rss
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites

Mar 14, 2011

ReHLaH MaHaBBaH MaJMuaH....PART 2




9 MAc 2011

Bilangan : 14 orang (7 banin 7 banat)
Kenderaan : Van KIA
Driver : Akh Lutfi
Masa bertolak : Dalam jangkaan 7 pagi, diuji Allah sedikit..mula berangkat kira-kira jam 10 pagi..

(inilah kenderaan kami)

Kira-kira 4 jam juga nak tiba ke Kuala terengganu dari Nilam Puri..
Dalam perjalanan, melihat suasana banjir..Cuaca ketika itu pon mendung gerimis..


Hampir ke waktu Zohor..Solat dulu di Masjid Hiliran, K.Terengganu dan isi perut di kedai berhampiran..


Lepas ni nak ke mana???
Ikut tuan driver je la..

Jom ke Taman Tamadun Islam..
Mari kembara seluruh dunia melihat senibina tamadun-tamadun Islam..Menarik!!
Baru pintu masuk~


Antara replika senibina yang ada di sana~






Biarpun cuaca agak mendung2 panas, alhamdulillah habis juga satu taman tu kami pusing..yang penting dapat ilmu daripada 'lihat-lihat' ni..betapa hebatnya Islam termasuklah dari sudut
seni binanya..Subhanallah!~~

Memandangkan kami sudah hampir dengan Masjid Kristal, langkah terus diatur biarpun penat terasa..
Sapaan bayu sungguh tenang dan damai~~

Potret kenangan Majmuah 2 @ Masjid Kristal





Penat dah??
Memang penat..
Hampir lewat petang..masih ada aktiviti yang dirangka perlu dilaksanakan..
Jadi, balik rumah penginapan dulu (jangan lupa kunci rumah dari tuan rumah)..


Selepas barang-barang selesai dikosongkan daripada van..destinasi seterusnya..PANTAI BATU BURUK (ada agenda di sana)

Di Pantai Batu Buruk~~


Sekadar perkongsian mengeratkan ukhwah, kami bermain 'game'..
Disebalik permainan yang dirangka..ada kejutan yang dijanjikan..
Sambutan kelahiran 3 orang sahabat kami..
Ukhti Nabilah Izzah, Akh Syafiq dan Akh Aziz..
Dengan persediaan yang sederhana, alhamdulillah seronok melihat mereka turut gembira..


Mari pulang~~Persiapan untuk BBQ malam ni~~
Memandangkan sudah hampir waktu maghrib, kami bergerak dahulu ke MASJID TERAPUNG bagi menunaikan solat..sambil tadabbur alam yang wajib jangan lupa!!

Di Rumah Penginapan~~
Syukran kepada banin atas kesudian menyediakan BBQ malam itu..banat sediakan air pun alhamdulillah~~

Hidangan makan malam~




10 MAC 2011

Solat subuh dilaksanakan secara berjemaah..Selepas itu, ada sedikit tayangan video majmuah 2 sepanjang 2 semester dan pertukaran hadiah..Hadiah molek-molek deh..

Kemudian, bergerak ke rumah nenek Akh Abbas tidak jauh dari tempat kami..Dijamu dengan hidangan yang menyelerakan di samping dapat merapatkan silaturrahim..InsyaAllah..

Seterusnya, mengikut tentatif kami menuju ke Muzium Negeri Terengganu,





Cantikkan landskap di kawasan ini..Subhanallah!

Seterusnya. ke PASAR PAYANG untuk membeli sedikit cenderamata dari Terengganu..bukan senang nak datang ke sini walaupun tempat pengajian kami hanya sempadan!

Selepas penat menjamu mata dan membeli barangan, kami bergerak ke rumah Pak Ngah Ukhti Nabilah..Perlu bergerak segera kerana kami akan berangkat pulang malam ini..
Dua lagi destinasi (Masjid Putih dan Bukit Puteri) tidak dapat diatur kerana kepenatan yang amat sangat..

Akhirnya, tiba di penghujung..barang2 dikemaskan dan kunci diserahkan kepada tuan rumah..
Kira-kira jam 6 petang jejak di Terengganu ditinggalkan..

Dalam perjalanan pulang, singgah di rumah Ukhti Nabilah di Pasir Puteh.. Dapat berkenalan dengan lebih rapat lagi dengan keluarga Nabilah..

Alhamdulillah, selain dapat merehatkan minda selepas menduduki exam, kami dapat juga merapatkan ukhwah perkenalan dengan keluarga sahabat2 yang berada di Terengganu..

Kami tiba di UM,Nilam Puri kira-kira jam 11.30 mlm..
Yang pastinya, kenangan rehlah di K.Terengganu akan tersimpan dalam memori kami, insyaAllah..

Semoga ukhwah kan terus padu walau di mana kita berada kerana Allah..ameen..




0 comments:

Post a Comment