rss
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites

Dec 28, 2010

ERTI BERSAHABAT...

Dalam dunia ini,

Kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri.

Tetapi dalam kita bersendiri,

Kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita,

Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat, begitu juga dia.

Tetapi kita sering terlupa akan hal itu.

Kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita.

Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya.

Kita tidak memberi peluang untuk dia menerangkan keadaannya.

Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri,

Kita terlupa, kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti…

Kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati.

Kita beri beribu alasan, memaksa dia menerima alasan kita.

Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaannya???

Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa…tetapi kita sering terlupa.

Untungnya mempunyai seorang kawan yang sentiasa di sisi kita pada waktu kita memerlukan dia.

Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan, harapan dan impian kita luahkan,

Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian massalah.

Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita,

Hingga kadang-kadang terlupa kawan kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita.

Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya?

Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita?

Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya?

Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya sepertimana dia meniup semangat setiap kali kita merasa kecewa dan menyerah kalah?

Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah,agar tidak rebah?

Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan?

Sesekali jadilah kawan yang mendengar daripada yang hanya bercerita.

Ambillah masa untuk mengenali hati dan perasaan kawan,

Kerana dia juga seorang manusia; dia juga ada rasa takut,bimbang,sedih dan kecewa.

Dia juga ada kelemahan dan dia perlukan kawan sebagai kekuatan.

Jadilah kita kawannya itu.

Kita selalu melihatnya ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka.

Di sebalik senyumannya itu, mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan,

Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan,

KITA TIDAK TAHU…tetapi jika kita cuba jadi sahabat sepertinya, mungkin kita akan tahu.

Bersahabatlah seperti kaum muhajirin dengan ansar, dan Rasulullah dengan Saidina Abu Bakar r.a

Dec 24, 2010

iNiLaH KiTa (2)..

Antara cerah semalam

Antara redup hari ini

Antara sinar masa depan

Apabila kita semua telah memahami dan memahami islam itu dengan hati,tidak cukup sekadar kita fahami sendirian bahkan tanggungjawab kita seterusnya ialah menyeru orang disekeliling kita untuk turut sama menikmati kefahaman islam yang kita fahami dengan hati itu termasuklah ahli keluarga,sahabat- handai dan setiap individu yang kita jumpa dan berhubungan dengan kita..

"janganlah jadi pemerhati tapi jadilah sebahagian dari mereka yang bantu menyelesaikan masalah ummat"

Duhai sahabat inilah yang dikatakan dan diertikan dengan makna خليفة (khalifah) dimana tugasnya adalah memastikan setiap individu yang dia jumpa bersama-sama mengabdikan diri kepada Allah sehingga tertegaknya khilafah dan dunia islam ini ditadbir oleh orang yang faham islam dan mengamalkan islam secara meyeluruh bukan pada sebahagian-sebahagian (juzu')

Seterusnya mari kita sama-sama renungkan satu perumpaan..yang ingin saya bawa disini adalah sebiji telur yang ada kuning dan putih...manakah yang lebih penting???anda tahu jawapannya..tanpa kuning telur ia tidak akan jadi apa-apa..inilah sahabat kuning telur itu ibarat matlamat dan putih telurnya adalah alat..sama jua dengan handphone yang kita miliki..cuba kita tanya kita miliki handphone itu sebagai alat atau matlamat..bila sesuatu itu dimiliki tanpa ada matlamat yang jelas maka hidupnya akan jauh terpesong dari landasan yang sebenar..itulah kehidupan kita mesti jelas matlamat hidup kita..
p/s: kita boleh rujuk (57:25)

justeru sebelum kita pergi dengan lebih lanjut tentang tugas seorang khalifah dan peranan kita..

MOCHE DAYAN telah mengatakan 3 kelemahan umat islam:

1) tidak kaji sejarah islam
2) tidak buat perancangan dengan teliti
3) MALAS

Jika kita kembali kepada sejarah ar-Rasul dapat kita lihat Nabi diutus ditengah-tengah umat yang bercelaru,banyak kerosakan melata dan hidup mereka penuh jahiliah..namun Nabi tidak mengasingkan diri sebaliknya menjadi cahaya ditengah kegelapan jahiliah dengan membina seorang demi seorang supaya memahami islam dengan menyeluruh sehingga tertanam didalam diri mereka aqidah DAN IMAN yang kukuh hasil dari proses tarbiah dan dakwah yang Nabi lakukan secara berperingkat-peringkat dimana bermula dengan :

1) تعريف (TA'RIF)
2) نكوين (TAKWIN)
3) تنفيس (TANFIS)

Contoh mudah kita dapat lihat dari kisah Sumayyah dan Bilal bin Rabah yang tidak berganjak tauhidnya meskipun diancam mati dan menerima siksaan yang teramat pedih..proses ini terus berlangsung sehingga islam tertegak sehingga mencapai zaman kegemilangannya dan seterusnya merundum selepas kisah kerajaan Abbasiah diserang tentera Mongol dan akhirnya khilafah Usmaniyyah jatuh pada 1924 sehinggalah kini..kini dunia islam terkapai-kapai kerna bukan islam yang memerintah , bukan islam yang menjadi rujukan dunia..

Namun perlu diingat sampai bila kita akan terus begini,membiarkan generasi demi generasi islam hancur oleh anasir jahiliah tanpa kita peka dan mengambil tindakan apapun untuk melihat kembali islam kembali tertegak dan mencapai zaman kegemilangannya semula..

Oleh itu sahabat inilah islam,inilah manhaj hidup kita iaitu memerlukan adanya usaha untuk kearah megembalikan semula kegemilangan islam kerana agama kita tak akan tertegak dengan MAGIC..semuanya pasti melalui sunntaullah yang telah ditetapkan..inilah islam yang kita anuti iaitu ia datang untuk membebaskan manusia daripada perhambaan kepada hamba kepada perhambaan kepada Tuhan hamba

Untuk itu ayuh kita persiapkan diri kita dengan ciri-ciri individu muslim dan teruskan mengisi diri kita kerana kita tidak mah agama ini melahirkan individu-individu yang dalam nya adakah angka-angka kosong ibarat tin-tin kosong yang bertebaran dijalanan yang mudah disepak-sepak..
Disinilah kita ada wasail tarbiah kerana manusia dan tarbiah itu terdiri dari 3 unsur iaitu :

1) fikri (pemikiran)
2) ruhi (rohani)
3) jasadi (fizikal

Diantara wasail tarbiah adalah :

1) usrah (liqo')
2) Qiam
3) Daurah
4) Katibah
5) Mukhayyam
6) Rehlah
7) Jaulah

Kesemua wasail itu hendaklah diisi sesuai dengan keperluan mad'u bukan sebarangan tanpa mengikut tahapan dalam dakwah dan tarbiah..dan disinilah 10 ciri peribadi muslim diterapkan melalui wasail tarbiah sedikit demi sedikit..
Antara 10 ciri peribadi muslim@muwasofat tarbiah yang telah al-banna gariskan adalah :

ة

1) سليم العقيدة
-Aqidah Yang Sejahtera
2) صحيح العبادة
-Ibadah Yang Sahih
3) متين الخلوق
-Akhlak Yang Mantap
4)قادر علي الكسب
-Mampu Bekerja / berdikari
5) مثققل الفكري
-Berpengetahuan luas
6) قوي الجسم
-Tubuh Yang Cergas
7)مجاهدة للنفس
-Mujahadah (Menguasai Diri)
8)منظم في شؤونه
-Teratur urusannya
9)حارس علي وقته
-Sangat Menghargai Masa
10)نافع للغيرi
-Bermanfaat Kpd Orang Lain
Akhir kalam ayuh kita jadi pemuda dan pemudi islam yang sanggup meletakkan hidupnya demi Islam jauh lebih berharga dari dunia dan seisinya..
------- TAMAT --------

iNiLaH KiTa (1)..

Bismillahirrahmanirrahim

Ku biarkan kalam berbicara

Ku biarkan pena merungkai kata-kata

Ku biarkan minda mentafsir segalanya

Ku biarkan hidayah menyinari hati yang buta

Alhamdulillah bersyukur kepada Tuhan yang telah memberi kesempatan kepada kita untuk terus hidup dengan meminjamkan kepada kita nyawa dariNya dan segala pancaindera yang terbatas agar kita dapat menjalani hidup dengan sempurna…bersyukur juga kerana masih diberi kesedaran dan hidayahNya supaya sentiasa menjalani kehidupan seharian berbekalkan taufiq dan inayah dariNya serta masih terasa kehangatan iman dan islam dalam diri dan hati kita

Justeru jika kita singkap kembali bagaimana kah kita boleh berterusan dengan keimanan dan ketaqawaan kepadaNya adalah kerana kita telah melalui proses pembinaan hati..Kita semua tahu bahawasanya tidak cukup hanya semata fizikal dan mental sahaja mempunyai proses pengembangan dan pembinaan tapi spiritual dan hati kita diabaikan begitu sahaja…justeru kita lihat pelbagai kerenah dan masalah yang seolah-olah tiada solusinya bertebaran disekeliling dan sering terpapar di dada-dada akhbar dan media massa

Firman Allah:

افلا يتدبرون القران ام علي قلوب اقفالها - محمد؛24

“Maka tidakkah kamu memperhatikan al-Quran(hidayah),adakah hati kamu telah terkunci?”(Muhammad :24)

SEmuanya kerana kita mengabaikan petunjukNya dan membuang jauh-jauh nilai dan neraca islam dari kehidupan kita..Jika kita lihat maksud islam itu sendiri adalah penyerahan secara total dan hanya melakukan pengabdian hanya semata kepada Allah

Justeru sedarilah wahai saudaraku agama yang agung ini tidak mahu melahirkan penganut yang hanya

1)islam di kad pengenalan

2)islam kerana mak ayah,datuk nenek moyang islam

3)islam yang ikut-ikut

Apa yang kita inginkan adalah mereka-mereka yang menganut islam kerana keyakinan yang utuh terhadap agama ini tanpa rasa ragu-ragu sehingga dia memastikan setiap nafas dan gerak geri hidupnya menepati cara hidup dan nilai-nilai yang telah islam gariskan melalui al-Quran dan as-Sunnah…cuba kita lihat dan perhatikan perkara dibawah

(اسم) (فعل)

Saya Islam islam

Saya Lari lari

Saya Makan makan

Saya Puasa puasa

Saya Solat solat

Justeru apa yang boleh kita fahami adalah kita nak melahirkan orang yang islam pada perbuatan bukan pada nama…letaklah nama islam tapi apa guna perangainya langsung tidak mencerminkan cirri-ciri islam dalam dirinya…sedarilah sahabat itulah KITA …itulah yang Allah mahukan dari kita…..

Antara cerah semalam

Antara redup hari ini

Antara sinar masa depan

bersambung....

Dec 23, 2010

Persis Rantaian Tasbih~~


note : hasil kreatif Fatin Nabihah binti Umar..

Semalam kita bersahabat..

Hari ini kita masih bersahabat..

Esok dan selama-lamanya kita tetap bersahabat..

Lillahita'ala...

Semoga Allah meredhainya..


Dec 22, 2010

"Muharram" menggamit lagi...




(Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah adalah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram (Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram, Rejab). Itulah (ketetapan) agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu dan perangilah kaum Musyrikin itu semuanya sebagaimana mereka pun memerangi kamu semuanya, dan ketahuilah bahawasanya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa). (Surah Al-Taubah : 36)
 
Bulan Muharram adalah salah satu bulan Haram, iaitu Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram dan Rejab. Ia juga bulan yang Allah haramkan berbunuh-bunuhan, dengan makna dilarang  seseorang memulakan sengketa sehingga berlaku pembunuhan. Ia juga bulan yang agung dan penuh keberkatan. Di dalam bulan ini terdapat beberapa peristiwa besar. Pada 10 Muharram: Berlaku satu peristiwa di mana Nabi as Musa dan pengikutnya telah terselamat dari buruan Firaun, sebaliknya Firaun dan tentera dibinasakan Allah setelah ditenggelamkan di Laut Merah. Firman Allah:

“Maka pada hari ini Kami selamatkan jasadmu supaya engkau dapat menjadi pelajaran bagi orang yang datang selepasmu”. (Yunus: 92)

Nabi Musa bersama kaumnya Bani Israel telah melakukan perjalanan pada waktu malam untuk melarikan diri dari kekejaman Firaun sehingga tiba di tepi laut. Sedangkan Firaun dan tenteranya mengejar mereka dengan penuh kemarahan dan permusuhan. Kini hanya laut di hadapan nabi Musa dan kaumnya, sedangkan musuh yang sangat ramai berada di belakang  mereka yang apabila Berjaya mendekati nabi Musa dan kaumnya tentu akan menghapuskan dan membunuh mereka. Sahabat-sahabat Musa menyangka bahawa mereka akan ditangkap, tetapi perasaan bersama Allah telah dijelaskan melalui ucapan nabi Musa as:

Dia (Musa) menjawab: “Sekali-kali tidak akan (tersusul): Sesungguhnya Tuhanku bersamaku, Dia akan member petunjuk kepadaku”. (As-Syuara’: 62)

Lalu Allah telah mewahyukan kepada Musa memukulkan tongkatnya ke laut, lalu terbelah sehingga air laut menjadi beku dan tidak bergerak.  Musa mendapati dasar laut kini menjadi kering sebagai jalan yang dapat dilalui Muda dan kaumnya.Firauan bersama tenteranya yang besar dan lengkap telah berbaris panjang melalui laut yang terbelah. Setelah Musa dan kaumnya selamat berada di seberang dan pada masa yang sama Firaun dan tenteranya masih berada di tengah laut, maka Allah telah memerintahkan nabi Musa supaya memukul tongkatnya sekali lagi. Lalu air laut dan gelombangnya kembali seperti sedia kala. Firaun dan tenteranya telah mati lemas dan tenggelam di tengah laut. Allah hanya menyelamatkan tubuhnya sahaja sebagai pengajaran kepada orang yang mengambil pelajaran dan tanda untuk mengingatkan mana-mana penguasa yang angkuh dan kejam di muka bumi.

Orang Yahudi menjadikan hari ini 10 Muharram sebagai perayaan, bagi menyatakan kegembiraan mereka kerana terselamat dari kekejaman Firaun. Mereka turut berpuasa pada hari ini dengan nama puasa Asyura’. Berdasarkan petunjuk nabi Muhammad saw, juga menyuruh umat Islam supaya berpuasa pada hari ini kerana “kami lebih utama dari kamu (Yahudi) untuk memuliakan Musa” dan sebagai membezakan amalan ini kepada umat Islam berdasarkan petunjuk nabi ialah berpuasa sehari sebelum atau sesudahnya.

Pada bulan Muharram adalah permulaan hijrah nabi dari Mekah ke Madinah yang kemudian menjadi permulaan Sejarah Islam, sedangkan Muharram adalah bulan terawal bagi orang Arab. Mereka telah memilih bulan Rabiulawal (yang merupakan berlaku hijrah sebenarnya) kepada Muharram, kerana bermula keazaman untuk berhijrah ialah pada bulan Muharram. Sementara “baiah” berlaku pada bulan Zulhijjah yang menjadi pengenalan hijrah. Justeru bulan terawal selepas baiah dan keazaman untuk berhijrah ialah bulan Muharram, maka ianya disesuaikan untuk dijadikan permulaan tahun Hijrah.

Pada pertengahan bulan Muharram tahun ke tiga Hijrah, berlaku peperangan Qarqarah al-Kadr (Al-Kadr ialah salah satu sumber air bani Sulaim). Rasulullah saw telah keluar bersama sejumlah tentera di mana Ali bin Abi Talib r.a memegang panjinya  dan Abdullah bin Ummu Maktum dibenarkan tinggal di Madinah. Nabi saw menuju tempat ini yang menghimpunkan Bani Sulaim dan Ghatfan. Namun, nabi tiada mendapati seorangpun dan yang ada hanya seorang remaja yang menjaga gembalaan mereka yang dikenali “Yassar”. Lalu nabi bertanya beliau tentang oang ramai. Beliau menjawab: Saya tidak mengetahui tentang mereka. Kemudian Rasulullah beredar dan memenangi dengan nikmat ini, iaitu memperolehi 500 ekor unta dan “Yassar” dibawah kuasa nabi saw. Lalu beliau dimerdekakan. Peperangan ini berlangsung selama 15 hari. Namun Ibn Ishaq mengatakan peperangan ini belangsung pada bulan Syawal tahun kedua hijrah. 



KeLas k!Ta...=P

sebelum sahabat2 nk balik kampung halaman masing2 nih...

jom tinjau dulu hasil usaha kalian mencantikkan dan menceriakan kelas...=)



 pandangan hadapan....

tulisan Khat yg kreatif...Khat apa eh??


info yang berwarna-warni...

warna2 yang menceriakan..



kat belakang...camni pulak..(^_^)

nota2 pelajaran..ruang2 kosong tu bakal dipenuhi...coming soon..=D
ehh..ada rama2 la..





sudut sisi..(0_0)

rama2 inspirasi border kelas




kerjasama ibarat batu bata yang mengukuh binaan


inilah hasil kerjasama ahli2 majmuah 2..
di sebalik tabir..=(

sebelum...

banin......=P

bersihkan dinding...

telitinyerr...


fokus betul...(",)


 banat....=D
sibuk bangat...

buat gapo tu??

proses menampal

Alhamdulillah, proses menghiaskan kelas berjalan lancar..
Moga suasana yg ceria ini akan meningkatkan mutu pembelajaran kita..
Semoga hasil usaha kita ini mendapat ganjaran daripadaNya..
Syukran 'ala musa'adatikum.. 

emm, Jangan lupa yerr..
apa yg penting?
"kerjasama"..
apa yg paling penting?
"mencapai keredhaanNYA"

selamat bercuti...
manfaat la cuti kalian dengan sebaiknya..
balik kampung elok2..

**sapa yg naik bas tu,
pesan la kt driver bas suruh bawa hati2..=D huu..

Dec 18, 2010

Jaulah Gerimis (^_^)


Madah orang dulu-dulu..
Disangkakan panas hingga ke petang rupanya hujan di tengah hari..Tapi ni bukan kiasan..memang benar-benar hujang gerimis..

Kita merancang, Allah jua merancang..dan pastinya perancangan Allah adalah sebaik-baiknya..Kita tidak boleh lari daripada hakikat itu dan tetap perlu meneruskan segala yang dikehendaki dengan sebaik-baiknya..
Dan yang pasti redha Allah yang paling penting,bukan??

Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah..
Syukurnya kepada Allah atas kembara 'gerimis' kali ini..

Destinasi : Tumpat, Kelantan
Tarikh : 17/12/2010
Masa : 10.00 -??
Kenderaan : Kereta sewa Kak Bee

Dalam kembara,tidak manis rasanya kalau tidak ada ujian yang mengiringi,kan??..Itulah manisnya apabila kita ingin mencari dan sanggup menghadapi..Hakikatnya,semua itu pengajaran bukan bebanan..Yang dalam sedar atau tidak,mematangkan kita tentang ranjau hidup ini.

Dalam perjalanan yang mungkin dijangkakan hanya sejam lebih menjadi hampir 3 jam..Kereta meragam, perut meragam dan macam-macam lagi..Dalam perjalanan banat tadi pun ada kemalangan yang dilihat melibatkan kereta namun gambar tak dapat di'snap'.

Kereta meragam..biasalah tu..bukan hanya manusia yang ada akal ni sahaja boleh meragam..
Namun,di sini juga ada ibrah buat hamba-hamba Allah ni..
Alhamdulillah,dalam saat memerlukan, Allah berikan pertolongan juga..Dan membawa kami kepada mengenal seorang insan yang baik..Ustaz Ahmad(maaf klu silap)..

Akhirnya,

Tiba ke destinasi...Pantai Tujuh,Tumpat..




Azan pun berkumandang saat tiba namun,kami memilih untuk mengisi perut dulu..
Supaya insyaAllah langkah yang diatur selepas ini lebih bertenaga.



Solat,makan dan rehat sedikit sudah dilakukan..apa lagi??...Jom ke pantai...

Dalam hujan renyai-renyai..niat tetap diteruskan..nak mencari mutiara-mutiara di bumi Allah..
Sayang seribu kali sayang..pantai yang indah..tapi kalau tak diuruskan dengan baik..hilang juga keseriannya nanti..Jaga pantai kita!!!

(obor-obor dah mati)





Indah kan ciptaan Allah..Di hamparan laut yang luas..Hakikatnya,pelbagai hidupan ada di dalamnya..
Langit yang terbentang tanpa tiang, membawa seribu ketenangan buat jiwa-jiwa yang menginginkannya..
Buat insan-insan yang berfikir..

Alhamdulillah..9 orang banat majmuah 2 dapat bersama-sama berjaulah hari ini..dengan izin Allah juga..walaupun pada awalnya pelbagai dugaan menerpa..

Sebelum pulang..ada kenangan yang ingin dicoretkan di bumi Allah daripada banat majmuah 2..
Ukhwah yang terbina persis sekuntum bunga..Indah di mata,damai juga di hati..Jumpa lagi~~






Syukran kepada Fatin Nabihah sekeluarga sebab bermurah hati menjamu kami dengan makanan yang enak..Mengisi perut sebelum pulang ke UM..

Dec 14, 2010

IKHLAS...kan kucari di mana jua!!!

Keikhlasan nan tercalar
Pabila kesabaran mula menghindar
Lemah dan tunduk tanpa sedar
Bisikan syaitan nan tak pernah pudar
Menawan kalbu hamba nan ingkar.

Keikhlasan nan terhakis
Kerana hati tak bisa menangis
Pujukan dan rayumu wahai sang iblis
Ketipisan iman tak bisa menepis.

Lalu...
Lerailah budi,lenyaplah jasa
Segunung budi selaut jasa
Ganjaran dinanti tak kunjung tiba
Ganjaran melayang di tingkap terbuka
Dosa menerpa di hati bertakhta
Budi dan jasa sia-sia semata
Ibadat dilaksana jerih segala.

Aduhai...
Sukarnya mencari keikhlasan
Perit dan getirnya menebal keimanan
Lalu aku kembali kepada pokok pangkal dan dasarnya
Di sinilah...

Kupohon pada-Mu walau dalam susah
Kupohon pada-Mu walau dalam payah
Ikhlas itu rahsia Allah
Mudah-mudahan padaku
Rahmat-Mu tercurah.

Awasi Masa...Optimumkan Amal...


Firman Allah S.W.T :                                                                                                                      “Demi masa. Sesungguhnya manusia berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran”.                                                                       (Surah Al-Asr: 1-3)

Muslim yang s
oleh melihat waktu hidupnya sebagai satu tempoh yang sangat penting dan genting. Dia selalu bertanya pada dirinya, “Adakah waktu hidupku yang berlalu diisi dengan  perkara-perkara yang bermanfaat untuk kehidupan di dunia dan akhirat?”.
Hargailah setiap detik masa.. Jangan bertangguh dalam bekerja.. Kerana bertangguh itu “PENCURI MASA”...
Sabda Rasulullah S.A.W:
“Jika engkau di waktu petang maka janganlah engkau menunggu pagi, dan jika engkau di waktu pagi maka janganlah menunggu petang, dan pergunakanlah sihatmu sebelum kamu sakit dan pergunakanlah di waktu hidupmu sebelum kamu mati.”
    (Riwayat Imam Bukhari)

Mafhum hadis:                                                                                                                                “Ramai manusia lalai terhadap dua nikmat yang sangat berharga iaitu kesihatan dan masa yang terluang”.
Imam Hasan Al Banna mengingatkan kepada kita bahawa “WAKTU ITU KEHIDUPAN”. Ini bermakna jika waktu itu tidak digunakan sebaik-baiknya bererti kita telah mensia-siakan hidup.

TIPS PENGURUSAN MASA:

1- Kenalpasti beberapa aktiviti yang mencuri masa anda.
2- Mula meletakkan beberapa matlamat harian.
3- Mula merancang jadual pengurusan masa anda.
4- Kenalpasti alat pengurusan masa yang berkesan pada anda.

 
INGAT 5 SEBELUM 5...
Sihat sebelum sakit
Lapang sebelum sempit
Kaya sebelum miskin
Muda sebelum tua
Hidup sebelum mati








Kewajipan melebihi masa yang ada..
Jadi...INGAT!!!
Awasi setiap masa yang berlalu..
dan isilah dengan kesibukan yang bermanfaat..
"لا تضيعوا الوقت"........(",)

Dec 11, 2010

النفس


شكر لله علي نعمته ااْشهد ان لا اله الا الله واشهد ان محمد رسول الله وعلي اله وصحبه اجمعين اما بعد

Nafsu perlu dikuruskan atau ditundukkan.Pada hari ini kita lihat lebih ramai orang sibuk mengempiskan perut yang buncit atau menurunkan berat badan. Malah ramai yang kreatif dan panjang akal dalam mengempiskan perut seperti beriadah di taman, bersukan dan mengatur diet. Perut yang buncit dan badan yang gemuk bukan sahaja dianggap tidak cantik malah dikatakan berisiko diserang pelbagai penyakit yang berkaitan dengan lebihan berat badan.

Sahabat sekalian antara nafsu dan berat badan nafsulah yang lebih utama perlu diberi perhatian. Nafsu yang tidak Berjaya dikuruskan dan dididik mampu mengheret kita ke neraka. Sebaliknya badan yang tidak dikuruskan mungkin hanya Nampak tidak cantik. Paling menakutkan pun kita hanya ditimpa penyakit fizikal yang tidak standing kesakitannya apabila dibandingkan dengan kesakitan api neraka

Apabila sudah dikuasai oleh nafsu, kita perlu kepada 9 huruf bagi menundukkannya iaitu M U J A H A D A H. Ia juga dibantu dengan factor persekitaran yang baik seperti bersama dengan kawan-kawan yang baik dan orang yang baik agamanya. Selain merawat nafsu, akal juga mesti dirawat. Merawat akal adalah dengan menuntut ilmu dan mengahayati ilmu. Ini termasuklah menghadiri kelas ilmu agama(tafaqquh) dan tazkirah, membaca buku dan banyak lagi. Orang berilmu umumnya lebih takutkan Allah. Tazkirah juga penting disebabkan manusia itu sering alpa.

TINGKAT NAFSU

NAFSU MUTMAINNAH مطمئنة

Inilah nafsu yang tenang. Orang yang memilki nafsu ini sentiasa mahu melakukan kebaikan. Mereka tidak takut mati, malah rindu hendak bertemu dengan Allah.Nafsu yang sentiasa disinari dengan cahaya dari Ilahi dan bebas daripada segala sifat yang keji sebaliknya bersifat dengan sifat yang terpuji

( Al-Fajr : 27-30 )

NAFSU LAWWAMAH لوامة

Orang yang memiliki nafsu begini belum mampu mengawal nafsunya. Mereka sering berbuat dosa kemudian rasa bersalah. Mereka sangat takut menghadapi kematian disebabkan rasa berdosa.Ia sentiasa berentap diantara melakukan kebaikan dan keburukan . ( Al-Qiyamah : 2 )

NAFSU AMMARAH اْمارة

Orang yang memiliki nafsu ini tidak berupaya mengawal nafsu, sebaliknya dikawal oleh nafsu. Nafsu sentiasa mengajaknya melakukan kejahatan. Mereka tidak pernah berfikir tentang kematian. Ia perlu dijauhi dan dipisahkan dari hati kerana ianya boleh merosakkan akhlak dan budi pekerti manusia. ( Yusuf : 53 )