rss
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites

Dec 22, 2010

"Muharram" menggamit lagi...




(Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah adalah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram (Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram, Rejab). Itulah (ketetapan) agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu dan perangilah kaum Musyrikin itu semuanya sebagaimana mereka pun memerangi kamu semuanya, dan ketahuilah bahawasanya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa). (Surah Al-Taubah : 36)
 
Bulan Muharram adalah salah satu bulan Haram, iaitu Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram dan Rejab. Ia juga bulan yang Allah haramkan berbunuh-bunuhan, dengan makna dilarang  seseorang memulakan sengketa sehingga berlaku pembunuhan. Ia juga bulan yang agung dan penuh keberkatan. Di dalam bulan ini terdapat beberapa peristiwa besar. Pada 10 Muharram: Berlaku satu peristiwa di mana Nabi as Musa dan pengikutnya telah terselamat dari buruan Firaun, sebaliknya Firaun dan tentera dibinasakan Allah setelah ditenggelamkan di Laut Merah. Firman Allah:

“Maka pada hari ini Kami selamatkan jasadmu supaya engkau dapat menjadi pelajaran bagi orang yang datang selepasmu”. (Yunus: 92)

Nabi Musa bersama kaumnya Bani Israel telah melakukan perjalanan pada waktu malam untuk melarikan diri dari kekejaman Firaun sehingga tiba di tepi laut. Sedangkan Firaun dan tenteranya mengejar mereka dengan penuh kemarahan dan permusuhan. Kini hanya laut di hadapan nabi Musa dan kaumnya, sedangkan musuh yang sangat ramai berada di belakang  mereka yang apabila Berjaya mendekati nabi Musa dan kaumnya tentu akan menghapuskan dan membunuh mereka. Sahabat-sahabat Musa menyangka bahawa mereka akan ditangkap, tetapi perasaan bersama Allah telah dijelaskan melalui ucapan nabi Musa as:

Dia (Musa) menjawab: “Sekali-kali tidak akan (tersusul): Sesungguhnya Tuhanku bersamaku, Dia akan member petunjuk kepadaku”. (As-Syuara’: 62)

Lalu Allah telah mewahyukan kepada Musa memukulkan tongkatnya ke laut, lalu terbelah sehingga air laut menjadi beku dan tidak bergerak.  Musa mendapati dasar laut kini menjadi kering sebagai jalan yang dapat dilalui Muda dan kaumnya.Firauan bersama tenteranya yang besar dan lengkap telah berbaris panjang melalui laut yang terbelah. Setelah Musa dan kaumnya selamat berada di seberang dan pada masa yang sama Firaun dan tenteranya masih berada di tengah laut, maka Allah telah memerintahkan nabi Musa supaya memukul tongkatnya sekali lagi. Lalu air laut dan gelombangnya kembali seperti sedia kala. Firaun dan tenteranya telah mati lemas dan tenggelam di tengah laut. Allah hanya menyelamatkan tubuhnya sahaja sebagai pengajaran kepada orang yang mengambil pelajaran dan tanda untuk mengingatkan mana-mana penguasa yang angkuh dan kejam di muka bumi.

Orang Yahudi menjadikan hari ini 10 Muharram sebagai perayaan, bagi menyatakan kegembiraan mereka kerana terselamat dari kekejaman Firaun. Mereka turut berpuasa pada hari ini dengan nama puasa Asyura’. Berdasarkan petunjuk nabi Muhammad saw, juga menyuruh umat Islam supaya berpuasa pada hari ini kerana “kami lebih utama dari kamu (Yahudi) untuk memuliakan Musa” dan sebagai membezakan amalan ini kepada umat Islam berdasarkan petunjuk nabi ialah berpuasa sehari sebelum atau sesudahnya.

Pada bulan Muharram adalah permulaan hijrah nabi dari Mekah ke Madinah yang kemudian menjadi permulaan Sejarah Islam, sedangkan Muharram adalah bulan terawal bagi orang Arab. Mereka telah memilih bulan Rabiulawal (yang merupakan berlaku hijrah sebenarnya) kepada Muharram, kerana bermula keazaman untuk berhijrah ialah pada bulan Muharram. Sementara “baiah” berlaku pada bulan Zulhijjah yang menjadi pengenalan hijrah. Justeru bulan terawal selepas baiah dan keazaman untuk berhijrah ialah bulan Muharram, maka ianya disesuaikan untuk dijadikan permulaan tahun Hijrah.

Pada pertengahan bulan Muharram tahun ke tiga Hijrah, berlaku peperangan Qarqarah al-Kadr (Al-Kadr ialah salah satu sumber air bani Sulaim). Rasulullah saw telah keluar bersama sejumlah tentera di mana Ali bin Abi Talib r.a memegang panjinya  dan Abdullah bin Ummu Maktum dibenarkan tinggal di Madinah. Nabi saw menuju tempat ini yang menghimpunkan Bani Sulaim dan Ghatfan. Namun, nabi tiada mendapati seorangpun dan yang ada hanya seorang remaja yang menjaga gembalaan mereka yang dikenali “Yassar”. Lalu nabi bertanya beliau tentang oang ramai. Beliau menjawab: Saya tidak mengetahui tentang mereka. Kemudian Rasulullah beredar dan memenangi dengan nikmat ini, iaitu memperolehi 500 ekor unta dan “Yassar” dibawah kuasa nabi saw. Lalu beliau dimerdekakan. Peperangan ini berlangsung selama 15 hari. Namun Ibn Ishaq mengatakan peperangan ini belangsung pada bulan Syawal tahun kedua hijrah. 



0 comments:

Post a Comment