rss
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites

Nov 12, 2010

COUPLE???


Wahai sahabat-sahabat seagamaku yang benar-benar dicintai kerana Allah…terlampau banyak saudara-saudara kita yang telah mengotorkan percintaan yang asalnya suci (fitrah) dengan nista dan dosa. Ramai yang lebih memilih jalan yang kotor berbanding suci, ramai yang memilih untuk mengharamkan hubungan daripada menghalalkannya secara sah. Kenapa couple dijadikan pilihan, bukan hubungan yang berlandaskan syariat dijadikan panduan?

Suka di sini untuk ana berkongsi bersama sahabat-sahabat pengibar panji-panji Islam yang dibanggakan. Allah berfirman dalam kalam suci-NYA, “Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu satu perbuatan yang keji , & suatu jalan yang buruk.” Al-Isra’:32

Menghampiri zina sudah tergolong dalam larangan Allah yang mutlak iaitu membawa kepada hokum haram inikan pula jika kita benar-benar terjerumus dalam lembah perzinaan ini. Kenapa ana kata begitu???

Drp. Abu Hurairah R.A dari Rasulullah S.A.W . sabdanya: “ nasib anak adam mengenai zina telah ditetapkan, tidak mustahil dia pernah melakukannya. Dua mata, zinanya memandang, dua telinga zinanya mendengar, lidah zinanya berkata, tangan zinanya memukul, kaki zinanya melangkah, hati zinanya ingin & rindu, sedangkan faraj(kemaluan) hanya mengikuti atau tidak.”

Ketika bercouple mustahil bagi pasangan tersebut tidak melakukan perbuatan zina, sekurang-kurangnya sekecil-kecil zina dari pandangan manusia, zina hati. Mustahil orang yang sedang bercinta & bercouple tak merindui satu sama lain sama ada berdekatan ataupun berjauhan.

Perlakuan ini bukan lagi istilah ‘menghampiri zina’ malah telah jatuh dlm. perlakuan zina iaitu zina hati (merindui).. Jadi telah terjerumuslah pasangan tersebut dalam perbuatan yang terlarang lagi HARAM… Sedangkan menghampiri zina sudah dilarang(haram) inikan pula apabila terjerumus dalam perbuatan zina tersebut semakin bergandalah keharamannya.

Mungkin ini bagi pasangan yang zinanya melalui hati tak termasuk lagi dengan pasangan-pasangan lain yang mungkin zinanya melalui mata, tangan, kaki, faraj dan sebagainya. Kemungkinan besar dalam masa bercouple atau berjumpa, keinginan utk. melakukan perbuatan-perbuatan sumbang dengan menggunakan nikmat pancaindera yang dikurniakan Allah tak dapat dielakkan sehingga dapat kita lihat sekarang permasalahan remaja yang mengandung di luar nikah semakin meningkat jumlahnya dari hari ke hari.

Setiap suruhan dan larangan Allah pasti ada hikmahnya, ini merupakan salah satu hikmah yang dapat kita lihat iaitu dengan menjauhi couple dapat mengelakkan daripada perbuatan-perbuatan buruk yang mampu merosakkan diri sendiri dan masyarakat sekelilingnya.

Ayuh pejuang-pejuang agama Allah, janganlah bazirkan masa dan kehidupan yang sementara dengan perkara-perkara yang sudah kita pasti keharaman hukumnya. Jangan biarkan Islam terus terkorban dan dihina sedangkan kita tidak menjalankan amanah dan tanggungjawab kita padanya.

WALLAHUA’LAMU BISSAWAB…

1 comments:

haroon said...
This comment has been removed by a blog administrator.

Post a Comment