yang ingin dituju....

Samalah dengan ramadan yang kita lalui ini ibarat sebuah perjalanan hidup diri kita untuk betulkan segala kekurangan dan kelemahan diri disamping membekali diri kita dengan sebaik-baik bekalan iaitu bekalan iman dan taqwa serta merebut segala ganjaran yang telah terbentang di depan mata kita...>

Firman Allah :

" Tidakkah kamu memperhatikan ayat-ayat al-Quran, adakah hati kamu semua telah terkunci?" (Muhammaf : 24)

jangan kita persiakan peluang ini sahabat...moga kita tidak menyesal di kemudian hari...buatlah yang terbaik sehabis mungkin kerana boleh jadi ini adalah ramadan terakhir kita...ayuh muhasabah semula amalan kita seharian adakah betul-betul telah selari dan mengikut apa yang telah digariskan oleh Islam...

2 comments:

Unknown said...

terbaik

WanN Syafiqah said...

moga2 ramadhan kali menjadi medan pertarbiyyahan dan penyucian bagi hati dan jiwa kita..

Post a Comment