rss
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites

Feb 26, 2011

MoGa SuKSeS LaLu...

studygrup reramai di musolla..

Jom tadabbur ayat 11 surah ar-Ra'd..

"Sesungguhnya Allah tidak mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka sendiri yang mengubahnya"

BITTAUFIQ WANNAJAH!!!
RABBUNA YUSAHHIL!!

alhamdulillah berjaya mengumpulkan seramai 3o lebih sem 2 secara tak langsung..

gomo majmuah2 gomo...moga sukses selalu..

bilik memuatkan 2 orang disumbat seramai 17 orang..sume angkara belaja..

SaNaH HeLWaH AZiZ..

Bismillahirrahmanirrahim..

Salam ukhwah buat semua..

"Pandanglah ke bawah untuk merasai syukur atas nikmat dunia. Pandanglah ke atas untuk lebih bersemangat menyediakan bekal ke akhirat.."

-Santunilah hati yang sentiasa mengharapkan kebaikan-

Sekadar sajian rohani..

Alhamdulillah pada tarikh 25 Februari 2011 (Jumaat), telah genaplah usia 19 tahun bagi seorang sahabat majmuah dua..(abang apa pulak ye)..

ABDUL AZIZ B MAMAT
TUMPAT,KELANTAN..
(KD KEBAJIKAN SOKMO...)

moga dirimu sentiasa dalam keberkatan dariNya..
moga dengan pertambahan umur ini
bertambah jualah amalnya..
bertambahlah taqwanya..
bertambah kuatlah ibadahnya...
bertambah kuatlah dakwah dan tarbiahnya

ingat hai sahabat sesungguhnya usia ini hanya pinjaman dariNya
akan ditanya di hari kemudian
bersedialah kita kearah itu...

Feb 21, 2011

majmuah 2~

di sini jejak bermula.. 
di sini impian terbina..
di sini langkah tercipta..
mewarnai lakaran kehidupan..
menempuhi segala mehnah dan ujian..
meniti liku-liku menuju kejayaan..
menyemai benih ukhuwwah..
terukirnya erti persahabatan..
bertunjangkan keimanan..
menggapai keredhaanNya..

sem 1...hanya tinggal kenangan..


sem 2 bakal meninggalkan kita..




...............................................................
majmuah 2 sentiasa dihati~


moga tautan ukhuwwah kita berkekalan hingga ke akhirnya~

Feb 18, 2011

THe BeST Of MaJMuaH 2...

the special of majmuah 2
(nak tau mai masuk majmuah kami)

al- Banna kata :
Aku maksudkan dengan ukhuwah ialah : Hati dan jiwa ditautkan dengan aqidah- Aqidah ialah ikatan yg paling kuat dan paling berharga. Ukhuwah ialah saudara bagi iman.Perpecahan adalah saudara bagi kekufuran.Kekuatan yang paling ampuh ialah kekuatan kesatuan.Tiada kesatuan tanpa kasih sayang.Kasih sayang yang paling rendah ialah kesejahteraan hati(terhadap saudara seislam) dan yang paling tinggi ialah ithar
(mengutamakan orang lain dari diri sendiri).

Saudara islam yang sebenar memandang saudaranya lebih utama dari dirinya sendiri,kerana jika ia tidak bersama mereka nescaya ia tidak akan bersama dengan orang lain manakala jika mereka tidak bersamanya, mereka akan bersama dengan orang lain.Sesungguhnya serigala itu akan memakan kambing yang terpisah jauh.Seorang mukmin dengan mukmin yang lain ibarat sebuah bangunan yang saling menguat antara satu sama lain

ikhwah majmuah 2
ukhuwah yg terbina..
moga mekar hingga ke akhirnya...
sempoi sumenye..

Ukhuwah itu adalah anugerah dari Allah yang dikurniakan kepada mereka yang ikhlas dikalangan hambaNya para penolongNya,pengikut dan kelompoknya yang berjiwa bersih dan suci
(al-Anfal : 62-63)

kelas terakhir math...
wih luck in this subject...

the best KALAM forever...
miss us Hassan....

"UKHUWWAH TERAS KEGEMILANGAN"

M@Q@M iKHL@S....



“Dan mereka tidak diperintah, kecuali hanya untuk beribadah kepada Allah dengan penuh keikhlasan di dalam menjalankan ajaran agama”. (QS Al-Bayyinah : 5)

Keikhlasan adalah inti dan ruh ibadah.

Ibnu Hazm berkata, niat adalah rahsia peribadatan. Kedudukan niat terhadap amal adalah sama dengan kedudukan ruh terhadap jasad. Mustahil apabila suatu ibadah itu hanya berupa amalan yang tidak ada ruhnya sama sekali, seperti jasad yang tidak bernyawa.

Ikhlas adalah asas samada diterima atau ditolaknya sesuatu amalan dan ia merupakan kunci samada :

1. Untuk menuju kemenangan atau kerugian yang abadi.

2. Untuk merintis jalan menuju syurga atau neraka.

Apabila keikhlasannya itu cacat maka ia akan membawa pelakunya menuju neraka, tetapi apabila keikhlasan mampu direalisasikan, maka ia akan membawa pelakunya menuju syurga.

‘Barangsiapa mengharap perjumpaan dengan Tuhannya maka hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan seorang pun dalam beribadah kepada Tuhannya”. (QS Al-Kahfi : 110)

MAKNA IKHLAS

Ikhlas berasal dari perkataan ‘khalasha’, yang memberi erti kejernihan dan hilangnya segala sesuatu yang mengotorinya.

Oleh yang demikian, perkataan ikhlas menunjukkan kepada sesuatu yang jernih, bersih dan bebas dari campuran dan kotoran.

Di antara makna ikhlas lagi menurut ulama’ adalah :

“Amal yang dilakukan hanya kerana Allah, tidak untuk selain Allah”

“Keikhlasan itu adalah berusaha melindungi amal yang dilakukan dari pengetahuan makhluk termasuk dari pengetahuan dirimu sendiri….”

Fudhail bin Iyadh berkata :

“Meninggalkan amal kerana manusia itu adalah riya’, beramal kerana manusia itu syirik. Ikhlas itu adalah engkau beramal dan engkau dilindungi Allah dari kedua keadaan tadi.”

Ya’qub Al Makhfuuf berkata :

“Orang yang ikhlas adalah yang menyembunyikan kebaikannya sebagaimana ia menyembunyikan keburukannya.”

Ibnu Taimiyah mengatakan :

“Orang yang Ikhlas (mukhlis) adalah orang yang tidak peduli bila ia tidak dianggap baik di hati manusia demi kebaikan hatinya denganAllah dan dia tidak ingin menampakkan amalnya meskipun hanya sebiji sawi kepada orang lain.”

Manakala Ibnul Qayyim pula berkata dalam kitab Madarij As Saalikin” :

“Barangsiapa yang bersaksi atas keikhlasan dirinya, maka keikhlasannya itu memerlukan keikhlasan. Kayu ukur kekurangan orang yang ikhlas dalam keikhlasannya ialah sejauh mana ia merasakan dirinya ikhlas, bererti dialah seorang ikhlas dan benar-benar ikhlas.”

Ibnu Taimiyah menceritakan bahwa Abu Hamid Al Ghazali pernah mendengar kata-kata hikmah yang menyebutkan bahwa barangsiapa yang berbuat ikhlas semata-mata kerana Allah selama 40 hari maka akan memancar hikmah dalam hati orang tersebut melalui ucapannya.

Abu Hamid Al Ghazali mengatakan :

“Maka aku berbuat ikhlas selama empat puluh hari, tapi ternyata tidak memancar apa-apa dariku lalu aku sampaikan perkara ini kepada sebahagian ahli ilmu, di antara mereka mengatakan :

“Sesungguhnya engkau ikhlas hanya untuk mendapatkan hikmah dan bukan kerana Allah semata-mata…”

IKHLAS MODAL TERBESAR

Modal terbesar kita adalah keikhlasan. Itulah inti kekuatan kita dalam berjalan , beramal dan berjuang.

Sungguh, keikhlasan menjadi suatu kata-kata yang kerap kita dengar tapi jarang kita mendapati wujudnya dalam kehidupan kita. Memang ia adalah suatu sifat yang paling sukar diwujudkan.

Junaid Al Baghdadi mengatakan :

“Keikhlasan itu adalah rahsia antara Allah dan seorang hamba. Tidak diketahui oleh malaikat sehingga tidak dapat ditulis, tidak diketahui oleh syaitan sehingga tidak boleh dirosakkan oleh syaitan. Juga ia tidak boleh dikenali oleh hawa nafsu sehingga tidak boleh diselewengkan oleh hawa nafsu.”

Ertinya, keikhlasan tidak boleh :

a. Dibuat-buat.

b. Direka-reka.

c. Dikendalikan.

d. Dirasa-rasakan.

Ia akan muncul begitu sahaja dalam diri kita lalu mengalir ke dalam darah dan menguasai jiwa. Oleh yang demikian, mengendalikan jiwa itu menjadi suatu pekerjaan yang sangat sukar bagi para Salafus Soleh.

Dalam kitab Ihya’ Ulumiddin, Imam Al Ghazali mengutip ungkapan Sahl bin Abdullah At Tusturi ketika ditanya :

“Apakah yang paling berat dilakukan oleh jiwa?”

Ia mengatakan :

“Keikhlasan, kerana jiwa tidak mempunyai bahagian untuk mengendalikannya.”

BERATNYA MERAIH KESEMPURNAAN IKHLAS

Para salaf mengakui bahwa merealisasikan ikhlas dan memperbaiki niat adalah perkara yang sangat sulit.

Ini disebabkan hati kita memiliki sifat suka berubah dan berbolak-balik sehingga boleh jadi seseorang pada mulanya berniat ikhlas, namun di tengah jalan niatnya ternoda atau bahkan berubah. Demikian pula sebaliknya, ada yang mulanya salah dalam niat, namun akhirnya sedar akan kekeliruannya lalu memperbaiki niat tersebut.

Maka mengetahui berbagai persoalan yang berkaitan dengan keikhlasan amat perlu bagi kita sebagai salah satu usaha menjaga hati agar sentiasa lurus menuju kepada Allah dan tidak goyah oleh segala gangguan dan godaan yang terdiri dari :

a. Was-was dari syaitan.

b. Segala kecenderungan buruk oleh hawa nafsu.

Keikhlasan yang sempurna amatlah sukar digambarkan kecuali oleh orang yang telah menyerahkan cintanya secara utuh kepada Allah dan mengutamakan akhirat.

Apalagi mengingatkan bahwa manusia memiliki sifat banyak lupa dan mempunyai kecenderungan yang besar terhadap kehidupan duniawi dan bahkan banyak pula yang terpedaya olehnya.

Biasanya keikhlasan akan sukar untuk menembusi hati orang yang telah terpesona dan terpengaruh dengan kehidupan dunia kecuali atas taufik dari Allah.

Tidak perlu pergi lebih jauh, cuba kita tengok dalam hati kita masing-masing dalam perkara yang paling ringan sahajapun seperti makan atau tidur misalnya, apakah kita melakukan itu biasanya kerana memang kita menginginkannya?

Jarang sekali terdetik di dalam fikiran kita ketika melakukan itu agar badan kita kuat dan sihat sehingga dapat melakukan ibadah kepada Allah dengan baik. Demikian pula dalam melakukan berbagai amal yang lain, kita sering merasakan adanya berbagai bisikan dan gangguan yang cuba menggigit kemurnian niat ikhlas kita kepada Allah swt.

Maka adalah selayaknya kita masing-masing :

1. Bersikap waspada.

2. Membenteng diri kita.

3. Memusatkan niat dan tujuan pada keikhlasan yang sempurna.

4. Jangan hiraukan was-was syaitan kerana was-was dan bisikan syaitan akan menghancurkan dan melemahkan kita.

Ketika amal-amal soleh yang kita kerjakan terkena pencemaran, maka janganlah merasa lemah, kerana kotoran-kotoran tersebut boleh dihilangkan sehingga amal tersebut menjadi benar-benar jernih dan tidak hilang pahalanya.

APABILA KEIKHLASAN TELAH DINODAI

Bagaimana seseorang bersikap apabila keikhlasan suatu amal yang dia kerjakan telah dinodai? Ini adalah kerana tidak jarang orang yang menghadapi masalah ini lantas surut dari berbuat kebaikan kerana khuatir akan terkena riya’.

Abu Thalib al-Makki berkata :

“Seseorang tidak boleh meninggalkan amal soleh kerana takut terkena penyakit pada amal kerana memang itulah yang dikehendaki oleh musuhnya iaitu syaitan. Namun dia mesti kembali kepada niatnya semula, niat yang benar. Jika amal tersebut diresapi oleh penyakit, maka hendaklah ia segera mencari ubatnya, berusaha menghilangkannya dan tetap pada niat yang benar dan tujuan yang baik.

Tidak boleh meninggalkan suatu amalan kerana manusia atau kerana malu terhadap mereka. Ini adalah kerana :

a. Beramal kerana manusia adalah syirik.

b. Meninggalkannya kerana mereka adalah riya’.

c. Meninggalkan amal kerana khuatir akan masuknya penyakit (riya’) di dalam hati adalah kebodohan.

d. Meninggalkannya ketika amal tersebut sedang dilakukan (kerana keikhlasannya terganggu) adalah suatu kelemahan.

Siapa sahaja yang beramal kerana Allah dan meninggalkannya juga kerana Allah, maka tidak ada masalah baginya selagi masih berada dalam wilayah ini, tentunya setelah ia dapat membuang jauh-jauh segala niat buruk. ”

BOLEHKAH NIAT YANG ROSAK DIPERBAIKI?

Sebahagian orang ada yang menyangka bahwa apabila amal kebaikan dimulai dengan niat yang salah, maka amal tersebut mesti ditinggalkan. Ini adalah anggapan yang salah. Niat itu boleh diperbaiki dan dibangunkan di atas amal perbuatan tersebut, tanpa perlu meninggalkannya.

Sebahagian salaf ada yang pernah mencari ilmu tanpa niat yang sempurna dan benar, kemudian mereka menyedari dan akhirnya kembali kepada Allah serta memperbaiki niat mereka, memulai niat menuntut ilmu dengan niat yang benar.

Imam Az-Zahabi mengatakan :

“Para salaf mencari ilmu kerana Allah sehingga mereka menjadi mulia dan menjadi imam yang diteladani.” Ada juga di antara mereka yang mulanya mencari ilmu bukan kerana Allah, namun setelah mereka mendapatkan ilmu, mereka introspeksi diri, maka ilmu mereka telah menghantarkan mereka kepada keikhlasan di tengah jalan.”

Mujahid berkata :

“Kami mencari ilmu, dan pada mulanya kami tidak memiliki niat yang benar, kemudian Allah mengurniakan niat kepada kami.”

APAKAH NODA MENGHAPUSKAN PAHALA KESELURUHANNYA?

Seseorang yang telah berusaha beramal dengan ikhlas, namun ternyata masih ada noda yang mengotorinya seperti kealpaan atau syahwat, maka pahala amalnya tidak hilang secara keseluruhannya. Ini merupakan keutamaan dari Allah untuk hamba-hambaNya sehingga kaum muslimin tidak terjatuh ke dalam keputusasaan dan kesempitan hidup.

Kotoran-kotoran yang semacam ini sangat sukar dihilangkan kecuali sebahagian kecil sahaja. Namun demikian ia bukanlah bererti bahwa noda tersebut tidak berpengaruh terhadap amal bahkan ia tetap membuat pahala suatu amal namun ianya menjadi berkurang kesempurnaannya, tapi tidak sampai kepada tahap menghapuskannya sama sekali.

Oleh kerana itu seorang hamba setelah berusaha semaksima mungkin, hendaklah sentiasa khuatir antara ditolak dan diterima amal perbuatannya, takut kalau amal ibadahnya terdapat penyakit yang bahayanya lebih besar daripada pahalanya. Oleh kerana itu, jangan sampai ada ujub dan bangga dengan amalnya bahkan yang perlu dilakukan adalah terus meningkatkan kualitinya.

MEMPERLIHATKAN AMAL KEBAIKAN

Memang, pada dasarnya amal kebaikan mestilah disembunyikan dan tidak perlu di pertunjukkan kepada orang lain kecuali yang memang perlu dinampakkan seperti solat berjamaah dan haji.

Namun dalam keadaan tertentu, memperlihatkan amal soleh adalah dibenarkan asalkan memenuhi dua syarat iaitu:

PERTAMA : Bebas dari riya’ (bukan untuk mempamirkan)

KEDUA : Terdapat faedah deeniyah dari menampakkannya seperti :

a. Untuk memberikan contoh kebaikan.

b. Menguatkan orang yang lemah.

c. Menenangkan orang yang tertindas.

d. Memberikan khabar gembira.

Ini sepertimana yang pernah dikatakan oleh Abu Sufyan bin Harits, salah seorang bapa saudara Nabi menjelang wafatnya :

“Janganlah kamu menangisi aku, kerana sejak masuk Islam aku tidak pernah melakukan dosa.”

IKHLAS DI JALAN DAKWAH

Jika kita berada di jalan dakwah, maka keikhlasan itu memiliki definasinya yang tersendiri sepertimana yang disampaikan oleh Imam Hasan Al Banna :

“Ikhlas adalah bila seorang pejuang Muslim yang mengorientasikan perkataannya, amalnya dan jihadnya semuanya untuk Allah swt dan mengharapkan ridhanya dan kebaikan pahalanya tanpa melihat kepada :

1. Perolehan harta.

2. Manfaat.

3. Penampilan.

4. Kedudukan.

5. Kemasyhuran.

6. Kemajuan.

7. Kemunduran.

Agar, ia menjadi seorang yang ikhlas, menjadi bala tentera fikrah (ideologi) dan aqidah (keyakinan), bukan bala tentera keinginan atau manfaat.”

MELANGKAH TERUS

Berjalan dan melangkahlah terus dan jangan berhenti.

Mungkin sahaja ada kebahagiaan dan kenikmatan yang dapat menyenangkan kita di sini, namun itu tidak boleh menyimpangkan niat dan tujuan kita di sini bahkan kita disuruh meluruskannya hanya :

Untuk Allah swt.

Untuk ridhaNya.

Untuk dakwahNya.

Ketika kita melangkah, berlari , diam dan berbahagia di jalan ini, maka semuanya itu adalah untuk dan kerana Allah swt.

Lalu :

Jika ada aral dan batu di jalan ini yang mengganggu langkah.

Jika ada cuaca dan suasana jalan ini terasa menekan hati untuk berhenti.

Jika ada peristiwa yang boleh melelehkan airmata dalam hati, kedukaan atau luka di jalan ini.

Tetaplah berjalan dan jangan berhenti.

Kita akan terus berjalan di sini agar, hanya Allah yang tahu semua kepahitan dan luka itu adalah sebahagian dari persembahan, pengabdian, pengorbanan untukNya dan di jalanNya.

Hanya dengan itulah, kesulitan dan kepahitan akan menjadi nikmat dan kebahagiaan kerana kita di sini adalah keranaNya dan untukNya bukan untuk siapa-siapa.

Semoga kita ikhlas menerima dan menjalani semuanya.

Ya Allah tetapkanlah keikhlasan di dalam hati kami walaupun ianya digoncang oleh badai was-was syaitan dan keinginan hawa nafsu kerana kami tidak tahu amal manakah yang benar-benar diterima olehMu di akhirat nanti. Kuatkanlah jiwa kami supaya kami tidak terpedaya dengan perasaan bahwa kami lebih banyak beramal berbanding saudara-saudara kami yang lain. Sesungguhnya Engkau hanya menerima amal yang ikhlas tanpa dikotori dan dicemari oleh perasaan ‘ujub dan riya’.



Feb 14, 2011

FuTSaL.....

team futsal majmuah 2 sem 2
match 1 : maj 2 sem 2 vs maj 8 sem 1 (3-5)
match 2 : maj2 sem 2 vs maj 5 sem 4 (1-3)
match 3 : maj 2 sem 2 vs maj 3 sem 4 (3-2)

alhamdulillah 2 kalah 1 menang..

aziz top scorer...

diikuti muaz n syafiq...

lutfi defence terkental....

aqiel keeper tercekap...

Feb 12, 2011

sukan sebagai ibadah~~

hari-hari yang berlalu itu adalah sejarah dalam hidup..
kita yang mencipta sejarah itu..
pahit dan manis semua terukir dalamnya..
yang pasti ia akan sentiasa bersemadi dijiwa dan terpahat dalam ingatan..

memori semalam:-
perlawanan futsal diantara majmuah..
berlangsung di pasir tumbuh..
kapten majmuah 2 banat: Madihah..
semua ahli majmuah 2 banat menyertai perlawanan tersebut..(mana taknya, pemain termasuk simpanan 10 orang tapi banat majmuah 2 ada 9 je..huhu)

menunggu ketibaan bas


sahabat2 yang ditinggalkan oleh bas trip 1~

gambar yg sempat di "snap" dlm perjalanan

sedang menunggu giliran nk lawan~

main jangan tak main..~sukan sebagai ibadah~

minda yang cerdas pada badan yang sihat~rajin-rajin la bersukan..jangan lepas futsal ini tak bersukan pulak ye..=)

moga sukan ini  mengeratkan ukhuwwah antara kita semua..
moga apa yang kita lakukan ini menggapai keredhaanNya..

Feb 8, 2011

.:. AKHLAK MULIA JAMBATAN KE SYURGA.:.



Sesungguhnya orang yang paling aku kasihi dan paling hampir denganku pada hari kiamat ialah orang yang paling mulia akhlaknya di kalangan kamu. Manakala orang yang paling aku benci dan paling jauh kedudukannya dariku pada hari kiamat ialah orang yang buruk akhlaknya di kalangan kamu.                                                                          -Riwayat Ahmad-                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                         
Abu Darda' r.a meriwayatkan daripada Nabi s.a.w, sabdanya:
Pada hari kiamat kelak, tiada satu perkarapun pada timbangan amal orang mukmin yang lebih berat daripada akhlak yang mulia (khuluqin hasan).         -Riwayat at Tirmidzi-
                   
Apa keutamaan akhlak yang baik itu ?
Diantara keutamaannya adalah :
Pertama : Akhlak yang baik termasuk tanda kesempurnaan iman seseorang, sebagaimana sabda Rasulullah SAW: “Orang-orang mukmin yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaknya”.
Kedua : Dengan akhlak yang baik, seorang hamba akan dapat mencapai darjat orang-orang yang dekat dengan Allah Ta’ala, sebagaimana penjelasan Rasulullah SAW iaitu “seorang mukmin dengan akhlaknya yang baik dapat mencapai darjat orang yang berpuasa dan qiamulail”. 
Ketiga : Akhlak yang baik dapat  memberatkan amal kebaikan seorang hamba di hari kiamat,  sebagaimana sabda baginda SAW : “Tidak ada sesuatu yang lebih berat ketika diletakkan di timbangan amal (di hari akhirat) selain akhlak yang baik”.
Keempat : Akhlak yang baik merupakan sebab yang paling banyak memasukkan manusia ke dalam syurga. Hal ini sebagaimana disabdakan Rasulullah ketika ditanya tentang apa yang dapat memasukkan manusia ke dalam syurga. Baginda menjawab: “Bertakwa kepada Allah dan akhlak yang baik”.
 Tips untuk membentuk akhlak mulia.

1. Niat dan kemahuan.
2. Selalu belajar.
3. Melatih diri untuk berakhlak mulia
4. Saling mengingatkan dan  mendoakan.
5. Menjadikan rasulullah qudwah dalam kehidupan.
6. Muhasabah diri.
7. Bijak memilih kawan.

Nabi bersabda: “Seseorang itu dilihat dari agama teman rapatnya.                                                          Kerana itu lihatlah siapa teman rapatnya.”     (HR Tirmidzi)
 ...............................................................................................................................

Jagalah lidah agar diberi kemantapan akidah..
Jagalah mata agar diberi kemantapan jiwa..
Jagalah akhlak agar sempurna iman..
Jagalah hati agar diberi nur yang menyinari..
Kekadang mahmudah tidak dapat dicapai dengan amalan..
Tapi harus ditempa oleh kerikil ujian..
Sering kali kealpaan dan mazmumah diri..
Diperingatkan oleh kesempitan rezeki..
Semua itu..
Tarbiyah Allah sebagai hadiah..
Membentuk akhlak mengutuhkan peribadi muslim.

Feb 1, 2011

Kenyataan IM

Satu kenyataan oleh Ikhwanul Muslimin baru-baru ini menegaskan bahawa gerakan itu berkeyakinan reformasi segera diperlukan jika Mesir ingin mengelak daripada pemberontakan bersejarah di Tunisia yang telah disaksikan oleh seluruh dunia.
Insiden yang berlaku di Tunisia sepanjang Disember 2010 dan Januari 2011 merupakan titik penting bagi peristiwa yang dilalui oleh penduduk rantau Arab dan dunia Islam. Rakyat Tunisia telah bangkit melawan penindasan, kezaliman dan rasuah yang dilakukan oleh pemerintah, keluarganya serta pembantu-pembantunya selama suku abad.
Seluruh dunia, khususnya Barat dan Zionis terkejut dengan apa yang berlaku dan tiada siapa pun dapat menahan kemarahan rakyat yang meletus di muka kezaliman. Rejim-rejim Arab juga dalam keadaan tidak menentu dan tersentak dengan nasib diktator Tunisia yang terpaksa melarikan diri.
Kebangkitan rakyat Tunisia memberikan peringatan jelas kepada semua pihak, di dalam dan luar Tunisia;
  1. Ia memberi harapan kepada rakyat yang tertindas bahawa rakyat yang tertekan boleh mencapai kejayaan;
  2. Ia memperingatkan penindas serta rejim dan pemimpin rasuah bahawa tidak ada yang kekal dan tiada jawatan yang selamat;
  3. Ia adalah isyarat kepada kuasa zalim dan mereka yang menggunakan wang untuk membonekakan pemerintah dunia ketiga, terutama di negara Arab dan Islam.
Isyarat-isyarat ini merupakan titik tolak penting serta dimensi baru dalam kehidupan rakyat negara Arab dan Islam. Kami yakin bahawa alasan dan motif kebangkitan di Tunisia adalah sama dan serupa dengan banyak negara di rantau ini, terutama Mesir.
Jika situasinya sama, seperti rasuah, ketidak-adilan, krisis ekonomi dan penindasan rejim yang berpanjangan, maka negara-negara lain juga akan menuju ke arah yang sama, yakni kebangkitan rakyat.
Disebabkan kami (IM) sangat cintakan keamanan dan kestabilan, kami percaya bahawa perjuangan berlandaskan perlembagaan akan berhasil sekiranya berlaku reformasi dalam arena politik, ekonomi dan sosial. IM yang merupakan sebahagian daripada negara Mesir berpandangan bahawa pelbagai pihak dan sistem dalam negara ini mampu berubah, jika terdapat kemahuan untuk berubah.
Persamaan ini; iaitu kestabilan oleh rakyat dan Ikhwanul Muslimin yang berdepan dengan kepincangan sistem pemerintah, kemampuan - dan tanggungjawab IM - untuk membawa reformasi damai dan perubahan positif; kita mengatakan bahawa persamaan ini sedang melalui satu fasa kritikal dan halus. Tetapi sayangnya sistem ini tidak mengambil langkah-langkah serius untuk memerangi rasuah dari merebak dan membawa pembaharuan yang diperlukan. Situasi ini tidak boleh diteruskan ketika sistem tidak seimbang sedangkan mereka kelihatan tidak berminat untuk menyelesaikan masalah kecuali dengan merujuk kepada anggota keselamatan sambil mengelakkan diri mereka dari berusaha. Jika sistem yang sekarang tidak bergerak cepat untuk mengambil tanggungjawab dan mengambil inisiatif untuk membawa pembaharuan serius, kestabilan tidak akan bertahan lama.
Oleh kerana kami sangat menghargai kestabilan negara dan demi mengelakkan kemarahan rakyat, kami menuntut:
§  Pertama: Pemansuhan Undang-Undang Darurat yang dipaksa ke atas rakyat Mesir selama tiga puluh tahun tetapi gagal menghasilkan keamanan atau mencegah jenayah.
§  Kedua: Pembubaran Dewan Rakyat ‘palsu’ dan mengadakan pilihanraya yang bersih dan adil di bawah penyeliaan penuh pihak kehakiman bagi memenuhi hasrat sebenar rakyat dan membolehkan mereka mencapai cita-cita dan aspirasi mereka.
§  Ketiga: Melakukan pindaan Perlembagaan bagi Artikel 5, 76, 77, 88 dan 179 bagi memastikan kebebasan mengadakan pilihanraya dengan pilihan demokratik dalam pilihanraya Presiden yang akan datang di bawah penyeliaan kehakiman. Ia juga akan menghapuskan konflik perlembagaan dan mencapai keserasian dengan asas, sejarah, kebudayaan dan tamadun negara besar ini.
§  Keempat: Mengambil tindakan segera dan efektif bagi menyelesaikan masalah rakyat yang kritikal seperti memulakan reformasi ekonomi bagi membolehkan kita mencapai keadilan sosial dengan menyediakan barangan keperluan dan ubatan, reformasi sistem pendidikan serta menyediakan bajet untuk kesihatan. Antara langkah yang boleh diambil ialah:
  1.  
    1. Menggunakan dana lebihan yang mana lebih 1200 billion Pound Sterling kini dikawal oleh orang-orang yang menyalahguna kuasa.
    2. Menggunakan kemudahan dan keistimewaan yang diberikan kepada Menteri dan Pegawai Kanan Kerajaan bernilai berbilion paun serta melelong apa yang tidak perlu untuk membantu rakyat.
    3. Menghentikan penghantaran minyak dan gas kepada Zionis dan menilai semula harga komoditi tersebut serta mengeksportnya ke negara lain.
    4. Menilai semula harga tanah bernilai beratus bilion paun yang diperuntukkan kepada beberapa ahli perniagaan dan perasuah dan menjualnya secara lelong untuk manfaat rakyat.
§  Kelima: Menilai semula polisi luar negara Mesir terutama terhadap rejim Zionis dan keperluan memutuskan hubungan dengan mereka serta bagi menyokong gerakan pembebasan Palestin dan menubuhkan negara Palestin beribunegarakan Baitul Maqdis.
§  Keenam: Membebaskan dan memberi pengampunan kepada semua tahanan politik dan semua yang dijatuhkan hukuman penjara oleh mahkamah khas yang tidak mempunyai bidang-kuasa mengadili orang awam seperti Mahkamah Tentera atau Mahkamah Keselamatan Negara.
§  Ketujuh: Memberikan respons kepada tuntutan-tuntutan yang diutarakan oleh pelbagai pihak sejak sekian lama.
§  Kelapan: Kebebasan menubuhkan parti politik serta menghapuskan sekatan terhadap penerbitan akhbar serta media lain.
§  Kesembilan: Perbicaraan ke atas penyalahguna kuasa dan perasuah yang telah mengumpul kekayaan dengan cara salah sejak sekian lama.
§  Kesepuluh: Menghidupkan masyarakat madani, pemansuhan gangguan pasukan keselamatan dalam hal-ehwal dalaman sekolah, universiti, kesatuan sekerja, NGO, wakaf dan pertubuhan hak-hak asasi manusia.
Ikhwanul Muslimun
19 Januari 2011