masu'l majmua baru kami (akh lutfi)
masu'lah baru kami (ukht ainatul)
NILAM PURI: Semalam iaitu 8 Nov 2010 bersamaan 1 Zulhijjah 1431 m, sistem undian telah diadakan bagi mencari mas'ul (ketua) dan mas'ulah (p/ketua) untuk majmuah 2 semester 2.
Sistem demokrasi (sistem undian) digunakan bertujuan untuk memberi peluang kepada siswa dan siswi majmuah 2 untuk memilih tokok pimpinan yang mereka inginkan .
Semua ahli Majmuah 2 sesi 2010/2011 layak mengundi.Siswa dan siswi diedarkan sehelai kertas untuk menulis calon mas'ul dan mas'ulah yang mereka pilih. Selepas itu, undian itu akan dikira oleh mantan mas'ulah.Sesiapa yang mendapat undian terbanyak, dia akan terpilih menjadi mas'ul dan mas'ulah.
Terdapat juga syarat dalam sistem undian ini.Antaranya, ahli-ahli majmuah 2 tidak dibenarkan mengundi nama mas'ul dan mas'ulah semester lepas. Mengundi nama sendiri dibenarkan.
Setelah undian dikira, saudara Lutfi dan saudari Aina telah mendapat undian terbanyak sekaligus menjadikan mereka sebagai mas'ul dan mas'ulah bagi majmuah 2 sem 2.
sekalung tahniah dari kami, majmuah 2 sem 2. |
dilaporkan oleh Wan dan Madihah.
1 comments:
salam tahniah & takziah dari ana... taklifan ini bukanlah 1 tggjwb yg boleh dpandang ringan & diambil mudah,,, kelak segalanya akan dipersoalkan..biarlah hina di mata manusia tapi ingat, di mata Allah adalah yang utama...salam perjuangan!!! jihad fi sabilillah...
Post a Comment