rss
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites

Oct 6, 2010

Sahabat2 Majmuah 2 ~~

Assalamualaikum w.b.t..

Apa khabar iman di hati kita semua?? Moga terus tsabat di jalan Allah..

Hari ni kita kongsi serba sedikit kisah majmuah 2 yang terkini ye..

Dalam tempoh pengajian selama beberapa bulan di semester 1, telah menyaksikan keberangkatan sahabat2 perjuangan majmuah 2 semester 1 2010/2011 dari bumi Nilam Puri ,Kelantan..

Pertemuan yang terbina terasa singkat namun kami tetap percaya Allah telah menyatukan hati-hati kami semua dalam satu ikatan ukhwah yang indah..moga semuanya kerana Allah..
"Apabila semua dihubungkan dengan keimanan, maka ia akan menghasilkan sesuatu yang luar biasa"..

Langkah pertama di bumi barakah,Nilam Puri menyaksikan majmuah 2 yang terdiri daripada 12 orang banin dan 13 orang banat..



Perjuangan tetap diteruskan dalam meneguk manisnya ilmu Allah..

Dalam pertemuan pasti ada perpisahan..dan kita semua tak dapat lari daripada kenyataan itu..namun apa yang penting redha Allah dalam setiap pertemuan dan perpisahan itu..dalam ikatan persahabatan..

Dari pelosok Malaysia,dikumpulkan dalam satu tempat yang baik..macam2 ragam,macam loghat,macam2 lagi...pasti ada hikmah di sebalik semua ini..

Namun, siapa jangka pertemuan itu terasa singkat, Allah telah takdirkan beberapa orang sahabat daripada majmuah 2 melangkah pergi meninggalkan bumi UM,Nilam Puri.

Tamatnya Semester 1,seramai 9 orang telah pergi menyambung pengajian di tempat lain..Hilang dari pandangan mata namun insyaAllah akan tetap kukuh dalam ingatan dan doa antara kami semua.. "Ukhwah itu bukan pada indahnya pertemuan,tapi pada ingatan seseorang terhadap saudaranya di dalam doanya"



1. Farhan - Institut Pendidikan Guru...... (sorry, tmpatnye x taw)
2. Shukur - Institut Pendidikan Guru...... (ni pon x taw gk)
3. Nasuha - Institut Pendidikan Guru Sultan Abdul Halim
4. Ayu - Institut Pendidikan Guru Pengkalan Chepa
5. Jihan - Institut Pendidikan Guru Pengkalan Chepa
6. Fathiah - Institut Pendidikan Guru Darulaman 
7. Mustafid - Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)
8. Nazirul - Universiti Al-Azhar,Mesir
9. Saifuddin - Universiti Casablanca,Morocco

p/s: kalau maklumat kat atas nie kurang tepat..mohon maaf ye..sapa2 yg nk tolong betulkn or tambah pa2 amatlah dialu-alukan..

Ingatlah, wujudnya sahabat sebagai pemberi peringatan..andai diantara kita ada yg melakukan kesilapan maka tegurlah..tunaikan hak2 bersahabat..
"kalau aku terjatuh, hulurkanlah tanganmu kepadaku..bila aku bengkok, kau luruskanlah aku...jangan kau asingkan diriku daripada kehidupanmu"    (Novel Terasing-Hilal Asyraf)


  "ukhuwah itu bagai seutas tasbih.. ada awal tiada penghujung. Dicipta untuk mengingati-Nya, dibahagikan untuk cinta-Nya dan diratib untuk redha-Nya..."



Written by: Wan Nurush Syafiqah dan Nur Madihah..salah silap harap dimaafi..

0 comments:

Post a Comment