شكر لله على نعمته اْشهد أن لا إله إلا الله وأشهد أن محمد رسول الله وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد
Imam Hasan Al-Banna mengajak kita untuk menolehkan pandangan kita pada tarbiyah malah beliau menegaskan akan peri pentingnya keteguhan setiap individu terhadap tarbiyah dan ‘mujahadah’ (kesungguhan) sehingga menjadi tiang yang kukuh dan generasi yang sempurna.Beliau berkata :
“Bahwa ‘ma’rakah’ (perjuangan) kita paling utama adalah tarbiyah” yang disuburkan di tengah-tengah umat akan kefahaman bahawa apapun bentuk dakwah yang tidak di asaskan kepada kerja tarbiyah pada hakikatnya adalah ibarat fatamorgana yang menipu.”
Imam Hasan Al-Banna memahami bahawa pembangunan generasi merupakan suatu kemestian dalam usaha untuk melakukan pengislahan dan di antara keistimewaan dakwah Al-Ikhwan berbanding dakwah-dakwah yang lain adalah kerana Al-Ikhwan berjalan dengan tarbiyah yang mampu mengukuhkan kewujudan dan pewarisan (tawrits) dakwah dan perkara tersebut merupakan bentuk yang menakjubkan dalam jamaah ini seperti yang disebutkan oleh Imam Al-Adwi sebagai “Jamaah Tarbawiyah”.
Tarbiyah menurut Al-Ikhwan adalah satu-satunya jalan untuk :
1. Membangun generasi yang soleh dan bertaqwa.
2. Mewujudkan peribadi muslim yang jujur.
3. Membentuk dan memiliki jiwa pejuang.
Al-Ikhwan memahami bahawa tarbiyah :
a. Memerlukan jalan yang panjang dan berat.
b. Memiliki banyak rintangan dan hambatan.
BERSAMBUNG….
NANTIKAN KELUARAN SETERUSNYA !!!!
0 comments:
Post a Comment