rss
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites

Dec 11, 2010

النفس


شكر لله علي نعمته ااْشهد ان لا اله الا الله واشهد ان محمد رسول الله وعلي اله وصحبه اجمعين اما بعد

Nafsu perlu dikuruskan atau ditundukkan.Pada hari ini kita lihat lebih ramai orang sibuk mengempiskan perut yang buncit atau menurunkan berat badan. Malah ramai yang kreatif dan panjang akal dalam mengempiskan perut seperti beriadah di taman, bersukan dan mengatur diet. Perut yang buncit dan badan yang gemuk bukan sahaja dianggap tidak cantik malah dikatakan berisiko diserang pelbagai penyakit yang berkaitan dengan lebihan berat badan.

Sahabat sekalian antara nafsu dan berat badan nafsulah yang lebih utama perlu diberi perhatian. Nafsu yang tidak Berjaya dikuruskan dan dididik mampu mengheret kita ke neraka. Sebaliknya badan yang tidak dikuruskan mungkin hanya Nampak tidak cantik. Paling menakutkan pun kita hanya ditimpa penyakit fizikal yang tidak standing kesakitannya apabila dibandingkan dengan kesakitan api neraka

Apabila sudah dikuasai oleh nafsu, kita perlu kepada 9 huruf bagi menundukkannya iaitu M U J A H A D A H. Ia juga dibantu dengan factor persekitaran yang baik seperti bersama dengan kawan-kawan yang baik dan orang yang baik agamanya. Selain merawat nafsu, akal juga mesti dirawat. Merawat akal adalah dengan menuntut ilmu dan mengahayati ilmu. Ini termasuklah menghadiri kelas ilmu agama(tafaqquh) dan tazkirah, membaca buku dan banyak lagi. Orang berilmu umumnya lebih takutkan Allah. Tazkirah juga penting disebabkan manusia itu sering alpa.

TINGKAT NAFSU

NAFSU MUTMAINNAH مطمئنة

Inilah nafsu yang tenang. Orang yang memilki nafsu ini sentiasa mahu melakukan kebaikan. Mereka tidak takut mati, malah rindu hendak bertemu dengan Allah.Nafsu yang sentiasa disinari dengan cahaya dari Ilahi dan bebas daripada segala sifat yang keji sebaliknya bersifat dengan sifat yang terpuji

( Al-Fajr : 27-30 )

NAFSU LAWWAMAH لوامة

Orang yang memiliki nafsu begini belum mampu mengawal nafsunya. Mereka sering berbuat dosa kemudian rasa bersalah. Mereka sangat takut menghadapi kematian disebabkan rasa berdosa.Ia sentiasa berentap diantara melakukan kebaikan dan keburukan . ( Al-Qiyamah : 2 )

NAFSU AMMARAH اْمارة

Orang yang memiliki nafsu ini tidak berupaya mengawal nafsu, sebaliknya dikawal oleh nafsu. Nafsu sentiasa mengajaknya melakukan kejahatan. Mereka tidak pernah berfikir tentang kematian. Ia perlu dijauhi dan dipisahkan dari hati kerana ianya boleh merosakkan akhlak dan budi pekerti manusia. ( Yusuf : 53 )

0 comments:

Post a Comment