rss
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites

Nov 23, 2010

AKU MALU MENEGUR KEMUNGKARAN

Ramai orang mengatakan belum cukup ilmu apabila ditanya mengapa tidak menegur orang yang berbuat salah. Tidak kurang juga yang mengatakan diri sendiri belum baik, mengapa perlu menegur orang lain. Bahkan ada juga yang mengatakan perlu apa menjaga tepi kain orang, tak perlu jadi ‘busy body’. Adakah kita semakin menjadi manusia yang individualistik? Amat mementingkan diri sendiri? Dan banyak lagi alasan lain untuk tidak menegur. Barangkali sifat merendah diri atau memikirkan kelemahan dan kekurangan diri menjadikan kita tidak yakin dan akhirnya meninggalkan usaha mengajak kebaikan.

Persepsi Diri Yang Salah

Ada di antara kita yang memandang zaman ini menegur orang biarlah kepada orang yang berauthoriti. Serahkan saja pada pak imam, ustaz dan ustazah. Ada yang berpendapat untuk menegur orang lain diri perlu menjadi maksum seperti Nabi Muhamad s.a.w. Malu dengan latar belakang keluarga yang tidak sempurna didikan agama.

Kewajipan Nasihat-menasihati Bukanlah untuk Orang Tertentu

Sudilah memberikan teguran yang baik dan berhikmah, kerana tanpanya manusia akan selalu terbabas. Fitrah manusia yang selalu lupa dan terburu-buru, seringkali diruntun oleh gelodak nafsu. Berbanggalah diri sebagai seorang Islam, menjadikan kita ini sebahagian daripada masyarakat yang membentuk manusia dari dalaman dan luaran. Jika berdiam sahaja melihat buasnya dunia meladani manusia, alamat kita sedang menuju kehancuran. Bukan sahaja melibatkan perhubungan sesama manusia, malah menyebarkan barah kepada bidang ekonomi, politik, pendidikan dan akhirnya diri sendiri. Terlalu mengharapkan orang lain kadangkala hanya meninggalkan harapan sahaja. Allah berfirman dalam Al-Quran yang bererti, “hendaklah ada sebahagian dari golongan yang menyeru kepada kebaikan dan melarang kepada kemungkaran. Mereka itulah orang yang Berjaya.” (Surah Ali Imran: 104)

Golongan yang disebutkan menurut Dr Abdul Karim Zaidan di dalam bukunya Usul Al-dakwah; adalah orang Islam itu sendiri. Kita adalah umat yang terbaik yang lahir dari kelompok manusia, wajib untuk mengajak kepada kebajikan dan mencegah kemungkaran. Hukumnya sudah menjadi wajib pada masa kini kerana golongan yang menegur itu semakin mengecil jumlahnya. Menasihati bukan satu jalan sahaja. Mereka yang rugi antaranya adalah yang tidak mahu berpesan-pesan kepada perkara kesabaran dan kebenaran.

Seorang muslim yang hebat mempunyai daya pemikiran yang kreatif dan mempunyai semangat yang tidak putus-putus untuk mengajak manusia kepada kebaikan. Ada daya dengan tangan, maka penyampaian nasihat melalui tulisan atau lukisan. Menyentuh hati kadangkala lebih berjaya dengan diri kita yang menunjukkan kebaikan. Sentiasa bermanis muka, tersenyum, tidak mudah marah, suka menolong dan tidak celupar ketika menutur kata.

ALLAH melihat usaha kita!!!

2 comments:

sis izzah said...

saya setuju ngan al-kahatib...

Unknown said...

أحسنت

Post a Comment