rss
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites

Mar 25, 2011

Selamat Hari Lahir Aina

Bismillahirrahmanirrahim..

Salam ukhwah buat semua..

"Pandanglah ke bawah untuk merasai syukur atas nikmat dunia. Pandanglah ke atas untuk lebih bersemangat menyediakan bekal ke akhirat.."

-Santunilah hati yang sentiasa mengharapkan kebaikan-

Sekadar sajian rohani..

Syukur alhamdulillah pada tarikh 26 Mac 2011 (Sabtu), telah genaplah usia 19 tahun bagi seorang sahabat majmuah dua..



AINATULMARDHIAH BINTI MANSOR
JELI, KELANTAN
MASU'LAH MAJMUAH 2

moga dirimu sentiasa dalam keberkatan dariNya..
moga dengan pertambahan umur ini
bertambah jualah amalnya..
bertambahlah taqwanya..
bertambah kuatlah ibadahnya...
bertambah kuatlah dakwah dan tarbiahnya

ingat hai sahabat sesungguhnya usia ini hanya pinjaman dariNya
akan ditanya di hari kemudian
bersedialah kita kearah itu...



Mar 23, 2011

Hanya Peringatan...



Assalamualaikum buat sahabat semua. Kaifahalukum jami'an? wa kaifa imanukum?wa kaifa quluubukum? (em..banyaknye kaifa..)...xpe lah lallakum bikhoir..
Ni sekadar tazkirah di pagi hari pada musim cuti ye..moga2 bermanfaat.


Malaikat vs Syaitan


Nak ikut malaikat ke nak ikut syaitan???

Manusia: "Eh dah subuh dah?"
Malaikat: "Bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu.."
Syaitan: "Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ni...awal lagi...zzzzzzzz"

Manusia: "Nak makan, laparlah"
Malaikat: "Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah... "
Syaitan: "Ahh, tak payahla... dah lapar ini!! Mmm..sedapnyaaaa"

Manusia: "Hari ni nak pakai apa ye?"
Malaikat: "Wahai anak Adam, pakailah pakaian yg menutup aurat"
Syaitan: "Ehh, panaslah, takde style langsung, nampak kampung!!!"

Manusia: "Alamak, dah lewat!"
Malaikat: "Bersegeralah wahai manusia, nanti terlewat ke pejabat.."
Syaitan: "Ahhh awal lagi..mmm..aaahh? Suruh si X, punchkanlah"

Manusia: "Azan sudah kedengaran.. ."
Malaikat: "Wahai anak Adam, segeralah menunaikan kewajipan"
Syaitan: "Baru pukul berapa..rilexlah. .awal lagi nieii"

Manusia: "Eh, eh... tak boleh tengok ni, berdosa..."
Malaikat: "Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan mengetahui!"
Syaitan: "Perggghh.. best tu...rugi ooo kalau tak tengok nie.."

Manusia: "Saudaraku sedang melakukan dosa"
Malaikat: "Wahai anak Adam, cegahlah ia.."
Syaitan: "Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantaklahh"

Manusia: "Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain".
Malaikat: "Wahai anak Adam, nasihat-menasihatilah sesama kamu.."
Syaitan: "Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2..pandai2lah"

Manusia: "Aku telah berdosa.."
Malaikat: "Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu, sesungguhnya Allah Maha Pengampun... "
Syaitan: "Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... lagipun muda hanya sekali.rugila. ..(kalau sempatla ha ha)"



Manusia: "Kalau pergi disko, mesti seronok!"
Malaikat: "Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu .."
Syaitan: "Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu...Jomlahhh"

Manusia: "Uuhhh letihnya arini..tak solat lagi nieee"
Malaikat: "Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu. Solat itu tiang agama"
Syaitan: "Hey anak Adam, ikutilah aku, kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan di akhirat (jangan mimpilah) untukmu..."



> Sekarang sahabat2,anda mempunyai 3 pilihan:
> Manusia: "Patutke aku je yg baca post ini ?"
> Malaikat: "Ingatkan sahabat yang anda kenal"
> Syaitan: "Tak payahlah sebuk2"



pilih jangan x pilih...

Mar 14, 2011

ReHLaH MaHaBBaH MaJMuaH....PART 2




9 MAc 2011

Bilangan : 14 orang (7 banin 7 banat)
Kenderaan : Van KIA
Driver : Akh Lutfi
Masa bertolak : Dalam jangkaan 7 pagi, diuji Allah sedikit..mula berangkat kira-kira jam 10 pagi..

(inilah kenderaan kami)

Kira-kira 4 jam juga nak tiba ke Kuala terengganu dari Nilam Puri..
Dalam perjalanan, melihat suasana banjir..Cuaca ketika itu pon mendung gerimis..


Hampir ke waktu Zohor..Solat dulu di Masjid Hiliran, K.Terengganu dan isi perut di kedai berhampiran..


Lepas ni nak ke mana???
Ikut tuan driver je la..

Jom ke Taman Tamadun Islam..
Mari kembara seluruh dunia melihat senibina tamadun-tamadun Islam..Menarik!!
Baru pintu masuk~


Antara replika senibina yang ada di sana~






Biarpun cuaca agak mendung2 panas, alhamdulillah habis juga satu taman tu kami pusing..yang penting dapat ilmu daripada 'lihat-lihat' ni..betapa hebatnya Islam termasuklah dari sudut
seni binanya..Subhanallah!~~

Memandangkan kami sudah hampir dengan Masjid Kristal, langkah terus diatur biarpun penat terasa..
Sapaan bayu sungguh tenang dan damai~~

Potret kenangan Majmuah 2 @ Masjid Kristal





Penat dah??
Memang penat..
Hampir lewat petang..masih ada aktiviti yang dirangka perlu dilaksanakan..
Jadi, balik rumah penginapan dulu (jangan lupa kunci rumah dari tuan rumah)..


Selepas barang-barang selesai dikosongkan daripada van..destinasi seterusnya..PANTAI BATU BURUK (ada agenda di sana)

Di Pantai Batu Buruk~~


Sekadar perkongsian mengeratkan ukhwah, kami bermain 'game'..
Disebalik permainan yang dirangka..ada kejutan yang dijanjikan..
Sambutan kelahiran 3 orang sahabat kami..
Ukhti Nabilah Izzah, Akh Syafiq dan Akh Aziz..
Dengan persediaan yang sederhana, alhamdulillah seronok melihat mereka turut gembira..


Mari pulang~~Persiapan untuk BBQ malam ni~~
Memandangkan sudah hampir waktu maghrib, kami bergerak dahulu ke MASJID TERAPUNG bagi menunaikan solat..sambil tadabbur alam yang wajib jangan lupa!!

Di Rumah Penginapan~~
Syukran kepada banin atas kesudian menyediakan BBQ malam itu..banat sediakan air pun alhamdulillah~~

Hidangan makan malam~




10 MAC 2011

Solat subuh dilaksanakan secara berjemaah..Selepas itu, ada sedikit tayangan video majmuah 2 sepanjang 2 semester dan pertukaran hadiah..Hadiah molek-molek deh..

Kemudian, bergerak ke rumah nenek Akh Abbas tidak jauh dari tempat kami..Dijamu dengan hidangan yang menyelerakan di samping dapat merapatkan silaturrahim..InsyaAllah..

Seterusnya, mengikut tentatif kami menuju ke Muzium Negeri Terengganu,





Cantikkan landskap di kawasan ini..Subhanallah!

Seterusnya. ke PASAR PAYANG untuk membeli sedikit cenderamata dari Terengganu..bukan senang nak datang ke sini walaupun tempat pengajian kami hanya sempadan!

Selepas penat menjamu mata dan membeli barangan, kami bergerak ke rumah Pak Ngah Ukhti Nabilah..Perlu bergerak segera kerana kami akan berangkat pulang malam ini..
Dua lagi destinasi (Masjid Putih dan Bukit Puteri) tidak dapat diatur kerana kepenatan yang amat sangat..

Akhirnya, tiba di penghujung..barang2 dikemaskan dan kunci diserahkan kepada tuan rumah..
Kira-kira jam 6 petang jejak di Terengganu ditinggalkan..

Dalam perjalanan pulang, singgah di rumah Ukhti Nabilah di Pasir Puteh.. Dapat berkenalan dengan lebih rapat lagi dengan keluarga Nabilah..

Alhamdulillah, selain dapat merehatkan minda selepas menduduki exam, kami dapat juga merapatkan ukhwah perkenalan dengan keluarga sahabat2 yang berada di Terengganu..

Kami tiba di UM,Nilam Puri kira-kira jam 11.30 mlm..
Yang pastinya, kenangan rehlah di K.Terengganu akan tersimpan dalam memori kami, insyaAllah..

Semoga ukhwah kan terus padu walau di mana kita berada kerana Allah..ameen..




ReHLaH MaHaBBaH MaJMuaH....PART 1

INI KISAH REHLAH KAMI~~

aTURaN aLLAH ITU iNDaH~~

Kata-kata yang sering dipasakkan di hati biar apa pun yang berlaku..tidak kira nikmat mahupun ujian~~

Alhamdulillah..perancangan yang dirangka oleh sahabat2 semajmuah akhirnya diizinkan Allah..kira-kira sebulan yang lepas persediaan dilakukan..

Bajet..Penginapan..Kenderaan..
Semua dalam genggaman..bak kata oghe kelate..BEREH!!

Memandangkan kami akan menduduki peperiksaan akhir semester..tu yang semua dilakukan segera dan seawal mungkin..

Final Exam!!..

Bermula 26 Februari sehingga 8 Mac yang lepas..alhamdulillah warga APIUM,Nilam Puri telah selamat menduduki peperiksaan akhir (cuma sahabat2 APIDS yang masih berjuang)..namun, tamatnya kertas terakhir belum menandakan usaha sudah langsai..masih ada doa dan tawakkal yang harus dipertaruhkan..nak lihat siapa yang hebat?? Allah sebaik-baik penilai~~
Semoga keputusan yang bakal diperolehi nanti bukan sahaja cemerlang malahan mendapat keredhaan Allah..itu yang lebih penting,bukan?? Ameen..Semoga cemerlang buat semua..

Masing2 memang tak sabar2 nak pergi Terengganu ni..walaupun risau dengan perjalanan yang bakal diatur..
Tapi Allah kan ada??

8 MAC 2011..
Seusai maghrib, kami mengadakan solat hajat dan jamuan ringan sebelum tiba hari esok..hari yang dinantikan..



Tetamu khas : Ustaz Akhbar dan Ustaz Hazrul..
Imam : Ustaz Akhbar

Dapat sedikit nasihat dan pesanan daripadsa ustaz..pentingkan tawakkal kepada Allah..

InsyaAllah esok bakal dilalui dengan ketenangan dan semoga Allah merahmati perjalanan kami..

Mar 13, 2011

ReHLaH MaHaBBaH MaJMuaH....

Lihat2 gambar dulu ye~~
ikhwah maj 2 wanted at muzium...
indah sungguh ciptaan Tuhan...subhanallah
majmuah 2 live di pantai batu buruk...
nice pic...
di masjid kristal.....
watch out!!
tempat penginapan kami..


keje kenakan mangsa yang tidak bersalah..

sewaktu dinner pkl 11 mlm lbh

menu utama majmuah 2..mee hoonnn

roti bakar buatan chef muazz..
game di pantai

Sanah Helwah ya Ukhti

Bismillahirrahmanirrahim..

Salam ukhwah buat semua..

"Pandanglah ke bawah untuk merasai syukur atas nikmat dunia. Pandanglah ke atas untuk lebih bersemangat menyediakan bekal ke akhirat.."

-Santunilah hati yang sentiasa mengharapkan kebaikan-

Sekadar sajian rohani..

Syukur alhamdulillah pada tarikh 12 Mac 2011 (Sabtu), telah genaplah usia 19 tahun bagi seorang sahabat majmuah dua..


SOBIROH BINTI MOHD PUZI
ALOR SETAR, KEDAH
LAJNAH KEROHANIAN MAJMUAH 2

moga dirimu sentiasa dalam keberkatan dariNya..
moga dengan pertambahan umur ini
bertambah jualah amalnya..
bertambahlah taqwanya..
bertambah kuatlah ibadahnya...
bertambah kuatlah dakwah dan tarbiahnya

ingat hai sahabat sesungguhnya usia ini hanya pinjaman dariNya
akan ditanya di hari kemudian
bersedialah kita kearah itu...




Mar 11, 2011

sanah helwah ya sadiqi'e..=)

Bismillahirrahmanirrahim..




Salam ukhwah buat semua..

"Pandanglah ke bawah untuk merasai syukur atas nikmat dunia. Pandanglah ke atas untuk lebih bersemangat menyediakan bekal ke akhirat.."

-Santunilah hati yang sentiasa mengharapkan kebaikan-

Sekadar sajian rohani..

Syukur alhamdulillah pada tarikh 11 Mac 2011 (Jumaat), telah genaplah usia 19 tahun bagi seorang sahabat majmuah dua..





AHMAD SYAFIQ BIN YUSOF
JOHOR BHARU
SETIAUSAHA & LAJNAH MULTIMEDIA KELAS

moga dirimu sentiasa dalam keberkatan dariNya..
moga dengan pertambahan umur ini
bertambah jualah amalnya..
bertambahlah taqwanya..
bertambah kuatlah ibadahnya...
bertambah kuatlah dakwah dan tarbiahnya

ingat hai sahabat sesungguhnya usia ini hanya pinjaman dariNya
akan ditanya di hari kemudian
bersedialah kita kearah itu...

Mar 5, 2011

seLAmat uLAng tAhuN keLAhiraN..naBiLAh

Bismillahirrahmanirrahim..


Salam ukhwah buat semua..

"Pandanglah ke bawah untuk merasai syukur atas nikmat dunia. Pandanglah ke atas untuk lebih bersemangat menyediakan bekal ke akhirat.."

-Santunilah hati yang sentiasa mengharapkan kebaikan-

Sekadar sajian rohani..

Syukur alhamdulillah pada tarikh 5 Mac 2011 (Sabtu), telah genaplah usia 19 tahun bagi seorang sahabat majmuah dua..


Angah Nab..=)

NABILAH IZZAH BINTI HASSAN
PASIR PUTIH,KELANTAN..
(LAJNAH KECERIAAN KELAS..happy sokmo ye..)
KD SPONSOR REHLAH..keja cari duit je waktu exam..huhu=)...

hamper futsal jadi santapan jamuan besday-maaf nab..kami tak sempat nak g beli..^_^

moga dirimu sentiasa dalam keberkatan dariNya..
moga dengan pertambahan umur ini
bertambah jualah amalnya..
bertambahlah taqwanya..
bertambah kuatlah ibadahnya...
bertambah kuatlah dakwah dan tarbiahnya

ingat hai sahabat sesungguhnya usia ini hanya pinjaman dariNya
akan ditanya di hari kemudian
bersedialah kita kearah itu...

Mar 3, 2011

Ya Allah terima kasih

Merenung jauh pipi kebasahan
Senyum di hati tanda tenang
Melukut di lantai merebak sebak
Menutup muka tanda malu
Ya Allah terima kasih

Engkau bangunkan hambaMu di rumahmu
Sujud berterusan tanpa keluhan
Kau mengingatkan daku tentang bekalan'
Engkau curahkan keseimbangan ya Allah
Ya Allah terima kasih

Sifat dan kelakuan jadi ukuran
Sedih sekali dalam tatapan rindu ya Rasulullah
Sedih sekali umurku bertambah
Sedih sekali aku tidak dapat mengubah
Ya Allah terima kasih

Sunnah diikuti cinta ku curahkan
Rasulullah aku merindui berjumpa denganmu
Mungkin ini jalan menujumu
Mungkin ini perjalanan sebenar ya Allah
Ya Allah terima kasih

Kesabaran penuh liku ya Rahman
Ujian penuh kenikmatan ya Razzak
Kehidupan penuh ketentuan iman ya Sami'
Penantian penuh ketakwaan ya Allah
Ya Allah terima kasih


By : pencari cahaya

Rabu, disember 15, 2010